Wednesday, January 13, 2010

I'm fine, tq~

Poyo je entry takde update untuk seketika konon. Bukan sebab demam je. Mood pon agak kureng sket 2-3 hari ni disebabkan demam tu la. Nak start dari mana? Erm, tak ikut aturan la ye. Ikut suka hati aku je nak citer dari mana ok?

Ahad ritu... aku dating ngan Cik Abang kat Titiwangsa dari kul 11 pagi sampai 430 ptg! Sesetengah orang mungkin akan tanya, ape aku buat kat taman tasik selama itu ngan dia? Well, mostly cari bangku, duduk berborak sampai kematu punggung ni since kul 11pg tu dah panas terik dah, tak boleh nak round taman. Around kul 2ptg kitorang round taman sebab ada dua tempat kenduri kahwin kat Titiwangsa tu (satu kat Dataran, satu lagi kat sebelah tempat orang main sukan air tu). Saje menyibuk tengok pengantin pakai baju warna apa dan pelaminnya macamana. Duduk lagi borak-borak sambil makan buah tepi tasik. Well, kebanyakan masa kami duk berborak je. Yelah, lepas rindu.

Hehe... lepas rindu la sangat padahal tiap hari pon tangan ni tak lekang dari duk pegang hp, men mesej ngan Cik Abang. Tapi tak sama kalo jumpa depan mata kan? Hihi... Bila aku dating, aku bukan dating kat shopping complex. Itu yang aku suka bila kuar ngan buah hati aku ni. Kitorang ni lebih suka duduk, berborak and suka taman. Sebab aku tau, kalo nak pi hangout kat mall, aku akan pegi ngan Along, Alang, Bong atau paling tidak masa kuar hangout ngan aTiQue atau Liyanaroxx. Dahtu kalo nak spend time ngan buah hati pon takkan nak ke situ jugakkan? Ye la, aku nak kuar salu ngan dia pon jarang. Sekali sekala tu better hirup udara segar, kan? Ibu ngan abah pon dah paham sangat dah. Nasib dah dapat green light. Tehehee~

p/s: Balik dari dating ngan buah hati Ahad tu, pagi Isnin aku rasa macam nak demam. Tetibe je. Nak kata demam rindu, tak mungkin sebab baru dating ngan dia sehari suntuk kat taman semalamnya tu. Tak demam, hanya sakit tekak yang membawa kepada rasa macam nak demam. Dahtu, sengal-sengal satu badan plak... lagi haru~

No comments: