Thursday, March 31, 2011

... and the list goes on ...

Entry yang lepas ada aku citer pasal nak start beli barang baby kan? Yep... dah start dah misi tu. Start menjadi2 bila dapat tau yang kami kena berpindah ke Johor. Ye la, kat sana nak pi bandar pon jauh. Mall2 macam k4, Tesco segala mana la ada. Yang aku tau, paling dekat kat JB kot ada JJ. Dari tempat aku nak ke JB pon dah nak makan 1jam setengah. So, nan ado la nak turun ke JB selalu kalo nak bershopping sakan barang bayi ni. Tak macam kat sini :( Plan nak cari ape, kat mana, on enjin, berdeshupp ke destinasi. Nanti dah berpindah, pikir 9-10 kali kot kalo nak kuar ke bandar. JB kot, bandar paling sesak berbanding KL ni. Sooo... we'll wait and see je lah macamana. Tapi, sementelah belum berpindah ke sana, misi akan tetap diselesaikan dengan kadar segera supaya tak lupa ape2.

Ni antara benda2 yang aku dah beli setakat ni:
  • baju lengan panjang - 1 psg
  • baju lengan panjang lubang2 - 2 psg
  • baju lengan pendek - 3 psg
  • baju lengan pendek lubang2 - 1 psg
*Ibu kata, lengan pendek banyak takpe asalkan seluarnya kena panjang. Lagipon nanti aku nak pindah dok dekat ngan laut, waktu siang kan panas*
  • barut baby (on da way)
  • baby's blanket - 4 helai *Ibu kata dah ada blanket takyah nak beli napkin/ kain bedung dah, sebab blanket tu boleh jadi sekali sebagai tuala/ bedung*
  • mittens & booties - 4 psg
  • Tuala baby - 2 helai

Baby care/ toiletries/ grooming
  • baby bath - ada 4 botol 800ml bedtime bath J&J and pek promosi Sebamed *Beli yang promosi beli 1 percuma satu harga rm20.90 sebelum sales ;) And Ibu kata dah ada ni takyah nak beli baby syampoo sebab baby bath tu boleh trus syampoo kan kat rambut baby -- saved bajet jugak -- mudah2an baby aku ni tak berkulit sensetif, kalo tak mama dia la yang bantai baby bath tu. ngeee~~*
  • baby oil - 1 botol sederhana besar J&J bedtime oil *Ibu kata losyen takyah pon takpe, yang penting baby oil ni untuk lembutkan kulit baby dan sapu kat lipat2an kulit baby macam kat lipatan lengan etc*
  • cotton buds - 1 pek promosi yang ada 5 pek kat dalamnya
  • wet tissue - 1 pek promosi yang 100pcs x 2
  • changing mat - beli yang murah2 je
  • diaper rash cream - 1 tiub jenama Watson's
  • nasal aspirator
  • berus rambut / sikat baby

Beddings
  • Set tilam + bantal kepala + 2 bolster *bukan jenis foam, tu tak tahan lama. Ni beli yang kekabu*
  • Kelambu
  • Cadar - 2 helai
  • Sarung2 bantal (bantal kepala + bolster) - banyak...

Misc

  • Botol susu 120 oz - 1 botol
  • termos - free amek dari Ibu ;))

Buat masa sekarang memang aku dok berharap danberdoa supaya aku dapat fully bf baby aku. Tu yang beli sebotol je botol susu. Nak beli banyak2 takut tak guna. Kalo terpaksa guna EBM or pam sendiri pon salunya that thing comes with the bottle sekali kan? Hmm... tak usah membazir nak beli banyak2.

Mesti bila baca kat entry ni banyak aku tulis, 'ibu kata' bla, bla, bla... kan? hehe... ye la, baik la tanya pada Ibunda sendiri yang dah berpengalaman jaga anak sendiri ni. Banyak benda yang Ibu rasa tak perlu beli macam losyen dan bedak tu agak logik jugak sebab bedak kadang2 buat daki je kat badan baby, losyen plak dah tak perlu kalo dah ada baby oil tu. Motif kedua2nya sama je untuk melembutkan dan memosturizekan kulit baby kita. So, why spend more kalo boleh kurangkan dan jadi lebih praktikal dan logik, kan?

Macam stroller tu, nanti2 pas habis pantang pon boleh beli sebab baby pon dah macam join mamanya berpantang sebab kita kalo berpantang xde nye nak keluar masuk rumah berjalan ke shopping complex segala kan? hehe ;))

Playpen, tak payah la. Membazir jugak. Letak je atas tilam tido dia kan senang. Baby ni kalo nak meragam ke ape ke, segala benda2 yang tergantung atas dia (kat playpen tu) dah takde makne dah.

Buaian plak rasanya setakat ni tak perlu lagi kot sebab kalo boleh nak ajar baby dari kecik tido kat tilam je. Nanti kalo dah biasa tido berbuai, nanti pergi mana2 pon nak kena ada buai jugak. Payah tu... tapi kalo dah tak boleh sangat, baru pi beli ;]


p/s: Setakat ni saje list aku... nanti sambung lagi la kalo ada ape2 yang TERbeli dan DIBELI lahi :D

projek kecil2an untuk baby

Dah dua hari berturut lepak kat rumah Ibu sebab nak siapkan projek kecil2an untuk baby kesayangan. Ngee~~ Projek ape, nanti aku update lagi kat sini ok :) Yang penting, save banyak duit and janji puas hati dapat buat demi anak sendiri. Lagipon tengah tak keje ni, baiklah cari keje kan... ade gak pekdahnya.


p/s: Nanti I tepek gambar kat sini. Setakat ni tahap bangga makin menggebu. Dan aku pon tau, encik hubby mesti bangga jugak dapat isteri macam aku ni. Ecehhhh.. PERAHSAN!! ;D

x cool ok?

oit, pempuan merokok nmpk sgt x cool okeh?! Even lelaki pun ada yg xmerokok, inikan pempuan. Buruk weyh! Malu la sket! Boohoo!


P/s: pastu nk buang puntung rokok merata2 dr tgkap kerete. Durh! -sori sinis sket-

Wednesday, March 30, 2011

Iberet Folic 500

Yeyyy... dah start makan Iberet Folic! Lorh, lagi seminggu nak monthly checkup baru sebuk nak makan Iberet Folic tu. hehe..bukan ape, hari tu nak habiskan dulu Ferromed dari kk. Saje je menggedik.

One thing for sure, ya rabbi, bau Iberet Folic ni lagi busuk dari Ferromed tau! First time makan semalam, koyak je sampul supplement tu...ish... bau dah tahan dah. Dulu ingatkan la bau Ferromed tu je dah teruk, rupenya ada yang lagi teruk. Kadang2 mulut berbau Ferromed after telan supplement tu. Yang ni tak perasan plak ada bau kat mulut ke tak. Hadoiii... nasib baik la makan tu je sebijik tak perlu nak makan 2-3 jenis supplement len.


p/s: Ni nak pindah ni kena siap sedia kan stok2 supplement macam calcium plus, neurogain ngan iberet folic awal2. Dah la farmasi memang konpem susah nak jumpa kat hujung dunia tu. Demi baby tersayang, sanggup berhabis duit.

22 weeks ++

Eleh...esok dah nak masuk minggu ke 23 baru la hari ni sebuk nak update pasal minggu ke 22. Xpe2, masih lagi dalam minggu ke 22 kan? Chill, chill..ngee~

Ni yang boleh aku kongsi sket from my point of view la.
  1. Baby makin kerap kicking. Kadang2 kalo dengarkan surah Luqman dari laptop, konpem tak duduk diam si kecik ni. Even kalo mengaji surah Luqman pon dia tak reti dok diam. Kalo surah2 lain, senyap je dengar mama dia baca.
  2. Baby tak suka kalo aku duduk terlipat2 perut contoh macam kita nak bongkok ke atau duduk mencangkung kejap, konpem si kecik ni tendang2. Tak selesa la tu, ruang makin sempit kot. hehe...Sabor je la~
  3. Baby makin rancak menendang kalo encik hubby usap perut aku, letak kepala or tangan dia kat perut aku. Atau...selalunya kalo encik hubby balik keje je, konpem baby start kuis2 aku. Sebab dia pon rindu ke daddy dia! :)) Macam mama dia jugaklah :)) Kalo aku dikelilingi orang yang aku tak biasa or orang luar, baby senyap je.
  4. Kaki makin salu cramp! Aduduiii...malam2 konpem tidor terganggu dek penangan cramp ni.
  5. Cepat mengah kalo minum air banyak sket. Kalo makan ok lagi. Tapi kalo minum terlebih, mak aiii...
  6. Kawan kata aku dah nampak berisi. Ye la, aku pregnant kot? Dah la badan memang senang naik booolat ;P Aku bukan Gisele Bundchen ok ;) hahaha ;D
  7. Strecth mark belum ada lagi. Alhamdulillah :) Lagi2 kat perut. Maybe sebab even before aku preggy pon aku bukan jenis pempuan yang mempunyai perut landai seperti supermodel2 yang pakai saiz 0 tu. Banyak lems je. haha ;D Tapi kena gigihkan diri sendiri pakai losyen or minyak supaya tetap takde marks sampai pas bersalin.

p/s: Itu saje :))

3rd checkup

Pagi tadi check up blood pressure yang ke-3 untuk bulan ni. Alhamdulillah syukur nikmat bp menten 120/70. Hehe ;)

Cuma biasalah berat aku ni suka2 je nak naik nak turun. Last week turun 1kg kan? Dis week naik semula 1kg. So, tiada perasaan tang berat tu dah sebab dah tau berat aku memang suka suki naik dan turun. Dan biasalah, pen merah di column berat ye. Berat abnormal bak kata nurse yang dulu tu ;P


p/s: Next checkup supposedly pada 6/4 nanti tapi baru aku teringat yang aku dah insist nak ikut encik hubby pi Johor, tempat yang bakal kami pindah nanti. Nak pi basuh rumah, pi survey2 kawasan... InsyaAllah nak pi dari 5/4 hingga 8/4 ni. So, check up bp yang terakhir nanti pada 4/4 sekali ngan monthly checkup biasa. Hopefully check up bp yang terakhir ni menten normal. Risau kalo naik lagi, nanti kena continue or kena bed rest plak, nayooo den!

Monday, March 28, 2011

checkup2 sekalian

Hmmm... encik hubby dah pendingkan perpindahan aku untuk 2 minggu semata2 kerana BFF aku nak kawen and because I am sooo wanted to be there for her on her big day. So, encik hubby akan ke Johor dulu awal bulan 5 while I'll be staying at my mom's house for another 2 weeks until 15th of May.

Huh, 2 minggu tanpa encik hubby di depan mata mesti sesuatu yang sangat2 tak relevan kan? I am sooo going to missed my bantal peluk. Tapi, dah dia bagi green light demi atiqah si panjang itu... grab je peluang kan? Ngahahaha ;D Tapi, tapi... mesti rindu jugak. Mesti tiap hari dok bayangkan dia makan ape la kat sana. 2 minggu nih. Jangan dia makan megi hari2 sudah, makin kerinting plak rambut dia nanti ;)

And... May will be the last checkup that I will get from KK Au2. Cukup la 7 bulan kat situ sekali ngan last scan dengan Doktor India tu. And my last checkup at Au2 without encik hubby by my side. Yang itu sedih ok. Dan yang paling penting, dapat inject Tetanus untuk kedua2 shot kat situ gak.



p/s: I wonder la how will Kota Tinggi's KKIA punya service untuk check up ke 8 + 9 bulan nanti.

tanjung pengelih, johor

Hey, hey... hari ni kembali ngan mood yang ceria :D

Cuma ada sedikit mengantuk sebab malam tadi tak bleh nak tidor betul sebab balik dari Bidor, sampai2 dah kul 1pg. Aku ni biasa nya kalo dah penat sangat, sampaikan nak tidor pon tak bleh. Sian kat baby bangun seawal kul 6pg. Sat lagi nak sambung tido semula :)

Tau kan aku nak kena pindah ikut encik hubby ke hujung dunia? Eheh...hujung dunia la sangat, but... boleh gak dikatakan hujung Malaysia la. hujung jugak kan?? Tak nak kalah..hehe ;)

So, ni lah dia Tanjung Pengelih yang sangat popular buat seketika untuk kami sekeluarga.
Jauh noooo...

Nampak tak Pengerang ada tag hijau tu? Haa....tanjung pengelih dekat2 situ la. Dah dekat ngan Singapore.

Ni satellite image plak. Cari yang tag merah tu. Tu la Tanjung Pengelih. Jauh kan kat ceruk? hujung Malaysia ni... bukan sebarangan orang bleh dapat duk hujung2 cenggini. Selected people only ;( Boleh dengar bunyi kapal terbang turun kat Changi Airport. Nampak tak airport Sinagpore belah kiriiiii sekali?

Tu diaaa!! (Buat cara Epi RL5 sebut..hehe). See the coastal area belah bawah tu sepanjang2 jalan nak ke Tanjung Pengelih? Lumpur. They say, nak makan ketam senang je. Kutip kat tepi2 batu sepanjang jalan lumpur tu. So, hari2 bleh makan ketam ye baby...hehe (ayat penyedap hati yang sebenarnya masih duka lara).

Haa.... itu lah pangkalan KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Johor. Bukan, bukan yang pusat serenti tu...Haip! ;] Besar kan pangkalan navy ni? See the kuarters segala? Padang kawad, padang sasar sume ada.


p/s: Dah nama isteri Navy, nak tak nak kena gak prepare kan diri untuk sama2 berkorban pindah randah. Dah kena letak dalam mind set mulai hari ini, tika ini :]

Sunday, March 27, 2011

susu tin baby

anak my SIL belah encik hubby dh 5bln dh. Sgt tems ok! Dh mcm 7/8 bln pn ada. Dh la putih, gebu plak tu. Dh 8kg dh berat si shamin tu.

And my SIL x bf shamin. Dia bg minum susu anmum.

The shocking news was, sebulan, shamin minum 8kotak susu anmum tu! And guess how much the cost for the milk per box? Rm43. So dat makes rm344 permonth, only for milk supply. Belum lg diapers. Aiyohh...


P/s: dear baby, mama's begging you to please exclusively drink yours truly susu cap gantung ni. And mama hope dat it will be enough for you until you turn 2 yrs old..

durian

aku kat bidor ni. Balik weekend sbb dh lama x blk kg encik hubby ni.

Sepanjang jalan byk nmpk gerai2 jual durian. Kat umah encij hubby ni pn ada pokok durian. Smalam nmpk encik hubby mkn durian, uihh.. Meleleh air liuq den ni! Nk bg rs secubit pn kedekut encik hubby ni tau. Rs nk geget2 je dia ;(

org pregnant mmg xbleh mkn durian ye? Ibu xbg mkn dr awl2 lg,ms tu aku bru je pregnant dlm 3bln. Ibu kata panas. Tp sikit pn xkn xbleh kot? Wuwuwu... Seulas pn jd la..xnak la secubit.. Dhla durian tu fave fruit aku :(


p/s: kalo secubit buat tahi gigi je.huh!

Saturday, March 26, 2011

ehem

hello peeps!

Well, i'm feeling good today. Am still trying to absorb the news but i guess i won't let my walls down. Whatever the situation will be later on, we'll figure it out sooner or later.

X berbaloi nk sedih2 since d transfer-thingy mmg dh final n xbleh nk tukar2. Better than encik hubby's transfering to the ship kan? Kalo kena transfer ke kapal, alamatnye lg xjmpa dia bminggu2. Silap2 ms aku bsalin, encik hubby lgsg xbleh trun ke darat. Moga dijauhkan. Amin..

So, for now i am thanking god for what has He given us. Syukur alhamdulillah encik hubby hy transfer pgkalan n x transfer ke kapal.

Semuanya ada hikmah tsembunyi cume aku je yg blum sedari lg.


P/s: a fresh start, maybe? :)

Friday, March 25, 2011

penat bila sedih, sedih bila penat~

First of all, sorry ini bukan entry pasal baby-bum. Dan diingatkan, entry ini SANGAT2 PANJANG...tok sah la baca nanti pening kepala. Hanya luahan perasaan semata2 =(

It's about me yang sekarang ni memang super duper sensitif. Air mata murah sangat sampaikan mudah nak menitiskan air mata untuk benda2 kecik...*ewahhh...* ok, sedih semula.

