Thursday, April 9, 2009

OHSAS 18000 @ MASkargo

haa...

Lega giler bila dah habis presentation OHSAS pagi tadi, report pon dah hantar...Report pon main boh je sbb aku tak ikut GAYA UKM (satu je la, UKM ni suka mengarut ngan GAYA UKM tu, ntah ape-ape. Yang penting patutnya isi dalam report tu, ye tak?)

Tadi sepatutnya aku group ke-4, tapi disebabkan kebetulan aku dah awal-awal dekat meja lecturer tu nak masukkan powerpoint aku, Dr. K**** ingat group aku yang start dulu. So, memandangkan bukan semua yang ader dalam kelas masa tu (besela, dorang ni ske masuk kelas lambat), aku dan Sal proceed je la.

Aku sebenarnya risau nak present awal-awal sebabnya takut tak menepati keperluan Dr. K**** yang nak tengok proses, masalah dan faedah OHSAS dalam satu-satu organisasi tu. Ingat nak tengok group lain present dulu, tapi bila dah dipaksa Dr. K****, aku ngan Sal men redah jela.

Aku mula dulu ngan pengenalan etc dan Sal sambung bila masuk part OHSAS (sorry Sal, aku takut aku tergagap bila nak cerita pasal OHSAS ni, lagi-lagi Dr. K**** tu expert bab ni).

In the end, aku rasa syukur sangat sebab group kitorang group pertama (sebab group2 selepas kitorang Dr. K**** dah buat muka, menguap la, dan mengira masa yang tinggal untuk group tu present), dan group aku jugak yang ader letak slide-slide gambar (dan sedikit penerangan), dan ader gambar ngan Puan Norazlina, Safety Executive MASkargo dengan berlatarbelakangkan replika kapal terbang MASkargo 9M-MHJ (obviously la nak tunjuk bukti pada Dr. K**** yang kitorang memang pergi MASkargo).

dengan Pn. Norazlina Amlan, Safety Executive MASkargo

ngan replika kapal kargo 9M-MHJ

Posing dekat entrance Core 1

Depan Core 1

Kapal tu, kapal tu...

Tu haa...ingat senang ke nak bergambar ngan kapal terbang dekat-dekat camni? teruja kejap...weheee~

Before balik sempat lagi, buktila katakan..hehe


Yang nak dijadikan ceritanya, Dr. K**** tu dari kenal NURUL (Tesco) je, dengan aku-aku sekali dia kenal dah. Yang aku dia letak nama Elyana..mak aii, tiba2 jadi penyanyi plak...gegege...Dahla dia tu suka aknowledge student dia sampai student pun naik malu ngan dia (yang ni kitorang-kitorang je tau tang mana)...hahhahaa...hish~

No comments: