Friday, April 30, 2010

busy bee~

Pejam celik, pejam celik... dah pengakhir bulan April dah.

Aku tak sempat nak membebel banyak kat dalam blog ni sebab agak busy.

Semalam pon kuar ngan Along pagi-pagi ke Jalan TAR, nak cari tudung. Dapat la diskaun waktu pagi. Ape orang kata, first customer. hehe ;D Kedai pon baru bukak. Dapat cari tudung untuk diri sendiri dengan untuk Ibu dan Ellie.

Pas je settle keje mencari tudung, kitorang pi Ampang Park plak. Misi seterusnya, nak mencari kasut untuk majlis bersanding aku. Ye lah, kaki gajah... payah btul. Butik pengantin pon hanya supply kasut bersaiz standard, saiz tujuh. Wahai kawan-kawan yang nak kawen dan mempunyai saiz kaki yang kecil molek, beruntunglah wahai kamu kerana tak perlu bersusah payah mencari kasut untuk bersanding nanti... Huhu ;P

Ibu kata, pas majlis, tolak kat Kak Sue... Kalo tak pon, pakai masa pegi pasar. Wahahahaa ;D

Ye lah... kasut bertutup. PINK pulak tuh! Kalo ditakdirkan aku keje dalam pejabat pon pasni, takde gayanya aku nak pakai kasut PINK! hahaha ;D

p/s: Redha jeee...

u are the one

Tajuk entry macam ape je.

Takde pape okehh...

Cuma...

Semalam, dengan bangga nyer orang pertama telah menduduki seat kereta Mr. Blacky aku, tak lain tak bukan Along! hihi ;D

Orang pertama yang amek nombor la katakan...

p/s: Pasni menyusul plak 2-3 orang lagi... tunggu time meronggeng ngan dear Ana (owh, Tqah dah tarik diri awal-awal) ;P

Friday, April 23, 2010

pandu laju-laju

Lama tak buat tag ni. Cik Liyanaroxx bagi mandat buat tag memandu ni dari hari tu lagi tapi baru sempat nak update sume benda hari ni... Ok, ni dia~

(Gambar takyah letak. Dah ada kat entry bawah ni dah. hehe)

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Of course lah ade kan?? Kalo tidak, takdenyer dapat kereta free dari abah ;P Dan kalo tidak, takde maknenyer aku merempit...

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Lepas SPM trus amek. Tapi aku punyalah lambat nak habiskan kelas. Last-last dari habis SPM tertangguh sampai la besday aku yang ke 18. Kiranya hadiah besday yang ke-18 la tuh.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Dapat lesen umur 18. Now dah 25 tahun. So, 7 years of experiences.

Pengalaman pahit ketika memandu?
ACCIDENT lah ape lagi! And it's totally not my fault. Aku pernah citer pasal accident tu dalam blog ni. Kereta aku kena hentam dari belakang by some CARELESS man yang pi merempit kat tempat yang salah. HANGIN satu badan aku tau! Tak pernah-pernah aku melanggar kereta orang dan dilanggar, tu kali pertama. Depan belakang plak tu yang kemek teruk. Alhamdulillah aku takde pape kat dalam kereta masa tu. Ada lah nak dekat 3 minggu jugak kat worksyop.

Pengalaman manis?
Pengalaman manis ye...erm...pengalaman manis memandu? erghhh...banyak kot? Ntah la, aku pon tak tau la plak pengalaman manis bila memandu ni. Cuma boleh tekan minyak lepaskan geram bawak laju-laju je. hehe ;P

3 tabiat ketika memandu?
1- Suka pasang lagu kuat-kuat and melalak sorang-sorang bila tengah memandu.
2- Suka merempit. This one tak boleh nak elak. Sebaik mana niat aku nak bawak kereta slow pada hari tu, mesti ada je sebab lain menyebabkan aku tekan minyak puas-puas. Hurrmmm...
3- Membebel sorang-sorang bila tengah syok memandu, ada je driver yang drive macam konon-konon bagus. Dok kat lane memotong tapi bawak slow giler! HANGIN la kan... dah terkumat-kamit mulut aku ni membebel dalam kereta sorang-sorang.

3 pantang time anda memandu bila...
1- Orang drive slow tapi drive kat lane belah kanan. Sila kekiri-kiri-kiri lagi yerrr... Sentap btul!
2- Orang drive masuk lane kita tapi tak bagi signal. Oittt! Takut bateri kereta ko kong ke kalo bagi signal tuh? Tak mati okeh kalo jadi pemandu lembab tapi reti bagi signal tau. Aku yang gila-gila suka merempit dan even nak memotong kereta lain pon aku bagi signal.
3- Orang yang suka memotong lane yang panjang kat traffic light. Penat-penat aku beratur... Dah la memotong, tak bagi signal nak masuk, dahtu sebabkan dia je, lane lain yang jammed.

p/s: Okeh, siap!

Mr. Blacky [part II]

Here we go!

Dear Mr. Blacky... I will surely love you!