Last night, my hubby balik bawak berita sedih. He's been transfer to Tanjung Pengelih, Johor. Tau kat mana tempat tu? It's near Kota Tinggi and near Johor coastal area. Pangkalan Navy kan, of course la tepi pantai, tepi laut. I've been waiting for this day to come when will he be announcing the news since this 2011 is his 3rd year of working at the army base in KL. Knowing that navy memang paling lama akan berada disesuatu markas hanya antara 3-5 tahun je, so I think that maybe the transfer-thingy is not such a big deal for me. Ye la, konon2 dah prepare kan diri sendiri untuk keadaan tu berlaku even sebelum kawen lagi.

BUT... *and there will always be buts*... seriously, it wasn't anything like I imagine. I couldn't face the fact that I will be leaving my family behind. I know, I know my encik hubby is my family now...BUT, with my family the one who raised me...I never parted with them that far tau. Even masa belajar kat Matriks Tangkak. We were from Muar. So, basically my hometown dengan matriks tu is like 20 kilometres away. My parents usually akan balik kampung every weekend and they'll take me balik kampung too. And then came UiTM. Masa tu belajar kat kampus Shah Alam saje. And my parents is living in Ampang. It was only one hour away. My father even bought me a car so that I can drive back to my home sweet home every weekend, if not possible for everyday basis sebab jadual kelas yang padat. And then came UKM life... tu pun kat kampus Bangi. Only 45 minutes away from home. Everyweek pon memang muka kaki balik rumah. So, can you imagine that I will be leaving for almost 6 hours away from my parents? I couldn't imagine it. La ni duk kat kuarters Navy kat AU3 pon, nak kata sehari mesti akan balik rumah parents dari pagi sampai petang kat situ and balik rumah sendiri bila encik hubby balik keje.

I still couldn't absorb the news up until today. Hari ni saje dah 3-4x nangis. It happened just like that. Kalo dok sensorang, tetibe senang sangat nak nangis. Bila encik hubby mintak share kenapa nangis, I couldn't put it into words. Bila dia tanya kenapa, trus air mata nak meluncur laju keluar. Blame it on pregnancy hormones all I can because I am not such a baby before. Hati aku ni keras tau tak. Susah nak nangis kecuali ianya melibatkan my family and to be exact, yang melibatkan my mom. Itu sungguh touchy. No one can touch my mom's heart. Sape buat Ibu saya sedih, konpem dia jugak merupakan musuh saya. Ok, lari tajuk jap..sorry :(

There are things that makes me super sad about this transfer-thingy. Not just because of the above reason. Those are unacceptable reason I should say sebab, everyone knows that wife place is beside her husband *melainkan anda terpaksa jadi weekend wifey/ hubby atas sebab2 tertentu dan tak dielakkan* So, reason kat atas tu letak tepi dulu :(

So, why?

Because 1st, I am pregnant. Transfer tu tak dapek nak dipending untuk 3 bulan jadinya, 25 April it is. As to what encik hubby said this evening, dia mintak pending seminggu untuk pindah. So, 28hb maybe pindah bwk brg2 segala ke Johor, and May 1st dia akan lapor diri.

Owh, berbalik kepada reason yg atas ni, pregnant memang la pregnant. Malam lepas dapat tau transfer ke mana tu, trus google kat mana hospital terdekat ngan kem. Paling dekat Hospital Kota Tinggi. Dalam google nampak macam jauh. So, still tak tau jarak sebenar. Abah kata kat dalam kem ada hospital tentera but I dunno. Encik hubby kata ada klinik. Aiyooo...mana bleh beranak kat klinik kot??!!

The truth is, I still don't know whether I am going to normally deliver the baby atau c-sect *since my mom 3-3 anak dia memang c-sect sebab tulang punggung kecik. mana tau aku terikut mak aku kan? Punggung besar tak menjamin tulang punggung besar gak. Mana tau lemak je lebih? huuuu...*. Kalo c-sect, dah tau dah time untuk deliver which is always 2 weeks early from the EDD given. So, boleh ke hospital awal2, prepare untuk delivery. Ni, kalo normal, you will never know when is the time. Tak semestinya ikut EDD yang dah diberi masa awal2 bukak buku merah tu. It's whether earlier than the EDD given atau lambat dari tarikh. Macam my SIL, EDD dia supposedly 101010 ritu, tapi lewat seminggu dari EDD. Ended up seminggu yang lewat tu hari2 pegi hospital nak check. Dahla hospital jauh dari rumah :( Bukan menyusahkan keadaan, tapi risau masa ondaway ke hospital tu ada komplikasi ke ape ke... who knows kan? *Cuma mengharapkan yang terbaik saje, InsyaAllah, Amin~*

2nd reason: Encik hubby kata, kalo susah sangat, seminggu sebelum EDD aku tu dia akan hantar aku balik KL. Senang supaya dekat ngan hospital and lagipon parents aku ada depan mata.

And after dia hantar aku? Dia konpem kena balik Johor. Tak boleh nak cuti lama2 sebab dia pon baru je transfer situ *3 months time is still quite new la jugak since tak boleh nak agak orang2 atasan macam mana, lagipon kat pangkalan navy ni tak sama pentadbirannya macam kat pangkalan encik hubby sekarang yang boleh teman isteri pi checkup every month*. Tak boleh nak mintak cuti ihsan isteri bersalin awal2 since aku ni pon tak konpem bila nak melahirkan baby dalam perut ni. Kalo dalam masa 2 minggu yang dia cuti hantar aku balik KL tu aku masih belum bersalin, kan dah sia2 cuti dia. And misal kata pas je dia hantar aku balik KL, dia balik Johor and tup tup aku bersalin ikut EDD, tak ke masa tu encik hubby is 300++ kilometres away from me? He won't turn up next to me in a blink of an eye, kan? Konpem2 la, paling lewat the next day baru dia dapat balik KL dengan nak uruskan cuti segala =( And of course la I want my encik hubby masa aku nak bersalin tu...wuwuwuw...

Reason no.2 ni la yang buatkan aku sebak dari semalam sebenarnya. My tears won't stop coming. Stok air mata punya la banyak tau!

Encik hubby bagi alternatif lain plak. Dia kata aku bersalin kat Johor, after kuar hospital, dia hantar balik KL. Hurmmm...encik hubby tau tak, the first week tu sangat2 crucial ok untuk ibu yang baru bersalin ni? And misal kata nak lepaskan 2 minggu after bersalin tu duduk Johor dulu, we'll be staying kat dalam pangkalan. Nak panggil confinement lady datang tiap2 hari pon macam agak susah untuk CL nak masuk pangkalan kot?? Orang luar ye kawan2... kena tinggal IC segala kat pos pengawal tu. Kalo dok luar senang tapi memandangkan kuarters banyak kosong, jadinya, pihak navy tak bagi dok luar ;(

Next alternative plak >> encik hubby nak mintak tolong mak dia datang Johor jagakan aku. Like, HELLO.... tak mau ok? I still want my own mom. Tak sama mak mertua jaga kita macam mak kita sendiri yang jaga kita tau. But, my mom konpem tak boleh nak turun Johor time tu sebab masih musim sekolah. I have a lil sister yang masih bersekolah form 1. Time2 puasa plak tu, sape nak masakkan sahur untuk dia lagi kalo bukan my mom kan? lagipon, mak encik hubby jaga anak my SIL yang baru 5 months old this time around *8 bulan la masa time aku bersalin tu* So...

See, my mind have been a messed this couple of days. I couldn't sleep at all. Otak tak boleh nak shutdown. Tido pon tido2 ayam. Asyik bangun je kejenye bila asyik pikir pasal semua ni.



p/s: Feels tired and weak at the same time. I wish for more alternatives for both of us so that takde la pening kepala sangat and berterusan sedih2 cenggini :'(

Thursday, March 24, 2011

baru je 5 bulan

Bila baca2 blog m2b yang lain, banyak gak terbaca pasal, m2b ni tak digalakkan membeli barangan bayi seawal masa preggy sebab... ada la sebab musababnya bila dah dengar pantang larang orang tua2 ni.

