+ Biasanya di alami oleh bayi yang baru lahir dari minggu pertama hingga minggu kedua selepas kelahiran.
+ Sebenarnya hampir semua bayi kena demam kuning ni tapi tak kelihatan dengan jelas dan ada sesetengah bayi ni mengalami demam kuning yang hanya sekejap dan tak berbahaya dan hilang dengan sendirinya.
+ boleh dikesan melalui tanda2 kuning di bahagian bawah mata putih, atau kulit berwarna kuning.
+ Jaundice bermula dari bahagian kepala dan turun ke bahagian bawah badan.
+ bayi yang demam kuning akan kerap tido.
+ Jaundice terjadi bila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Bila sel darah merah dileraikan, bilirubin dihasilkan. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
+ Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati si ibu. Tetapi apabila bayi lahir, proses ini mula dilakukan oleh hati bayi sendiri.
+ Hati bayi yang belum matang mungkin tak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas. Akibatnya terjadilah jaundice.
+ Bayi pramatang atau kurang berat badan amat mudah untuk mengalami jaundice.
+ Malah, bayi yang tidak menyusu secukupnya terutamanya di awal kelahiran dan tidak membuang najis dengan kerap sangat mudah mengalami jaundice.
Petua
* Jemur bayi anda disebelah pagi di bawah redup seperti kawasan berbumbung - balkoni. Jemur dalam pukul 8 pg iaitu sebelum matahari tinggi dan semasa dijemur, mata bayi ditutup supaya tidak silau.
* Susukan bayi dengan kerap - bila kerap, bayi akan selalu membuang air kencing/ najis.
* Jika mengambil sebarang herba, berhentikan pengambilannya buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
Yang pasal bayi kurang berat badan tu, aku rasa betul jugak kot sebab I have this one friend yang baru je pas bersalin bulan Mei lepas. Baby lahir memang ikut EDD, dengan berat baby 3.75kg, Alhamdulillah takde kena kuning.
Even nurse kat KK pon ade bagitau aku, if baby nak lahir pon, doa2 la biar lahir after 37 weeks sebab 37 minggu tu baru dorang kira dah cukup term untuk bersalin.
My mom yang memang bersalinkan anak2 dia yang 3 orang ni lalu c-sect, memang sorang pon tak kena demam kuning. Sebab bersalin c-sect ni dicepatkan 2 weeks dari EDD, means yang masuk je 38 weeks trus bedah.
Tapi, all in all, aku rasa it depends on the baby himself jugak kot sebab ada je baby yang lahir 3.04kg macam anak buah aku yang lahir bulan April lepas kena jaundice jugak. Ke itu masih tak dikira cukup berat? heh~
p/s: But, I've read somewhere yang if first baby dah kena kuning, salunya anak seterusnya akan kena jugak...Hm...mintak2 la dijauhkan jaundice ni dari anak2 kita...kesian tengok awal2 lahir da kena duk koat hospital, kadang2 ada yang siap kena amek darah kat kaki...huuuu...mummy pon takut kena inject2 ni, ni kan lagi baby kecik2 tu...
No comments:
Post a Comment