Rim 16 inci. Hurmmm~
p/s: Kenapa la takde warna oren. Habis dah trademark aku :( Tapi Alhamdulilah dapat jugak sebijik hadiah walaupun bukan fave color aku :)

Mr. Blacky

OWhhh......Semalam. Aku. Dapat. Kereta. Baru!



Heheh ;) Aku dapat hadiah wedding yang paling best setakat ni. Dapat Kereta Myvi sebijik. Aku saje je menggedik kata hadiah wedding. Padahalnya tidak pon. Abah memang dah kata awal-awal sebelum dia pencen lagi ritu memang Abah nak bagi sorang satu kat anak dia. Neo and Gen2 di trade-in. Mr.Bumblebee Abah passed down to Kak Lin. Jadinya nombor kereta will be passed down lah. Abah sayang nak jual Bumblebee. It's everyone's favourite car. Kalo aku, takyah cakap la. Itu pon salah satu nyawa aku selain family, buah hati, miss red cammy, and sunnies aku.

So, time me'reveal'kan Mr.Blacky aku!!



Baru kuar kedai. Masa ni tengah tunggu runner bawak balik road tax dari JPJ and tak sabar nak pi worksyop. Hihi ;)

Ok, untuk sesape yang tau family aku, kitorang pakai satu nombor plat. Aku nyer WTR. Nanti Ibu bawak WTS and Abang bawak WTT. Nombor sama okeh? Tapi tak bleh reveal disini ;P

Ni kat worksyop. Tukar spring bagi lowered and tukar tayar + rim. Abah tak suka original car. Aku ikutkan je sebab bukan aku yang bayar. Ngehngehhh...

Tu nampak tak spring asal? Tapi... Myvi ni dah tukar spring pon masih rasa TINGGI...

Okeh, last but not least... Alignment time!

Aku sebenarnya tak pnah terpikir nak bawak Myvi, let alone own it. Tapi bila Abah tanya aku nak kereta ape, aku cakap je Myvi sebab aku tak suka kereta besar-besar. In KL, kereta besar ni tak relevan. Bagi aku la... other's opinion aku tak tau. Tapi kecik-kecik pon aku tak terpikir plak untuk ViVA sebab too small for my fave. Dah macam Kenari pon ada. Then, in between... maka dapatlah aku MyVi. My lovey dovey honey... 2nd after encik buah hati :))
p/s: Erm... nak panggil ape ye?

July's Reception

Selasa malam Rabu ritu aku ada appointment ngan Kak Sue dari Galeri Perkahwinan Suria.

Kak Sue memang dah awal-awal lagi mintak aku bawak Cik Abang for our next meeting so that Kak Sue boleh ukur baju untuk pengantin lelaki. Selain tu, Kak Sue mintak aku bawak contoh warna pink yang aku nak supaya menyenangkan dia pi cari kain lace nanti.

Malam tu, nasib baik Kak Sue memang ada appointment ngan kami berdua je. Lagipun banyak benda yang nak dibincangkan. Design baju yang aku nak, nak ukur badan lagi, contoh warna kain etc.

Habis je bincang dah kul 11malam. Fuh~

Walaupun balik lewat but at least Alhamdulillah settle satu keje aku.

Tinggal tunggu Kak Sue panggil untuk fitting je. Hopefully siap on time before majlis aku nanti. InsyaAllah.

p/s: This coming Saturday nak pi buat kad kat Pudu, and nak beli barang kat Nilai 3! Of course lah dengan buah hati pengarang jantung!

Wednesday, April 21, 2010

update I

Okey, update sket ape yang patut.

Jumaat lepas aku kan dapat free time dari parents aku. Of course lah I'm having ME time alone kat Mid. Tengok wayang and pi survey jam tangan untuk hantaran nikah ke buah hati aku.

Iye wehhh... dah tinggal lagi 87 hari ni... pejam celik nanti dah tinggal dua bulan, sebulan...dan seterusnya nikah. Banyak benda yang aku kena settle lagi ni selain pikir pasal hantaran nikah. So, yang mana boleh grab dulu, itu jadi keutamaan. Sebab untuk tunang memang takde ape sangat yang aku bagi. Hantaran banyak dalam bentuk makanan je (kuih muih, coklat, kek etc). So, aku lebih banyak beri tumpuan kat majlis bulan 7 aku berbanding majlis kecilan bulan 5 ni.

ME time tu aku tengok movie.

Aku tengok citer DATE NIGHT; sangat sesuai untuk orang yang dah kawen untuk fikir-fikirkan semula ape tujuan kita kawen and obviously la sebenarnya bukan sekadar untuk menjadi roomate-paling-baik; selain bagi moral pada pasangan supaya bila dah kawen nanti, kita boleh letak kepercayaan kita pada pasangan kita tu tentang hidup membantu antara suami isteri. Bukan semua benda isteri yang kena settlekan bermula dari celik mata bangun tido tu sampai la nak masuk tido semula dan suami hanya basuh kaki je balik dari keje tanpa tolong ape-ape... semuanya berkaitan dengan KERJASAMA dan KEPERCAYAAN. And mungkin life berkeluarga akan jadi lebih baik selepas tu.

p/s: Cuba renung-renungkan parents kita macamana... Ada betulnya jugak moral citer ni... Harapan aku bila aku dah berkeluarga nanti, aku akan ingat citer ni dan praktikkan dalam life berkeluarga aku tuh :) InsyaAllah :))

Sunday, April 18, 2010

updates

Ha...tak sempat aku nak citer pasal ME time hari Jumaat hari tu. Tunggu ye. Aku baru sempat online hari ni. Semalam ada hal sket :)
p/s: ♥~~

dating mistakes ;P

Uhuh..tadi aku bukak Yahoo! and come across this article pasal Dating Mistakes. Dalam 8 kesalahan yang aku baca tu, aku suka yang nombor 6 and 8.

#6: Being too selfish in your relationship
One of the downsides of being independent is that it can lead to some self-absorbed tendencies -- a huge turnoff for men looking for a serious relationship. So make sure you're giving as much as you're receiving in your next relationship. "A partnership involves two people who share mutual interests and mutually benefit one another. It's not just about what being with him can provide you; it's about how you can come together to complement each other." [Ming Gregory].
#8: Forgetting your manners
We can't imagine this is something you'd ever do, but a little reminder never hurts: Say thank you. "Good manners have become so old-fashioned that men now wait for the thank-you at the end of the date as a way to see if she's worth seeing again. I don't care if the woman looks like Kate Beckinsale and has PhD.; if she can't be bothered to utter those two little words, I am never calling her again." [Brian, 30, New York]

p/s: But, itu dari segi pendapat dan pandangan orang luar negara. How about Malaysian? Hurmmm...

Friday, April 16, 2010

survey time~

Memandangkan hari ni aku dah dapat ME time alone, aku ingat nak buat movie marathon. Tapi tetibe teringat yang aku nak tolong pi surveykan handphone untuk Tj, and nak survey barangan majlis aku bulan 5 and bulan 7 sekali. If possible and ada yang terkenan di hati, ingat nak beli je trus. So, nak taknak, tengok satu je movie and the rest of my time tu untuk buat dua keje tuh.

Aku nak pi cari Tafsir Quran and survey jam tangan. Kalo bukan untuk buah hati pon, untuk diri sendiri pon jadi.

Honestly speaking, aku ni bukannya jenis minah branded pon. Aku tak kesah pon pakai barangan takde brand-brand gempaks tuh. Tapi aku ada 3 benda yang aku kalo boleh kena ada brand.

  1. JAM TANGAN - sebab aku ni suka pakai jam. WAJIB ada dipergelangan tangan. Kalo tak pakai tu, aku rasa dunia aku tak lengkap. Kalo dah naik kete, baru jalan sekerat jalan, aku sanggup patah balik umah amek (Kalo dah jauh tu, terpaksa redha je la yang aku tak pakai jam). So, of course nak yang branded sebab aku tau jam tu akan menjadi peneman istimewa aku bertahun lamanya. Macam jam SWATCH yang aku pakai tu, bateri boleh tahan 3 tahun, dah salu sangat kena air, tapi boleh bertahan dan dah masuk 4 tahun dah jam tu aku guna - hari-hari -
  2. HANDBAG - aku ni jenis akan pakai satu-satu beg tu sampai ape orang kata -lunyai-. So, kalo boleh nak beg tu bertahan gak ngan aku ni. Aku tak banyak beg tangan, siyesly. Ada satu yang sampai sekarang aku pakai (the one yang warna silver tu), walaupun yang tu lagi la takde brand, beli kat booth kecik dekat-dekat ngan GSC Mid Valley tingkat 3 tu (Tj ada satu yang sama design tapi warna biru), tapi aku dah pakai nak dekat 2 tahun kot. Tapi, nak cuba jugak yang branded walaupun satu je.
  3. KASUT - Haaaaa... yang ni nak tau sebab pe? Sebab yang bukan branded, takde sampai saiz 10. Hehehee ;D Kaki aku ni lebar dan panjang. Sangat susah nak cari kasut ok. MEMANG SANGAT SUSAH nak cari saiz kasut yang besar. Design pon satu hal. Kalo takat sandal pon susah nak cari saiz, apekan lagi kasut bertutup! Huishhh...mau stress dibuatnya bila susah nak cari kasut ni. Lagi satu, kasut ni pon jenis aku akan pakai yang satu tu sampai lunyai jugak. Aku tak banyak kasut kat umah. Siyesly... so, better beli yang jaminan kualiti terunggul. Haha ;P

p/s: ok, nak pi survey jam dulu ;) Daaa... nak kuar dah ni, shopping!!

ME time!

Yes, FINALLY!!!