Tapi...tapi kan, macam aku yang tak keje lagi ni, kalo nak beli borong bila dah hujung2 nak dekat ngan due date tu, serasa tetiba banyak sangat duit encik hubby nak kena spend kan?? Tak ke gitu? For me, yes... sebab sekarang ni tukang provide duit, memang dari encik hubby. So, everything for baby's need pon semuanya agak pricey. Yep, memang boleh cari yang murah2, tapi bila dah beli sekali gedebuk, tak ke habis banyak gak duit?

Macam barang baby, kami dah beli seawal baby 3 bulan rasanya. Itu encik hubby yang beriya nak beli. Contoh macam segala mak datuk besen mandi, bakul baju baby, basket letak segala sikat, losyen etc baby tu... Sebab beli kat tempat murah kat kedai rm2 di Tangkak, Johor. Bukan semua rm2 la... tapi murah la jugak besen2 ngan bakul baju baby tu berbanding beli kat kedai biasa or kat pasaraya besar. Dah saved kat situ. Lagipun kami jarang balik belah Johor kampung aku, time tu kebetulan semua ahli keluarga aku balik sebab ada jemputan kawen jiran atok yang kami sekeluarga kenal. Encik hubby kalo balik Johor, ke kedai rm2 tu la arah dia, fave place dia :)

Banyak gak benda yang kami tak beli lagi sebenarnya. Cuma yang nampak sgt2 penting, itu yang didulukan. But, I do hope and I'm praying hard baby aku ni peminum susu cap gantung yang tegar *dan aku sebagai provider susu cap gantung yang berterusan sampai anaknya berumur 2 tahun, Aminnn~~* InsyaAllah... so that both of us takyah la spend nearly rm200++ permonth untuk susu tin baby yang super dooper mahal tuh. Nak tercekik tgk harga susu baby lebih mahal dr susu ibu mengandung ni. And I remembered I used to buy my lil niece punya susu masa dia tido umah ibu seminggu (mamanya ada kursus, and my mom saje offer nak jaga sikecik tu and I am not married at the time), seminggu tu je habis satu susu kotak *jenama tak ingat* yang harga rm37. Tak sampai seminggu kot dah habis. See? Mahal kan? Lagi2 budak2 memang banyak minum susu berbanding makan benda pejal. Ya Allah...mudah2an... Tapi kalo tetibe masa tu aku dah keje? Time tu kena la kuar duit sket pi bli pengepam susu. Medela ke, jenama ape2 ke yang elok. So that anak aku tetap minum susu ibu. Lagipun susu ibu adalah yang terbaik dari mana2 susu tin pon kan? :) And duit yang ada boleh buat beli benda2 lain yang penting plak. Contoh macam kawan uitm aku si Intan Sue ni.

ok, start mengarut dah. Sorry ye :)

Haa.. tapi itu la ceciter nye... beli dulu sket2 sebab duit hubby pon byk dah di allocate untuk benda2 lain jugak tiap2 bulan. Bukan untuk kami je. Silap2 lari bajet bulanan plak kalo tetibe nak beli semua dalam satu2 masa.

And, plus... nanti kalo dah 7/8 bulan risau tak larat je nak jalan lama2 ni. Setakat ni mampu lagi jalan lama2, diri lama2 walaupun nurse salu bebel pasal kaki kadang2 naik bengkak bila time checkup.

ok, mengarut lagi. hehe ;)


p/s: Lagipun, I'm halfway through the pregnancy dah ni :)) Kira ok la kot kan? ;D

kongsi sket

Dah beli majalah Pa & Ma bulan April?

Aku baru je TERbeli pagi tadi masa ronda2 kat k4 Wangsa Maju sambil tunggu nak serbu McD nak redeem free breakfast. Ecehhh...

Untuk sesape yang belum lagi beli, nak kongsi sket pasal tips2 guna supplement kalsium. Ni ada 5 tips ye: (sumber dari majalah Pa&Ma April 2011)
  1. supplement calcium citrate / calcium lactate adalah paling baik sebab ia mudah larut didalam perut lalu memudahkan proses penyerapan oleh tubuh.
  2. kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D daripada matahari untuk diserap dengan sempurna. *or beli supplement kalsium yang dah disertakan ngan vit D or magnesium*
  3. Amaun kalsium yang paling selamat diambil ialah sebanyak 2500 miligram. *but trust me, nak dapatkan 1000mg sehari pon sebenarnya sangat payah kalo asyik mengharapkan supplement sahaja. Kena gak datang dari pemakanan seharian kita*
  4. Elak supplement kalsium yang mengandungi tulang atau dolomit. ia mungkin mengandungi plumbum, merkuri, arsenik dan bahan toksik yang lain.
  5. elak mengambil kalsium bersama zink kerana ia boleh bergabung sehingga menyukarkan proses penyerapan kedua2 zat ini.

p/s: tapi rasanya semua m2b dah tau pasal ni kan? Yang penting, memang zink tak boleh diambil berserta ngan kalsium. Contoh macam makan iron tablet ngan air susu. That's a big NO-NO. Even ubat2 lain pon tak boleh bersertakan ngan air susu, teh or kopi. Air masaklah yang paling baik dan bagus :)

Wednesday, March 23, 2011

seluar pendek

situasi 1:

isteri: abg, ni ada jual boxer. Abg nk beli x?

(ni situasi yg biasa kt dgr n lihat)



situasi 2:

suami: syg, ada jual boxer ni. Syg nk bli x?

(agak2nye biasa x lihat situasi ni bl si suami ty pd si isteri smada si isteri mengingini boxer lelaki?)


p/s: sebenarnya si isteri tu nk tdo ngn selesa lg2 si isteri sdg mgandung. Cri saiz boxer yg besar kat men's dept sbb saiz boxer wanita kecik2. Dorang mengandaikn semua wanita bpunggung halus mcm amber chia ;p

2nd check up

pg td check up bp utk kali ke-2 bln ni. Alhmdulillah bp normal semula.. Last week ms 1st check up masih mcm monthly check up yg lps, which was 130/80. So hr ni py check up jd normal smla dat is 120/70. Alhamdulillah sgt2 :) maybe sbb encik hubby teman kot? Most probably la... Sbb last week aku beriya nak p sdri.

Berat aku plak? Hah, encik berat aku ni decided nk bwt hal plak. No,no.. Xnaik plak dis time TAPI turun! 1kg plak tu turun.. Tp hr ni bkn nurse last week yg attend aku. Ni nurse len yg sgt2 lmh lmbut. Xkena potpet la. Cube kalo nurse yg sama, konpem... Konpem aku kecut perut. Dan konpem bp aku menten mcm mggu lps. Haha :D


p/s: anyhow, masih kena dtg for 3rd check up next week. Nasib 4th check up tu mmg monthly check up biasa. 6months baybehhh! ;)

Tuesday, March 22, 2011

maternity outfit

whoahh..my baby-bum is getting bigger nowadays la! I should start looking 4 maternity outfit. Ada org 3 bln pn dh start pakai bj ibu mgandung. Tp aku, dh masuk 5bln stgh pn masih tegar pakai tshirt biasa b4 preggy. Right now end up mcm sarung nangka je. Ngehehe :) ketat dh dibahagian perut n xmenutupi punggung.

Bukannya aku xpnah cr bj mgandung kat mall. Tp, the size is either bigger or it's a short sleeve outfit. Boleh je nk pakai short sleeves..ngn cardigan la gayanye. Tp aku ni cpt rimas pakai bj blapis2. Kalo yg lengan pnjg sng je, xyah pikir 2-3x.

Pasal saiz plak, aku dh byk kali ronda maternity dept. kat JJ, xde saiz S yg ada M dan ke atas. Aku yg mmg regular customer for L or XL size utk tshirt2 ni pn rasa saiz M bj mgandung kat JJ tu tersangatlah besar ok. Try pakai M mcm pakai bju pinjam je. Saiz M tu rasanya aku dh 9 bln bru ok kot nk pakai. Dahtu x usahla recommend modernmum yg mahal2 tu. Awl2 dh out of my price range.huhu..


P/s: pakai jela ape yg ada kat dlm almari tu.hmm..

Sunday, March 20, 2011

KICKboxer!

i can feel my baby's kicking since last 3weeks. Memula tu mcm rasa denyut2 je. Bl ltk tgn kat perut xrasa pn,cume rs kat bhgn dlm perut.

