aahhhhh.....
1 paper down, another 3 to go...Sem ni berserabut sikit otak aku la. Dengan hujung-hujung exam kena present EIA plak, report lagi. Dahla sebuk ngan subjek-subjek yang boleh dikatakan mantap la mcm EIA, Sistem Keselamatan + Prinsip Keselamatan tu. Tension aku tak kurang sangat pon lepas tengok movie ngan Nad kat Alamanda semalam. Rasa macam nak pi buat movie marathon sampai kejang urat dalam dewan sejuk tu...Tapi apakan daya, ongkos takde beb...hehe
So, jadilah alkisahnya aku ke'blur'an dalam bilik kolej ni sorang-sorang (Ain terpaksa berada di rumah minggu ni). Well, aku dah biasa sorang-sorang ni walaupon kadang-kadang tu seram sendiri (hehe) tapi berseorangan membantu otak aku berpikir lebih sikit la. Dengan subjek berat menanti aku minggu depan ni di tambah pulak dengan Bengkel Case-Mix kat PPUKM pada hari Isnin (blok pendidikan tu....wahhh...tak tahan boleh cuci mata! bak kata Nad -- jodoh --). Harap-harap aku sempat khatamkan baca nota EIA dengan Sistem Keselamatan tu. Insyaallah.
Ish, I really need a break la, I need a KIT-KAT. Bagi aku seminggu ke untuk me'rilek'kan otak aku sat boleh? Can all the exam's paper wait? and can the bengkel been postponed after the exam? Jawapannya memang tak boleh la cik Nanie...huhu :(
Next Mission : Kena pi cari benda manis nih!
No comments:
Post a Comment