Hari ni dapat pon ME time. Kalo dah nama ME time tu, sudah pastilah masa aku untuk berseorangan. Yippeeee~~

Aku ni bukannya jenis suka menyendiri macam sesetengah orang. Life aku memang sentiasa dikelilingi orang yang aku sayang; dan aku suka keadaan tu. Family, buah hati, kawan-kawan; semua lah. But lately ni, aku rindukan masa berseorangan aku; aku rindukan keadaan tu. Untuk beberapa jam pon jadi la. Salu dulu-dulu aku ada masa macam ni. Tengok wayang and buat movie marathon sensorang, window shopping sorang-sorang... Bukan takde kawan ke ape, tapi nak lepas tension. Sekarang ni aku kekurangan masa menyendiri aku tuh. Bukan kekurangan tapi TAKDE. hehe ;P

Lagi-lagi ngan abah dah pencen ni, everywhere pon aku ikut abah. Kan takde masa untuk menyendiri tuh. Tolak abah masuk toilet je aku tak ikut. Hahaha ;D Jadi escort abah. Pi bank, pi KWSP, pi ikut abah jadi mandur tengok umah baru yang direnovate, escort Ibu pi pasar, pi shopping ngan Ibu dan abah and all... Bukan salah dorang pon swuh aku ikut sebab aku yang memang suka mengendeng, mengekorrrr je dorang. Tapi bila dah salu sangat mengekor, la ni aku sendiri yang dah takde masa untuk diri sendiri.

--> Nak kuar je, teringat kain baju dalam mesen basuh tak sidai lagi; kalo nak kuar je, terpikir yang aku tak tolong Ibu masak plak untuk hari tu; nak kuar je, terpikir plak sian kat abah kena amek Ellie kat sekolah; nak kuar je, teringat kain baju nanti Ibu plak yang lipat.

So, got the point?? Aku kalo boleh tak nak susahkan Ibu dan Abah, tak bagi dorang buat keje umah sensorang. But I really, really need MY TIME alone. 5 jam pon jadi la.

Boleh ye, Bu?

Ok eh, Bah?



p/s: Yes, akhirnya, dapat pon keluar nak menyendiri untuk 5jam hari ni. Hehe ;)) Terima kasih Ibu, Abah! :))

Wednesday, April 14, 2010

i ♥ to eat

Owwhhhh... I can eat this all day long...

Nak tau apenye?

KUIH BAHULU.

Uishh...kecuq air liuq den nih kalo dengar orang kata kuih bahulu. Kuih tradisional yang paling aku suka. Time raya, kalo pi mana-mana umah orang pon, aku akan cari kuih bahulu dulu kat hidangan bekas raya dorang. Kuih lain aku tak pandang sangat.

Ibu suka yang jenis macam rapuh tu, aku plak... mana-mana pon boleh :) Janji kuih bahulu sumer aku bedal. Ekekeke ;P Yang bentuk macam kuih bakar, yang macam bentuk ikan tu pon jadi... Asalkan...kuih bahulu :)

p/s: Nak belajar buat kuih bahulu la raya tahun ni ngan mak mertua ;)

baju famili

95 hari lagi; semalam aktiviti aku dan timbalan menteri kewangan ialah...

mencari kain baju untuk family aku! :)


Dapat la dua jenis warna since Abah ngan Abang takmau pakai pink. So, untuk lelaki kami belikan warna peach and untuk perempuan kami belikan warna pink.
Itu je. Nak roger and out :)
p/s: Untuk baju pari-pari, settle je untuk majlis kecilan, baru aku pi cari ye? :)

Monday, April 12, 2010

i'm ♥ them

Entry kali ni takde pape pon. Saje je nak letak dedication di sini. Aku kan suka buat dedication ;P hehe...Semua di bawah adalah urat dan nadi hidup aku aku selama ni.

Affair 1: My dearest family :)

Gambar terbaru takde gambar bertujuh. Ni gambar family masa raya tahun lepas (2009); tahun terakhir aku beraya dengan family. Start tahun ni dah kena selang seli beraya ngan family bakal suami aku kat Bidor, Perak pulak :)


Affair 2: Buah hati pengarang jantung
Ni gambar kat Zoo Negara hari tu. Sorang hidung mancung, sorang lagi hidung pesek. Hehe ;P InsyaAllah Julai ni jadi saksi penyatuan dua hati. Dah busy countdown ni ;)


Affair 3: My longest BFF since primary school
My dearest BFF, Ana and Tqah. Babe, you guys surely the best among the best. I have no words to describe you best but, you know it girls :)

Affair 4: My dearest adik beradik!
Alang, Along and Bong. Best ada adik beradik yang sama gila-gila macam dorang ni. Cuma masa dan keadaan yang buatkan kita tak berjumpa. I am surely missed our moments together. Ingat haa...amek jubah sesame ok? Can't wait! And after that kita pi makan kat SR yeee?? It's a date! :)


Affair 5: My Near but yet so far BFF
Sorang kat Ukraine, sorang kat Kota Tinggi, Johor. Sorang jumpa once a year, sorang lagi jumpa every school holidays. Walau ape pon, dorang tetap di hati :)


p/s: You are my life and my soul. The one that completes me. I love you guys yesterday, today and InsyaAllah tomorrow :)

Sunday, April 11, 2010

2 in 1

Semalam buah hati aku tolong hantarkan ke pusat exam! Yippeeee!!!!

Pagi-pagi aku dah ke maktab dia, parked kete aku kat situ and pegi ngan naik kete dia. Seronok pagi-pagi dapat tengok muka orang yang kita cintai :) Of course lah selain family aku kan... itu adalah rutin wajib.

Sampai je kat MARDI, MasyaAllah... banyak nyer kereta! Aku takleh nak bayang berapa ramai umat manusia yang nak pi amek exam tu semalam. Owh, sebelum terlupa, exam yang aku katakan tu exam Gred 41. Rata-rata yang aku tanya untuk exam ape dorang amek ni, mestilah jawapan wajib ialah PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik). Aku pon sama tapi aku exam untuk dua position which are PTD ngan Pegawai Pembangunan Masyarakat.

Alhamdulillah aku sempat masuk dewan kul 815pagi. And exam mula lewat 30minit sebab kul 9pagi pon baru ada yang masuk dewan.

Dalam ramai-ramai tu, aku terjumpa gak ngan Ernie, geng Bond ngan Tj kat Ampang Girls dulu. Jumpa kat toilet plak tuh! hehe ;P Of all places, toilet jugak menjadi medan pertemuan. Dia seksyen yang sama ngan aku jugak cuma dia duduk belakang sebab sampai lambat (disebabkan jem kat pintu masuk). Ernie kata ramai yang keluar dari kereta berjalan ramai-ramai dari pintu masuk MARDI sampai ke dewan yang sangat jauh itu. SANGAT, SANGAT JAUH dari pintu masuk. Siap naik bukit turun bukit, I tell youu~~ Dah la dengan pakai heels lagi.

Semalam, nasib baik jugak aku teringat nak bawak cardigans aku. SEJUK betul aircond dalam dewan exam aku tuh. Exam semalam dari kul 930pagi sampai 430ptg, ade nak dekat 5-6kali gak aku gi toilet. Badan aku ni tak tahan sejuk. Sejuk sikit je mula la nak cari toilet. Semalam pon aku tak berani nak minum air banyak-banyak sebab takut asyik nak pi toilet je padahal selang masa rehat antara satu paper ngan paper yang lain tu dalam 10minit je. Kalo ikut jadual exam yang asal, dapat rehat dalam 20minit. Tapi sebab semalam mula lewat, dorang nak kejar masa yang asal jugak. Jenuh weh.... terketar-ketar aku jawab exam sebab kesejukkan melampau. Buah hati aku kata aku exam dalam peti ais. hehe;D Last-last bila time rehat makan tengahari, aku duk bawah panas matahari sebab nak bagi hilang sejuk. Rasa nak beku badan ni bila berjam-jam dk bawah aircond super sejuk, super power gitu tau~

Exam semalam tu ada 7 bahagian.

Seksyen 1/A: Pengetahuan Am Malaysia
Seksyen 1/B: Menyelesaikan Masalah (simple math, IQ test)
Seksyen 1/C: Kemahiran Memindahkan Data (pemahaman, grammar)
Seksyen 1/D: Esei BM
Seksyen 1/E: Essay BI
Seksyen 2/A: Sahsiah Diri
Seksyen 2/B: Minat

Sume Alhamdulillah ok je jawab. Ye lah, objektif kan... tibai je kalo rasa lupa sejarah macam untuk Seksyen 1/A tuh. hehe ;D Yang untuk dua-dua esei tu... Ish, ish, ish... punyala lama dah tak jawab soalan esei (esei masa jawab exam degree ngan master tak sama weh...ni esei masa tingkatan dulu...citer 8 tahun lepas) Hampeh je aku rasa, jawab esei macam budak-budak form 1 kot. Aku rasa aku jawab esei masa form 1 dulu pon lagi terror dari yang aku jawab semalam. Tawakal je. Lagipun benda dah lepas , takleh nak diulang sekali lagi melainkan aku hantar permohonan SPA baru. hehe ;P

Balik je buah hati amek (of course la kan sebab aku takde transport sebab dia yang hantar pagi tu, memanglah dia jugak yang kena amek aku. hehe). Jem kat tol Sungai Besi, sebab ada final bola Negeri Sembilan lawan Kedah kat Stadium Bukit Jalil. Balik tu pi dating ngan buah hati kat Titiwangsa plak. Borak-borak sambil jalan-jalan hirup udara segar. Well, macam yang aku pernah tulis dalam entry aku sebelum ni, kami ni memang sangat outdoor. Takdenyer jalan-jalan kat shopping mall tu sebab aktiviti tu aku bleh buat ngan BFF aku (Tqah, Ana, Tj, Along, Alang and Bong). Dengan dia biarlah lain sket aktivitinyer. Tapi aku suka, sebab rasa fresh gitu :)

Balik lepas dinner ngan dia kat Kg.Baru...

p/s: Dapat luang masa ngan buah hati 2 hari berturut-turut... Hmm... best btul :))

one day before...