Selang brape hr pastu d kicking makin kuat n dh rs kalo ltk tgn kat perut. Encik hubby's 1st experience bkn tru hand but instead by baby's kicking to his cheek! Haha ;D sgt lawak ms tu. Alkisahnya bl aku rs baby tgh kicking, encik hubby ltk tgn kat perut aku tp baby trus syp. Last2 encik hubby ltk muka dia kat perut aku, trus baby kick pipi dia! Ngee..

Tp the real kicking come today, to be exact dis evening. Makin kuat tendangannya! Mcm tgh ada plawanan kickboxing je. Bderet2 tendangan dia tau. Encik hubby plak asyik tepek tangan dia kat perut aku ni. Tp dak kecik ni akan makin galak kicking kalo aku tgh baring. Konpem kejap2 'ouh', 'aduh' sume aku sebut bl baby start kicking :)


p/s: checkup 6bln awl bln 4 ni kena inject kancing gigi sbb baby dh start kicking. Dose kedua ms 7bln nanti.

supplement oo supplement

Since bukak buku merah kat kk, aku ni memang tegar makan ubat2an yang diberikan secara free dari kk. Nak try gak supplement lain bila baca blog m2b yang lain tapi rasa was-was plak. Ada setengah ibu mengandung yang pi kk dapat pil kalsium tapi aku tak. So, tanya la jugak kat nurse kk tu pasal kalsium tapi dia macam tak nak bagi je. Ok, bertahan lagi tapi bila susu ibu mengandung tu amek 2x sehari, bertahan seminggu je, eh, ni tak bleh jadi ni... mau bengkok encik hubby kena spend nearly rm200 every month for susu ibu mengandung tu. Padahal banyak lagi dia nak kena spend untuk isi rumah yang lain, bukan untuk aku je. Almaklumlah, setakat ni aku masih blum keje, tak dapat nak tolong ape yang patut.

Pastu cuba amek susu serbuk lain yang bukan susu ibu mengandung untuk cover susu ibu mengandung tu. Meaning, sehari aku cuba consume sekali susu ibu mengandung, sebelah petang amek susu Fernleaf and malam... jeng, jeng, jeng... yang ni yang payah ni. Last2 baca blog m2b yang lain, i've decided to buy a calcium pill. Jenama Abbot 60 biji, sebotol rm43. Pharmacist tu nasihatkan sebiji je sehari so dah bleh tahan 2 bulan dah pil kalsium ni. Tak tau la ok ke tak. Setakat ni baru makan 2 kali. Yang kalsium tu aku amek waktu malam gantikan susu. Makan 2 hours after meals belah malam.

After that, aku beli gak Neurogain PB. Yang ni masa aku blogwalking ke blog Yun, memang rasa nak beli tapi tak tau nak beli kat mana. Try cari kat Watson ngan Guardian tak jumpa. Pastu bila baca kat blog Amalina, baru tau kat Caring Pharmacy ada jual. Nasib baik Caring Pharmacy tu ada kat Tesco Ampang. Laju2 pi bli ;) Thanks Amalina! :)) And then, Neurogain ni plak boleh makan bila dah masuk 5bulan ke atas, bagus jugak la... penambah DHA kepada aku + baby. Lagipun sebab aku ada minum susu Fernleaf yang takde DHA segala tu.

Supplement lain aku masih lagi amek ikut yang diprescribe oleh kk. Vit C, Asid Folic, B-Complex and Ferromed. Memula semua supplement tu amek sebiji sehari. After check up yang lepas kan tahap kepekatan darah aku dah turun ke 10.1, nurse tu naikkan 2 biji sehari. Selain kena tambah darah ikut list makanan yang ada tinggi zat besi macam kangkung, pucuk paku, tauhu, ikan bilis, kerang and lala. Erm, hati aku geli nak makan even dari dulu lagi. Limpa, jarang makan lagipun makanan berasaskan organ dalaman haiwan ni lebih baik elakkan. Nak makan pon tak elok bebanyak and even ustaz pon tak galakkan atau kalo boleh jangan langsung.

Kat rumah ni pon stok kangkung ngan pucuk paku punya la banyak lepas je encik hubby tau hemo aku rendah & nurse tu bagi list makanan yang kaya zat besi. Laju2 encik hubby pi cari kat pasar Chow Kit. Dah tu, lagi hepi la dia akan kerap ke sana sebab dia memang suka pi pasar. Haha ;D Bagi cannn...


p/s: Hopefully lepas dah cuba makan makanan yang tinggi zat besi ni, makin elok kepekatan darah aku check up bulan ke-6 nanti. Setakat ni belum mabuk kangkung ngan pucuk paku lagi. hehe ;P

Saturday, March 19, 2011

meeting up!

Khamis lepas jumpa si cekgu Ana yang mengajar kat kota tinggi nun sana. Rasanya dah lama sangat tak jumpa dia dari bulan Dec lepas. Cikgu kan...time cuti sekolah je la dapat jumpa dia pon. Chinese new year ritu tak sempat, masing2 busy.

Back to the story. Masa jumpa Ana ritu, encik hubby dah cakap awal2 swuh pakai dress panjang yang dia dah belikan awal2 masa tau aku preggy dulu. Nak pakai malu, so terperap je la baju tu dalam almari. Memandangkan baju tu lagi lawa kalo pakai ngan inner tapi sebab lengan aku ni bagai diternak, buruk ok ghupenya kalo pakai inner! haha ;D

Nak taknak pakai jugak dress tu ngan cardigan. Ni first time pakai dress2 bagai ni tau. Seriusly aku ni tak minat nak pakai skirt2 ni. Flowy2 gitu, geli aiii macam tak pakai ape2 plak kat bawah tu. Ni percubaan pertama pakai dan alhamdulillah nasib baik la ok. Pedulik la kan, asalkan tak tersenak perut ke ape ke. Before pi amek Ana kat rumah dia, singgah umah Ibu sat (umah Ibu ngan umah cekgu Ana tu dekat je) sebab janji ngan Ana nak kuar kul 10 and masa tu belum kul 930 lagi. Ibu ngan Ellie pon terkejut tengok aku pakai dress. Macam nak pegi pantai kata Ibu. hehe ;P Siap pakai seluar tight kat dalam sebab aku tak mau pakai kain dalam.

Khamis ritu memang bantai makan banyak gak ar sebab jumpa kawan plus lama tak makan benda2 best ni. Memula makan kat Mee Taiwan, layankan cekgu Ana yang dah kempunan nak makan situ. After that merewang tengok cincin kat PohKong. Eh, bukan aku yang nak beli, tapi si cekgu ni nak survey2 ;)) Masa kami kat Mee Taiwan tu, Tqah sms aku, rupenya makcik tu tak pi keje hari tu. Ajak dia pi SR plak sebab aku teringin nak makan Gourmet Pie. Ye ar, alang2 dia cuti, jom ar join kan :)

Jumpa la kami kat SR bandar Baru Ampang, jenuh cari parking sampai pusing 3-4 kali tawaf area situ. Tqah pnah jumpa aku masa aku preggy 4bulan. Masa jumpa aku pakai baju kurung nak pi kenduri kawen. Dia kata tak nampak sangat perut aku. La ni sebulan kemudian jumpa, pakai dress (malu aku), dia kata perut aku dah nampak and dia geli nak pegang perut aku ;P lawak je makcik ni. Aku pon macam pelik kot nak bagi orang lain pegang perut aku selain encik hubby kot??! Hahaha ;D

Bergosip bagai kami kat SR tu. Ada satu couple ni rasanya husband and wife kot; Si husband tu asyik dok pandang aku je. Agaknya dok memikirkan perangai tak semenggah aku dengan perut memboyot bawak baby ni bila jumpa kawan, mak aiii bising benau mulut pot pet2. haha ;D Last2 dorang blah. And ye, gourmet pie aku dah takde stok ok masa aku order tu. Tsk, tsk...sedih... the one time aku teringin nak makan, time tu la habis ;'( Encik hubby plak tak suka makan makanan2 macam tu. Tekak dia tekak Melayu Asli ;] So, takde maknenya dia nak teman aku makan kat SR ni.


p/s: All in all, petang tu rasa happy sangat dapat jumpa BFF. Cuma tak cukup korum la seperti biasa. Takde si Liyana sebab dia keje. Malam tu aku dah tak makan dah sebab dah dok membayangkan nak kena timbang berat next week. Lagipun perut rasa sangat ketat ok bila makan banyak..Fuhh~

Wednesday, March 16, 2011

what love is... II

Siapa kata kita perlu bercinta bertahun2 untuk sedar kita sebenarnya dah berjumpa ngan soulmate kita sendiri?

