Monday, April 6, 2009

Bebelan Ibuku sayang :)

Hari ni hari Isnin.
Tapi aku ader kat umah lagi.

Pelik tak?

Hehe...hari ni kelas takde sbb Encik Zaini pegi Indonesia. Jadinya, cuti-cuti Malaysia lagi la aku jawabnya walaupun satu hari ni je. Petang ni aku balik kolej semula.

Tadi masa sarapan, saje borak-borak ngan ibu. Dia pon tengah blur tak tau nak masak ape untuk tengahari ni. Aku ni pon tengah berkira-kira nak masak ape untuk bawak balik kolej petang ni (kan aku dah cakap, aku semakin rajin..ehehehe)

So, bila dah dok borak-borak tu, terkeluar la cerita macam-macam. Pasal sedara mara, pasal bab kenduri (kan aku tak ikut balik kampung ritu), dan yang paling tak tahan ibu bukak citer pasal kawin -- bila nak cari jodoh, bila aku nak kawin nanti, bila dah jadi mak, bila dah ader anak...bla, bla, bla -- (ibu, boleh tak one step at a time? Nanie baru nak dapatkan yang syarat terpenting before nak pikir kawin ni; that is --my mr. Right-- belum jumpa lagi, bu..huhu)

Ini bukan kes menganyam ketupat, tapi ibu salu tekankan pada aku, yang ini sekadar untuk jadi teladan pada aku; supaya aku boleh berpikir sendiri mana yang baik, mana yang buruk, mana yang boleh diterima akal dan yang mana boleh masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Aku jarang borak benda-benda camni ngan ibu aku. Sebab aku yang kadang-kadang malu. Bab citer pasal boyfriend pon aku lagi la malu. Nasebla yang sebelum ni memang takde ape-ape pon, sekadar crush je (bak kata Puan Chin ARGS dulu; infatuation).

Maybe sebab ibu aku dah rasa anak dara dia yang sorang ni dah besar panjang, dah boleh fikir logik sendiri dan sebenarnya dah kena pikir pasal bab-bab jodoh ni (ibu, ritu Nanie mintak ibu tolong carikan calon untuk Nanie, ibu tak nak. huhu).

Banyak yang dia tekankan, antaranya:

  • Nak kawin nanti cari yang betul-betul untuk diri sendiri (sekarang ni, perjalanan hidup kawan aku A --bukan nama sebenar--, yang aku jadikan tauladan. Bukan semua orang akan dapat sesuatu dengan mudah. Pasti ader dugaan dan ujian datang bersamanya. Macam satu pakej la).
  • Sebelum ape-ape, buat Solat Istikharah dulu, mintak dapatkan petunjuk (ibu aku nasihatkan aku --dan hanya untuk aku--, tak payah lah asyik dok nak tayang bf kita pada dia, solat istikharah dulu, kalo dah memang sah lelaki tu untuk kita, bawak la datang umah. Kenalkan pada family.)

Sebabnya jangan jadi macam sedara mara kitorang + anak kawan ibu, ader yang dah bertunang, time tu baru rasa tak sesuai; jalan akhirnya, putus tunang. Aku pikir satu je, penat-penat keluar duit buat majlis, sekali tak jadi, kan buang duit tu? huhu..Tapi kalo dah ketentuan seseorang tu macam tu, macam mana? Ibu kata, banyakkan berdoa pada-Nya, InsyaAllah petunjuk dari-Nya akan datang juga walaupun lambat. Kat sini la ujian untuk diri kita sebenarnya.

Macam kawan aku sorang ni, N (bukan nama sebenar) pernah cakap ke aku yang dia jealous bila tgk A ni senang dapat kawan lelaki. Tapi aku cakap ngan N yang itu rezeki A, tapi cuba tengok disebaliknya, semua lelaki tu samada ada mental problem, masalah dalaman, kaki kencing, etc. Itu semua dugaan A. Kita ni tak tau lagi dugaan yang macam mana Allah nak bagi. Yang boleh kita buat, banyakkan berdoa. Itu lagi penting daripada mengenangkan nasib diri, tapi tak cuba untuk berbuat sesuatu tentangnya. Betul tak?

Aku ni bukanla ustazah ke, atau orang yang sangat penuh ilmu agama didada. Tapi, bila kita pikir logik, dan kita ingat kita ni ader tempat untuk mengadu -- padaNya --, guna kan sebaiknya. Allah pun suka umatnya meminta-minta daripadaNya kan? Cuma cepat atau lambat je sesuatu permintaan kita tu dimakbulkan. Dan yang paling penting, jangan putus asa. Ada orang takde dugaan sekarang, tapi mana tau, lepas-lepas ni, dugaan bertimbun datang.

Bagi aku, bila aku takde bf lagi, tak jumpa lagi lelaki yang sesuai, tak jumpa lagi jodoh tu; aku anggap itu semua dugaan aku. Mengajar erti kesabaran. Yang baik tak semestinya datang dengan mudah. Dan mungkin inilah ujian aku sekarang...(Ya-Allah, aku mohon padaMu, permudahkanlah jalan hidupku Ya-Allah)...

Mintaklah dijauhkan yang buruk-buruk daripada seluruh ahli keluarga ku, Ya Allah...

InsyaAllah...

4 comments:

Liyanaroxx said...

nanie sayang...
ibu dah bagi GREEN LIGHT tuh...pe lagik..cariklah prince charming anda dgn segera~!! *weeee*

elanie*Q said...

ekeke...
memang dh bg LAMPU HIJAU,
tgh cr la ni,
igt senang ke? heheh

Liyanaroxx said...

it can be difficult if nanie letakkan syarat kena ada "VW GoLF" kat guy tuh....hahahahaha~!! it's ok sayang...pelan-pelan carik k?hari masih muda~!!*ekeke*

elanie*Q said...

ala, VW Golf tu sekadar pencuci mata je, bukannya real demand pon..hihi..erm, tp hari takde la muda sgt ni, dh tengahari dh..wakaka;)