...EXAM.

Jumaat lepas aku memang plan nak pi cari jalan untuk ke MARDI, Serdang since pusat exam aku kat situ. Ye la, aku budak UiTM, budak UKM, so nak ke UPM tu tau cuma area exam je tak tau.

Plan awal nak pi ronda pagi tapi pagi tu jadual hectic sungguh. Mana nak baca nota-nota exam lagi, dengan Ibu mintak tolong pi kedai la, amek Ellie kat sekolah lagi... so, tertangguh. Plan aku dah kena anjak ke petang.

Kul 12tghari camtu tetibe buah hati aku mesej tanya aku dah pi ronda cari tempat exam ke belum. Aku cakap la belum sebab tak sempat lagi nak pi ronda, keje aku banyak and aku inform ke dia yang aku nak ronda petang tu dalam lepas Zuhur.

Tetibe dia tanya samada nak dia teman aku pi cari tempat exam ke tak! Weh, of course la nak kot?? Hahahaha ;D

So, petang Jumaat tu instead of ronda cari tempat exam - balik (Plan A) ; kitorang pi ronda cari tempat exam - dating kat Tasik Perdana - pi makan aiskrim kat Jusco AU2 (time-time hujan makan aiskrim) - and pi dinner kat Kg. Baru (itu Plan B)! Konon-konon kalo ikut plan A (tak termasuk buah hati aku), balik dari ronda tu sempat lagi nak baca nota. Bila plan A berubah ke plan B, sempat je belek nota kejap masa dating kat Tasik Perdana tu. Asyik kena kacau je ngan buah hati. Lagipun takde maknenyerrrr nak baca nota time dating ni. hihihihi :)

Balik malam pon dah penat, last-last baru baca 2-3 helai nota terus tertido. Hehe ;P

p/s: Penat weh tetibe kena baca nota semula... otak dah berkarat ;P

Thursday, April 8, 2010

demam

Arghhhh... aku demam!

Ni bukan setakat demam biasa. Aku jarang demam ok tapi salu selsema (mintak dijauhkan dari H1N1 tu Nauzubillah). Selalunya demam selsema yang biasa aku kena, suhu badan aku tak naik. Cuma pening-pening, jadi budak hingusan semula, mata berair macam nak nangis dan muka blurrr je. Huhu...

Sekarang aku tau nape aku stress dua tiga hari ni... sebab Sabtu ni aku ada exam. Yes, EXAM! Waduhhh... memang stressful habis dah ni. Banyak benda nak cramp in dalam kepala otak dari malam ni sampai malam Jumaat. Pagi Sabtu konpem la tak masuk otak dah kalo nak baca pon. Exam start kul 9pagi. Tawakal je yang mampu aku buat. Dah lama tak menulis panjang lebar ni takut ari jemari aku yang cramp masa menulis nanti dan tanda kertas objektif tuh. Muahaha ;D

Cik abang kata jangan risau sebab ramai yang berada di sisi aku. Ye lah, ramai bagi semangat tapi ramai-ramai tu bukan boleh tolong aku jawab exam nanti ye tak? hehe ;P

p/s: InsyaAllah, boleh punya ni Nanie. Jiayou2x!

Wednesday, April 7, 2010

sinonimnya wanita dengan...

Hari ni takde benda nak cerita pon cuma semalam masa aku jumpa buah hati (ala...entry yang kat bawah ni pasal buah hati aku majuk ngan aku), aku dapat bunga lagi. Yey!!!

Semalam macam extra special sket bunga tu sebab selain ada bunga ros warna pink yang sangat comel, ada jugak bunga orkid warna purple! 'Tq Ayang~ Sayang suka sangat bunga tuh'

Well, itulah... wanita amat sinonim ngan bunga. Aku bukan minah bunga pon tapi aku tau hati aku ni fragile; bila dapat bunga je... 'awww... sweet sangattt...'. Sekali sekala dimanjakan macam tu selain dari ahli keluarga sendiri, ape salahnya kan? Aku pon dah biasa memanjakan diri sendiri, jadinya bila orang lain manjakan tu, rasa special sket... kihkih ;P Hati berbunga riang ;)) Chewahhhh~~

Gambar malas plak nak letak kat sini. Hehe ;)

p/s: Ok, itu saje untuk hari ni. Lately ni aku rasa macam agak stressful. Tapi aku sendiri tak pasti stress pasal ape. Boleh ke cenggitu?

rindu...

Hari ni aku rindu kat buah hati...

Semalam pon aku rindu kat dia...

Rindu, rindu dan serindunyaaa...


Semalam jumpa dia kejap kat tempat biasa, of course la kat Titiwangsa ;)

Adelah halnya semalam, tetibe dia jeles plak. 'Sorry Ayanggg...'