Persoalan ni memang takkan ada sape yang boleh jawab - hanya Dia yang tau jawapannya kan?

Petang ni baru dapat berita yang sangat mengujakan hati, jiwa dan perasaan aku. hehe...tak la, bukan aku yang buat berita tu.. ni from my fren's side jugak. Tup2 dengar nak bertunang bulan 6 ni and insyaAllah the big day will take place somewhere in December. All will take action this year jugak. Who knows kan?

She's one of my dearest fren jugak. One of my heart and soul, the one that I often meet but she's always in my heart by all means pon.

End of last year masa meet up ramai2, memang dia belum berpunya. Owh, wait... hati dia dah dicuri oleh somebody tapi mamat tu tak tau and my fren ni macam pungguk rindukan bulan. She always asked me for my opinion; should she stay or shouldn't stay at all since that mamat sangat2 baik ngan dia (macam bestfren) tapi ramai kawan perempuan and my fren ni macam jadi tempat mamat tu mengadu hal2 cinta dia. So she ended up banyak kali makan hati berulam jantung. That guy biasa2 je, takde la handsome sangat pon compare to my dearest fren ni yang sangat lawa ok!? Putih, lawa, baik hati, semuanya lah ada pada dia, orang kata pakej dia merangkumi semua :) *Sweet kan aku tolong angkat bakul untuk my fren? hahaha. But. it's the truth and nothing but the truth :)*

And yet, bila dah cukup pakej pon, she still tak jumpa ngan the Mr.Right. Erm, ada yang cuba dekati, tapi tak berjaya sebab masa tu hati my dearest ni dah dicuri. And orang yang nak cuba rapat ngan dia tu pon aku kenal, pernah gak mamat tu mesej ngan aku tanya pendapat aku pasal my dearest ni. Tapi, cerita yang tak sempat jadi cinta tu akhirnya putus juga bila dat guy terpaksa angkat bendera putih sebab my fren ni memang reject dia habis2an. Dalam pada masa yang sama, ada la nak dekat 5-6 orang nak masuk line. But, I tell you, it won't work sebab dalam kepala otak my fren ni, dalam hati dia, memang ada satu mamat tu je yang dia aim. Bias habis masa tu ;P

Tu yang tiba2 bila dia kata dia nak tunang, aku ingatkan ngan mamat no.1 dalam hati dia tu. *owh, bukan dia yang kata, but I figured it out by myself dengan menggunakan my instinct yang super duper power kuat sekarang ni. hahahaha ;D Buat serkap jarang ke dia!* jangan main2 ngan instinct mommy-to-be ni ;)) Ok, back to the story. Oh yeah, bukan ngan mamat terunggul tu. But with someone new, someone yang dia baru kenal early this year. Sape yang tau kisah aku ngan encik hubby, tau la kisah cinta aku pon bukan mengambil masa bertahun2 untuk disemai. It comes naturally bak kata Selena Gomez ;P My dearest ni plak, tak sampai setahun trus nak kawen dah. Lagi advanced dari aku! ;D Aura katanya ;P

See? Betapa hebat Allah ciptakan cinta itu untuk hamba-Nya kan? Tak perlukan tahun untuk semaikan perasaan kasih dalam setiap diri hamba-Nya dan Dia tak perlukan seminit untuk menutup pintu hati hamba-Nya juga.

Siapa sangka my dearest fren ni will ended up with someone yang dia kenal hanya untuk beberapa bulan? Sedangkan yang dah cuba dekati dia, mengambil masa yang cukup lama dari bulan2 tu. jodoh pertemuan takde sape yang tau, takde sape dapat duga. Sometimes it comes when we less expecting it.

Alhamdulillah, I am indeed happy for her and I always pray the best for my dearest fren. When it comes to love, we have to support each other, no matter what. Sebabnya, they did the same for us when we need the support the most.


p/s: Never say bad things about love for love is something beautiful when we're in it.
Try to embrace every moment of the relationship for it never comes cheap and for it never happen twice.

hmm...

br lepas check up bp. Sama ok mcm mggu lepas :( den dah xtau nk bwt cmane lg dah ni. Nak kata xjaga pemakanan, sgt2 jaga. Lauk xmasin lgsg, manis apetah lg. Kesian encik hubby tpaksa pantang makan mcm aku si pesakit ni. Adeh.. Tp setakat ni dia ok je menerima keadaan yg seadanya.hehe...yela, aku yg masak kan,harusla dia terima.ngee..

And cik berat hr ni xmenunjukkan tanda2 nk bdamai ngn aku. Tup2 naik 1kg. Lebih 0.5kg la plak.. Pdhal 2 hari lps timbang pkai electronic scale yg salunye terlebih accurate ni hy naik 0.2kg. Ke atau sbb pg td sblm dtg kk aku x poopoo lg? Konpius den.

blood pressure

i'm currently at kk au2. Ada checkup bp yg ptama utk mggu ni. I dunno wat my reading will be. Ni dh dtg seawal mgkin sbb xmau rushing pdhal checkup kul 9pg. Hehe. Sgt gigih ok. And plus, wahai cik berat, do not play with me ok. I'm praying hard right now. Semoga semua akan ok.

Monday, March 14, 2011

5months check up

Ok, nak taip tajuk je dah stress tau. Haishhh~

Anyway, checkup bulan ni la yang paling lama and paling horror aku rasa. Bukan rasa dah, memang betul pon. Sampai stress nak kondem makan je rasanya ;(

Nak kata masa bulan ke-4 makan ngan berselera sekali tak jugak. Makan macam biasa la sebab baby aku ni dah pandai. Lapar sikit je, mula la dia dok tendang2 aku. Nak mengelakkan dari asyik di tendang je, baikla preparekan diri awal2 macam minum susu etc.

Nak dijadikan cerita, berat aku naik sampai 3.5kg walhal supposedly hanya boleh naik 0.5kg masa bulan ke-4. Bila dah masuk bulan ke-5 dan ke atas barulah boleh naik 2.5kg permonth. Where did the extra 3kilos come from? Don't asked me. Like seriously. Badan aku ni memang senang naik berat. That one I admit tapi, 3.5kg permonth, that sounds ridiculous kan? Hmm... padahal 2 weeks before the checkup baru buat MGTT test, normal walaupon test tu agak dah nak cross the border la jugak ;(

Dan2 plak la checkup tu 2 days after my birthday, so, konpemla memang makan banyak sebab encik hubby belanja makan dari sarapan sampaila dinner. Merdeka kejap aku dari keje memasak.

Next : The Not-So-Good-BP-Reading plak. Naik ye puan2 sampai 3 kali reading masih lagi atas paras tak bagus. First reading, 160/something2. 2nd reading turun 144/something2. Third reading 138/something2. Last2 nurse tu tak puas hati, check plak secara manual turun ke 130/80.

Jumpa nurse kat bahagian dalam, mula2 ok la, dia swuh baring, dia nak check perut. Nak dengar heartbeat baby guna Daphtone. Awww....sweet je jantung anak mama dah kedengaran :)) pastu nurse tu tanya, dah check hemoglobin blum. Aku kata belum. After dia bebel pot pet itu ini sebab berat aku naik, BP pon naik, dia swuh test hemoglobin kat nurse berdepan ngan meja dia. Tup2, bacaan hemoglobin turun jadi 10.1. Owh, not so good sebab bacaan normal adalah 11 keatas. Nurse yang check perut aku tu sambung pot pet2 lagi pasal bacaan hemoglobin rendah. Dah plak dia naikkan dos Ferromed aku dari sebiji ke 2 biji sehari. Hukhuk :'( And sticker aku dah berubah dari putih ke hijau! Hai la weyh!!!!! ;(

Macam2 la bulan ni. Bila BP dah naik, nurse tu swuh aku jumpa MO on the spot. Doktor tu boleh la tahan gaya dia, kalo mood nak baik, baik la. Kalo tak, memang pot pet2 jugak :( So, dia bebel la pasal pemakanan sihat etc. And trus dia kata, 'so, disebabkan BP you dah naik ni, you kena datang sini buat check up BP sekali setiap minggu for 4 weeks. Or instead you nak datang 2 kali seminggu for 2 weeks?'

