Mehla aku citer serba sedikit pasal minggu2 senak aku bermula masuk 36minggu ritu sampai la ni... But, don't expect it to be a detail updates.
36 weeks (30 Julai - 10pg)
- Macam biasa la...dah masuk 9 bulan ni, checkup every week. Still di KK Au2. Urin ok tapi macam biasalah kalo dah check up kul 10pg, memang BP naik punya 150/90. Aku pon terkejut gak tetibe naik mendadak. Doktor siap buat refer letter ke Hospital Ampang and bagi ubat darah tinggi. Takde dalam sejarah family aku pon kena darah tinggi; aku ni haa orang pertama.
- Petang tu ajak Ibu Abah teman ke Hosp. Ampang, siap bawak grab bag mummy trus, ye ar, takut kena bedrest kat hospital je. But Alhamdulillah takde ape. Check BP semula kat hospital pon ok je berbanding kat KK. Doc kat bahagian wad bersalin tu swuh aku ke Klinik Pakar O+G buat appointment 38weeks kat Hosp. Ampang.
- The nurse pon takde cakap ape2, aku pon lupa nak bertanya. They just said continue check up kat klinik lama.
37 weeks (7 Julai - 8pg)
- BP naik jugak walaupun datang check up awal. Hape kena ngan aku ni ntah. Bila nurse check balik apointment yang lepas punya, dia terkejut, sebab sepatutnya aku kena datang check BP setiap hari start 1 Julai tu sampaila hari aku check up 37weeks kat KK. Nurse tu trus referkan aku ke Doc.
- Aku patient pertama jumpa Doc hari tu, free2 kena marah sebab dia kata aku tak baca ape yang dia tulis kat dalam buku merah aku. Sape kata aku tak baca? I read it almost everyday but I never came across the words like 'Daily BP monitoring' sebab like seriously aku tak paham Doc tu tulis ape (tulisan Doc ni memang aku tak faham, serius beb!). Tapi salah aku jugak, aku pon lupa bila dah naik BP tu, memang kena ada monitoring samada biweekly or even selang sehari, ye la, sebab sebelum ni pon dah pernah 2x BP aku naik and kena jalani monitoring camtu. Dan maybe salah aku jugak sebab tak bertanya pada Doc. Dan seingat aku, even Doc sendiri didn't bother to tell me what I supposed to do, tetibe buat refer letter and bagi ubat darah tinggi. I guessed it was a mistakes that both of us did. So, aku pon tak naik angin, malas nak argue ngan Doc. Bila dia check BP aku semula, rendah plak dari bacaan yang nurse amek awal2 tu. Padahal baru lepas kena marah kaw-kaw nih.. hehe ;P
- amek darah, Hb naik ke 12. Yippeee!
37 weeks (1st BP monitoring on 9 Julai)
- BP masih tinggi jugak despite taking the med. Encik hubby balik weekend tu smpai 13hb sebab dia kesian kan aku asyik BP naik je.
37 weeks (2nd BP monitoring on 11 Julai)
- BP pon tinggi gak. Nak buat cmne dah... itulah bacaannya.
37 weeks (3rd BP monitoring @ Hosp. Ampang + ANC on 13 Julai)
- BP menten 140/80. Hmmm... no comment. But the Doc said, ok dah tu daripada 150/90 yang check up kat KK tu.
- Doc scan baby. Said that baby is ok, in Ceph position, due dari scan yang dijalankan, ikut EDD and berat baby dah naik ke 2.9kg (last scan masa 35 weeks baby baru 2.6kg)
- Since air ketuban cukup, and scan pon ikut EDD, Doc bagitau if by 27 Julai masih takde tanda2 bersalin, kena admit ward and induce. Takut baby lemas plak. But if keluar tanda awal, awallah baby mummy keluar :)
38 weeks (4th BP monitoring @ KK Au2 on 15 Julai)
- BP reading turun ke 120/80. Alhamdulillah.
- Nurse ingatkan nak swuh buat hari Ahad jugak but bila dia baca semula review dari Doc @ Hosp. Ampang tu, the review said 'continue Biweekly BP monitoring at KK).
- Next check up on 18 Julai @ KK Au2. And it all depends on that day's BP. Kalo teruk jugak, kena la buat Biweekly BP monitoring tuh. Pasrah gue.
p/s: That's all.
No comments:
Post a Comment