Jadinya malam tadi masing-masing lepas rindu kat dalam tepon je padahal jumpa petang tu... Hmmm :))

Tak sangka plak la buah hati aku ni cemburu jugak orangnya. Aku ni plak blur dengan slumber buat-buat tak paham signal. Dahtu masing-masing rindu. Hehehe ;P Lawak je kami berdua ni.

p/s: Sorry ye ayang... InsyaAllah sayang tak jadi blur lagi ;P

Tuesday, April 6, 2010

catering

Pagi tadi aku ikut Ibu pi jumpa Aunty Sharifah untuk bincang pasal majlis aku nanti. Aunty Sharifah ni memang dah sinonim ngan family kitorang ni. Dah macam official caterer pon ada jugak. Untuk sesape yang biasa datang makan open house umah aku sebelum ni, nasi beriani yang korang makan tu la nasi beriani berjenama Aunty Sharifah. Hehe ;D

Aunty Sharifah ni memang biasa bab masak-masak ni. Every morning memang dia jual nasi lemak kat depan Spectrum Ampang tu. Lauk-lauk nasi lemak dia yang aku suka macam sambal sotong, dan rendang daging (lembut btul daging rendang ni. I'm not a big fan of daging sebenarnya tapi Aunty Sharifah punya rendang daging memang TERBAIK!).

Jadinya, perbincangan antara aku, Ibu dengan Aunty Sharifah dah settle pagi tadi. It consists of makan-makan untuk majlis kecil-kecilan dan majlis besar (dua hari).

p/s: Alhamdulillah lega aku...

Monday, April 5, 2010

-55-

Haaaaa...lupa nak citer pasal entry ni.

Entry untuk birthday abah 010410, hari Khamis lepas.

Nak dijadikan cerita, Abah cukup takut ngan besday dia sendiri. Nak tau pasal ape? Sebab besday Abah jatuh on April Fool! So, Abah sangat risau bila orang main-mainkan dia masa besday dia. Hehe ;D

Besday Abah ritu kitorang sambut Jumaat malam Sabtu (020410) sebab Khamis tu aku ada appointment ngan Kak Sue. Birthday Abah kitorang sambut kat kedai ayam bakar Wang Solo kat Ampang Avenue Taman Dagang bersebelah ngan Galaxie Ampang.

Not bad la semua menu dia. Nama pon kedai orang Jawa, konpem la ada tempe, pecal segala... Kek Coklat Moist plak ditaja oleh Kak Lin.

Happy 55th Birthday Abah!! Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki selalu :)) Nanie sayang Abah! :)
Cuba tengok muka Myra. Lucu sangat reaksi muka dia masa ni. 'Birthday Atok, birthday Myra juga', kata Myra ;P
p/s: Yang rasmikan kek tu bukan Abah, tapi Myra ;P

budak-budak! [part III]

OK, here are the updates for the last part. Gambar je :)
Sorry la gambar tak mengikut susunan. Penat melayan laptop abah ni ;P


Tu Cik Abang aku. Suka betul dia ngan penguin tuh!

Ni Ungka Tangan Putih. Cik Abang gelak sakan tengok ungka ni berjalan. Siap diajuk-ajuk lagi cara jalan ungka tu. See what have I told u guys before? Siyesly dia memang macam budak-budak! ;)

Ni kat bahagian kanak-kanak. Ada anak kawan aku kat sini - Rusa - Pernah dengar lagu zaman kanak-kanak 'anak rusa Nanie baru kembang ekor...' hehe ;) Tapi tak amek gambar plak. Cuma amek gambar ngan pony sudaaa...

Ni pon kat area kanak-kanak. Belakang tu kurungan Ungka Tangan Putih kalo tak silap. Masa ni Cik Abang aku tak pasan lagi ungka tuh.

Hmmm... poyo je gambar ni ;P

Nampak unta tak? Unta kat sini tak tahan panas. Ape daaa~

Ngan segala burung. Ntah burung ape ntah...kehkehkeh ;D

Gajah!

p/s: Banyak gambar kami berdua je. The pictures are soooo not going inside here la of course ;P

budak-budak! [part II]

Ok, semalam aku pi wat lawatan sambil belajar ngan buah hati aku kat ZOO NEGARA!!


Hehe... plan awal sebenarnya nak jalan-jalan kat Bukit Belacan je (a.k.a Taman Rimba Ampang) tapi buah hati aku tak mau. Tukar semula plan nak ke Sungai Congkak pon batal jugak. Aku rasa dua venue tu ok je dari plan buah hati aku nak pi Muzium Negara tengok pameran keranda. Apekah??? Aku dok risau kata kat dia, 'tak risau ke kena badi mayat kalo tengok keranda tuh?'