And I settled for once in everyweek for 4 weeks. Hmm...

So, after the checkup, sungguh tak seronok hati ni. Stress je... trus mood nak update pasal checkup terbantut :( Ni baru ada kekuatan nak update. Nasib baik kat rumah ni ada electronic scaling machine from buat HP ritu. Tadi timbang selepas 5 hari checkup, baru naik 0.2gram. Ya Allah, risau benau ni kalo naik lagi :((


p/s: Kena jaga pemakanan. Ye, kena jugak! ;( Ya Allah, permudahkan lah proses kehamilan hamba-Mu ini. Amin~~

Last minute chef!

Who knew that I have a talent in cooking kan? Ngee~~

Jap, angkat bakul je ni.

Entry ni supposedly post masa 3rd week Februari lepas. Tapi disebabkan masa tu banyak benda aku malas nak update, tergendala je la program nak edit entry ni. Sangat2 tipikal ok ;P

Whay last minute chef? Sebab memang last minit btul agenda jadi chef tu. Aku kena masak dua paket mihun untuk 10 orang makan. Sebab ape? Encik hubby punya keje la ni! Hish... pakcik sorang tu memang suka buat surprise kat aku. Lagi 2 hari nak buat makan2 untuk sambut birthday ofismate dia (unit dia memang salu sambut birthday pekerja) and dia yang incharged bahagian makan kali ni.

Kebetulan plak hari yang nak buat makan2 tu ada lawatan dari panglima, jadinya kakak kantin yang biasa encik hubby order mihun tu dah tersangat2 occupied ngan persediaan makanan untuk vip. Tu yang dia suruh aku masak tu (dia kata kakak tu masak biasa2 je, tapi aku tak percaya, bluwekk).

2 days before the event masa encik hubby tanya, aku masih tak mau masakkan sebab like 'Helloooo~~ aku ni tak reti nak masak banyak2 ok. Dahtu masak mihun sampai 2 peket plak tu. Salu2 pon masak tak sampai setengah peket sebab yang makan aku ngan encik hubby je. Agak seriau untuk first timer macam aku nak masak sampai 2 peket, siap bagi orang ramai makan lagi ok?? Kalo tak sedap macamana? or worse, kalo sakit perut after makan?'

Bila tinggal lagi sehari, no, tinggal lagi kurang dari 18jam, aku tanya encik hubby, jadinya siapa yang masak untuk birthday ofismate dia tu; dengan selamba nye encik hubby jawab, 'sayang la yang masak'.

Durhh~~

Dan2 petang tu trus kuar pi shopping barang2 nak buat masak mihun.

Aisehhh... manyak stress woo gua ini macam...

Balik je dari shopping beli bahan2, trus get ready bahan2. Potong fish cake, fish ball, potong cili kering and potong sayur sawi siap2. Lagipon semua kena siapkan malam tu awal2 sebab esok encik hubby nak bawak ke maktab dalam kul 930am. Kalo semua pon baru nak buat pagi kejadian, konpem aku stress.

Pagi kejadian:
Keluarkan ayam dari freezer kul 4pagi (see, I can't even sleep to think that I have to cooked for people besides my family)

7 am onwards >>Rendam 2 peket mihun - blender cili kering yang dah direndam dalam air panas untuk lembutkan cili - kupas bawang putih + merah secukupnya - blender bawang2 ngan cili kering.

745am >> masak first batch mihun (kena masak satu peket sekali masak sebab kuali aku 17 inci je. Satu peket pon dah penuh satu kuali, kalo masuk dua, konpem tergolek kuali tu. NO, I don't want to take risk).

TERMASAK AWAL PLAK...Trus masukkan dalam rice cooker supaya tahan panas.

830am>> buat sambal kicap request dari encik hubby (extra pedas).

845am>> masak 2nd batch mihun.

930am>> Encik hubby prepare nak bawak makanan2 ke maktab sudahh~~ Aku ingatkan encik hubby supaya jangan cakap aku yang masak mihun tu. Save me from any humiliation ;)

10am onwards>> TAWAKAL~

1230pm>> Tepon hubby tanya balik tengahari tak since hari tu Hari Jumaat. Dia kata, mihun habis, semua puji kata sedap. Dengan sambal2 kicap pon licin! ;D Ahhh...Malula aku kan :))

Biasalah, pempuan ni agak susah menerima compliments dari orang lain. Kalo terima, orang kata perasan, tapi... tak terima cam poyo je. Agagaga :D


p/s: Anyway, aku dapat upah rm30 untuk masak mihun itu :) Yay!!! :))

feeling low

hari ni sedih,sebab tengok encik hubby tahan sakit. Sakit kat otot peha. Dua2 belah kaki plak tu.

Semalam dia pegi pasar,blikan ikan and sayur. Memandangkan masa tu aku dh 2 jam berdiri kat dapur masak nasi lemak, masak sambal tumis ikan bilis smbil mengemas dapur, aku mintak tlg encik hubby siangkn ikan2. Aku plak tolong kemaskn sayur2 masuk dalam peti ais. Sambil tu prepare nk masak ikan keli berlada utk dia, pucuk paku goreng and since pregnant ni xbleh nk makan ikan berbisa mcm ikan keli tu, tpaksa tmbah menu telur dadar special utk diri sdri.

Dipendekkn cter, lama gak la encik hubby bdiri kat dapur sbb ikan yg dia beli agak byk tmbah ngan beli sotong lg. Settle je kejekan ikan n sotong, aku mintak dia mandi lgpun bdn dia dh bpeluh2 balik dr pasar.

Lepas je makan n kemas meja, dia cter la peha dia sakit. Start dari hari sabtu lg.terkejut aku dgr, sbb dia xcter ngn aku pun :( lepas dari tu,aku tlg sapukan cream yg mmg utk sakit otot kat blkg peha dia. And then aku swuh dia brehat.

Petang tu kami ke JJ, dia kata dia dah ok tapi ms naik tangga,tgk hubby melangkah mcm tahan sakit yg amat. Malam tu nak tdo,aku sapukan myk panas plak kat blkg peha dia sbb dia xmau sapu ubt sakit otot tu.

Pg td ms hubby nk pakai stokin pn dok tkial2 mbengkokkan kaki dia. Xsmpai hati aku tgk last2 aku tlg pakaikan sblah n sblah lg dia nk cube pakai sdri. Ya allah, kesian n xsampai hati aku tgk hubby aku dok tahan sakit mcm tu. Moga2 hubby aku cpt sembuh :'(

p/s: dahtu aku mintak dia tolong bdiri lama2 kat dapur siang ikan plak tu. Rasa nak menangis je.hukhuk

Saturday, March 12, 2011

teaser :)


Ok, entry ni sambung nanti ye, nak pi makan jap, sangat lapar! :)

Friday, March 11, 2011

Sambutan ke-78 ATM

Ahad lepas encik hubby bawak aku ke Dataran Merdeka, tengok perarakan Sambutan ATM ke-78. Yippeee!! Siyesly memang penat berdiri ok. Lagi2 ngan kondisi aku ni, kaki memang cepat penat bila diri or jalan lama2. Tapi, sebab aku pon memang minat ashkar2 ni (uniform man looked smart!), layankan jee~

Bukan je sebab abang2 askar ni nampak smart aku suka, tapi sebab everything pon memang smart. From the uniform wise till the gadget + kenderaan yang digunakan. Pergh~~ Sape yang kenal aku memang tau la aku memang suka uniform2 ni since sekolah dulu. Cuma tak suka terlibat je sebab kena kawad. Ahahah ;D Tengok dan terlibat adalah dua benda yang berlainan. Ecehhh~

Perarakan sangat lama. Segala kenderaan dorang bagi keluar kat dataran ni. Walaupon semua nampak cool, tapi terpikir semula, bila la agaknya dorang ni guna segala ni? Hmm...


Pic 1 + 2: perarakan

But, the best part was when the ATM buat aksi2 camni. Ada payung terjun, and ada red warrior yang konon2 nak selamatkan tebusan siap guna the real bomb. Yang red warrior tu sangat2 macam cemas tapi sebab tak nampak, hanya dapat dengar bunyi bom je, pon boleh~ Ngee~~ Somewhat, seeing the ATM's scrambler man bawak motor kesana kesini masa nak selamatkan tebusan tu, wahhh...syiok woo, smart habes! ;D


p/s: Ok, tu je ;) Anyway, baby aku suka bila dia dok kicking2 aku masa tengok pertunjukkan tu. Tapi baby, daddy tak bagi kalo dah besar nanti nak masuk askar la sayang...hee~~

testing, testing...

