Baru je hilang penat siapkan OHSAS tu, malam ni nak kena pergi trip kelas ke Langkawi. Baru je settle packing ni. Bertolak pukul 10 malam dekat Bus stop FSSK (naseb cek Bong ader nak tolong hantarkan kitorang ke fakulti malam ni, kalo tak tau la mcm mana, dengan beg camping lagi, dengan laptop lagi...ish3....).
Tadi dapat tentatif program kitorang kat Langkawi nanti. Erm, sangat packed! Start tengahari Jumaat tu, dah kena briefing, pastu pi site visit sampai petang + lepas pukul 6 baru dapat rehat balik dan buat aktiviti bebas. Tapi kedai-kedai yang jual souvenir, kain batik ngan coklat tu dah tutup time2 macam tu...huhu...
Sabtu plak d whole day kitorang akan ke site. Kilang Simen la, kilang itu la, ini la. Banyak ke kilang dan kawasan yang memberi impak pada alam sekitar.Adush~
Kali ni bawak baju lengan pendek je, malas nak beratkan beg ngan baju tebal2. Lagipun nak bawak sweater sbb travel malam, kan...hehe (alasan sangat tidak kuat untuk tidak memakai tshirt lengan panjang).
Malam memang acara bebas, tapi nak bebas apenyer sbb malam nak shopping pon tak bleh, lebih kepada buat report untuk trip kali ni. Hurm.....pagi Ahad plak acara bebas sampai la nak check out kul 11 pagi tu. Akan ku gunakan masa yang sependek itu untuk bershopping...yey!!!!!
Tak nak pi trip, nak pi shopping; tak nak pi trip, nak pi shopping....wohooo~
2 comments:
bestnya pi langkawi...leh shopping nanie!!!jgn lupa beli coklat byk2 tau!!!ehehehe~!!
of course coklat itu penting..ekeke ;) hbs duit bli coklat je, benda len tarak ;p
Post a Comment