Gila kan otak buah hati aku ni? Sekali dia keluarkan idea, mak aiii... macam dah takde idea lain je ;P


Pas sarapan ngan buah hati kat Datuk Keramat tu, kami pon ke Zoo. Masuk dari kul 11pg sampai kul 4ptg kat dalam Zoo. Macam-macam bau ada. Hamis bau kencing primate, busuk bau najis binatang la... nasib baik la hidung aku ni agak imun ngan bau-bauan yang menusuk kalbu tuh sebab aku pnah praktikal kat Zoo Melaka selama 2 bulan masa tahun 2007. Kalo tak, boleh muntah tau bau macam tu selama 4jam kat dalam Zoo.


Semalam melayankan si buah hati, keluarlah segala childish behaviour kitorang berdua. Melayankan dia, penat tau ke sana ke mari. Kalo suruh aku ke Zoo Melaka, aku pon dah naik hafal jalan kat dalam Zoo tu. Nak swuh aku tunjuk jalan shortcut pon boleh. Tapi ini Zoo Negara beb, besar dan luas. Rasa macam dah habis ronda, tapi Cik Abang aku ingat la plak yang kitorang takde lagi lalu route yang lain tu. Hish... penat tau. Bergambar pon sakan... hehe ;D

p/s: Gambar nanti ye...laptop abah ni poyos la... dah boleh copy tapi takleh paste. hmmm...

Sunday, April 4, 2010

budak-budak!

Hari ni seharian aku pi riadah ngan buah hati aku.

Nak tau kami pi riadah kat mana?



ZOO NEGARA!!!

Hehe :D

Gila macam budak-budak, kan??

p/s: Well, kami mengaku, memang cara kami berdua ni spend time tak macam couple lain. Kami cari outdoor activities :)) Tapi sekadar jalan-jalan je... Update nanti ye. penat!

104 days...

Tinggal lagi 104 hari...

Sekarang ni aku tak busy countdown untuk majlis kecil-kecilan. Tapi aku terus countdown untuk majlis besar tuh. Sebab yang itu lagi buat aku rasa berdebar-debar...

Tinggal lagi 104 hari aku nak tamatkan zaman bujang. InsyaAllah.

Tinggal lagi 104 hari, tanggungjawab aku sebagai seorang isteri akan bermula. InsyaAllah.

Tinggal lagi 104 hari, tanggungjawab aku makin besar. Selain sebagai seorang anak, aku akan jadi seorang isteri orang plak. Hanya yang baik-baik sahaja dalam doaku~ InsyaAllah.

Fuh~ Dan tinggal lagi 104 hari je, tapi kawan-kawan rapat aku sendiri pon masih tak percaya aku nak jadi isteri orang. Hehe :)

Itu dorang... ni tuan punya badan tak mau tanya ke ape perasaan dia?

Macam aku pnah tulis dalam entry aku sebelum ni, aku percaya pada jodoh Allah. Jodoh aku dipertemukan dengan si dia, dan dipermudahkan. Alhamdulillah syukur~~

p/s: Kawan-kawan... percayalah... walau cepat mana pon aku akan pikul tanggungjawab sebagai isteri ni, InsyaAllah aku tak lupakan korang semua... Korang jugaklah pernah menghuni isi hati aku dulu, kini dan InsyaAllah selamanya ye... Cheer up! :))

Friday, April 2, 2010

aku yg choleric!

Malam semalam aku dah booked Kak Sue untuk majlis aku bulan Julai ni. Alhamdulillah, 2 tarikh penting aku tu belum di booked oleh sesape lagi.

Semalam masa Kak Sue tanya aku samada aku ni dah konpem ke nak amek dia untuk majlis aku, dengan konfiden nya aku cakap 'ye Kak Sue, saya memang konpem!' dengan bersaksikan BFF aku si Tqah yang suka menyebuk ni (beb, thanks a lot teman/ menyebuk sekali ngan aku aku malam tadi okeh? I am very much delighted kalo ditemani BFF bab-bab macam ni. hehe).

Nak kata Kak Sue nye perkhidmatan ni mahal... agak la jugak. Sebabnya tambah ngan buat baju sanding baru just for me with design yang aku sendiri nak, berbaloi la jugak. Dekat ngan umah aku, dekat la jugak. Tak mau cari yang jauh sampai ke Shah Alam or Klang sana sebab nak harga murah or whatsoever (tak kira duit minyak ke? sama je pon lebih kurang kalo dah tambah tolak). Ape-ape, senang je nak deal ngan Kak Sue, bila dah dekat ni.

Ntahlah, bila bab memilih benda yang berkaitan ngan aku, especially my own big day; personaliti Choleric aku akan kuar. Kalo itu yang aku nak, itu lah. Takkan ada choice lain. Kalo aku tak dapat, aku akan cuba sampai dapat. Bagi setengah orang, berserabut nak melayan perangai macam aku ni. But, kita punyai personaliti yang berlainan, unique on our own way. So, terima je lah kan? Sorry Ayang... hehe ;P Can't help it lah...

Ape orang kata, citarasa berbeza; walaupun rambut sama hitam, hati lain-lain kan?

p/s: Sekarang ni, aku dah ada mix personalities. Dari personaliti Sanguine yang tak pernah ada, tetibe keluar dah...