Percubaan nak tulis semula kat blog, akhirnya berhasil jugak ;)

You know, when I said that I will update the blog in a couple of days, tersangat susah nak menggerakkan jari ni untuk klik 'New Post' tau. Dah Sign In, tapi tersangat malas nak update ape2. Ni pon paksa diri. Still stressing myself out. Ye, saje2 men'stress'kan diri sendiri padahal boleh je nak update, tapi perasaan malas tu terlampau2 plak hari ni ;(

Semalam online je, blogwalking pastu trus offline. Tengok, betapa malasnya aku ni. Ni semua gara2 checkup Rabu lepas. Trus takde mood untuk segala2nya. Padahal banyak benda nak citer kat sini walaupun aku tak kesah ada orang interested nak baca ke tak. This is practically my diary la jugak, so, ada benda best nak taip, citer kat sini instead of writing in on a book.

Jap lagi nak masak, so, agak2 ar lepas ni mesti offline, shutdown pastu dah malas nak on lappy balik ;)


p/s: Ok, try nak update satu pasni, kalo mood ok, ok la ye :)

Wednesday, March 9, 2011

later bebs!

heyp, heyp!!

Tak sempat nak update lagi.

Will be back later or in a couple of days.

Been in a stress situation today, so keje2 mengupdate tergendala seketika ;(

But, ada BANYAKKKKK benda nak story ni. Hurm~~


p/s: Being a pregnant lady memang selalu ada mood swing. kejap ok, kejap tak. Pastu nak mengarut2 je dalam ni. Haish!! ;(

Friday, March 4, 2011

cepatnye masa berlalu

Ni dah bulan 3 kan?
Bulan 3 ni birthday aku.


Yeyyy!! Tak lama lagi...sikit lagi hari je. Hmmm...

To be exact, another 2 days left. Jap, bukan, bukan... ada lagi sehari setengah nak meningkat umur.

Happy nak sambut birthday, tapi tak happy bila tengok angka umur tu meningkat gak lagi setahun. Heh~


p/s: Umur dah nak meningkat, perangai masih mcm budak2...kalo xpon macam mak nenek. Hahaha ;D

Owh, lupa!

Ni pon salah satu benda yang biasa jadi pada ibu mengandung. Short term memory lost. Haish...

Dari hari tu nak post kat sini tapi malas and lupa. Ngee~

Nak share ni :


see the baby? dah besar dah sampai tak nampak fully on the scanner tuh :)

A: Kepala
B: Badan
C: Jantung
D: Perut
E + F: Tangan

My baby tu baring menelentang la...comel je...tapi gender of course la tak nampak kot melalui unltrascan yang macam ni. Takpe la, boy or girl aku tak kisah, aslkan sihat dan selamat sudahla :)


p/s: Hee~~ Happy feelings!

19 weeks

Semalam dah masuk 19 weeks of pregnancy.

Ape aku rasa sepanjang dah masuk 2nd trimester ni? Makin kuat makan adelah ;)
Kalo ikut klinik punya carta berat ibu mengandung, supposedly dari 1st month sampai 4th months hanya boleh naik 0.5kg je per/month dan 2.5kg per/month start 5bulan keatas. Tapi last week masa MGTT tu berat aku naik 1.5kg after 2weeks of checkup masuk 4bulan. Selambe je aku kan? Nak buat macam mana, baby ni suka makan la plak (ecehh...sebenarnya mummy dia ni yang memang kuat makan, kata baby plak). Maybe nak balas dendam kot masa 1st trimester tu aku sampai tak lalu nak makan ape2, even minum air suam pon rasa macam horror sangat.

Selasa lepas aku buat ultrascan ngan Dr pon nasib baik la takde checkup, hanya jumpa Dr je. Kalo tak, konpem kena bebel ngan nurse sebab berat naik. Padahal MGTT normal. Tapi kan, kalo ikut badan aku ni, memang cepat nak naik berat pon. Sejarahnya sebab aku memang suka makan. Muahahah ;D Dari dulu lagi dan ianya adalah fakta bukan mitos :) Jadinya, bila berat naik sampai 1.5kg dalam masa 2minggu, aku xdelah terkejut sangat. "Badan aku ni macam sponge" bak kata Tiqah :)

Tapi...ada tapi nye jugak. Next week hari rabu ada monthly checkup la *gulp*. Habisla kalo dapat nurse yang kuat bebel macam hari tu ;( Aiyayay! kecut perut!

Nahhhh...pedulik lah. Cakap je kat nurse tu, berat badan saya sebelum preggy pon memang senang naik nurse. Heee~~ Agak2 kena marah jugak tak? ;P

Anyhow, ni la gaya baby 19minggu menurut babycenter.com >>
Your baby's sensory development is exploding! Her brain is designating specialized areas for smell, taste, hearing, vision, and touch. Some research suggests that she may be able to hear your voice now, so don't be shy about reading aloud, talking to her, or singing a happy tune if the mood strikes you.

Your baby weighs about 8 1/2 ounces and measures 6 inches, head to bottom — about the size of a large heirloom tomato. Her arms and legs are in the right proportions to each other and the rest of her body now. Her kidneys continue to make urine and the hair on her scalp is sprouting. A waxy protective coating called the vernix caseosa is forming on her skin to prevent it from pickling in the amniotic fluid.

source: Babycenter.com


Ahaa! But, I think my tummy doesn't resemble a 5months old pregnancy at all :] Sebab aku rasa baby kecik ler. Hmm... ni macamana baby kecik tapi mummy yang makin besar ni? Konpius den. I remembered a year ago, jumpa one of my classmates masa high school, tummy dia dah besar. Sekali pandang agak2 macam dah 7-8bulan padahal bila tanya, dia kata baru je 5 bulan setengah. Uihhh... aku ni, sekali pandang macam baru je 2-3 bulan. Tapi sebenarnya lagi seminggu nak masuk 5bulan. Tapi, macam babycenter.com tu bagitau, 'Every baby develops a little differently — even in the womb.' Baru rasa lega dengar.


Ape lagi perubahan pada aku si pengandung tegar ni? Ni, in my case, bukan secara genearl ok? :)

  • sakit di bahagian bahagian bawah abdomen sebab perut semakin membesar. Lagi2 bila tang bersin. Uihhh...sakit nau!
  • kaki semakin mudah nak bengkak. Jalan jauh sket mulalah sakit2 kaki. Nak letak bantal bawah kaki masa tidor payah jugak sebab tidur mengiring (since nak tidur terlentang tak selesa and tak digalakkan), bila pagi je, bantal dah hilang ke mana ntah.
  • Nafsu makan sudah datang! Arghhh... cuma masih kental tak bleh nak makan sayur hijau. Huh! tengok je pon tekak jadi geli2.

p/s: Cepat je masa berlalu.

Tuesday, March 1, 2011

Ticker III

Ticker kat bawah tu setakat ni masih menjalankan tanggungjawabnya dengan baik + betul.

Ngeee~~ Kena ugut baru nak jadi baik ye? Geget karang! ;))

So, hari ni dah masuk 18 minggu 5 hari aku preggy. Selalunya every Thursday masuk minggu baru. Hari ni nak pi scan tak tau la scan yang gaya mana ntah oleh Puan Dr. Klinik AU2 tu. Sebelum pi scan kul 2 nanti, nak pi jalan2 sat kat JJ Au2. Heee~~

Suka nau berjalan sekarang ni walaupun balik nanti sakit segalanya, lenguh sana sini, tapi seronok :)) And my baby pon jenis baik, takde nak tendang2 setakat ni macam mummy dia ;P Wakakaka ;D jadinya aktiviti berjalan2 tak mengganggu aku :)

p/s: Ahh, sudah, mengarut2 dah ni. Ciao ye~

March sudah!!!

Waaaa...today dah masuk March la weyh! in 2011 plak tu!

Rasanya baru sekejap aku rasa tahun 2010, tup2 rupenya dah masuk 2011.

Bulan March tahun lepas ada benda yang best jadi kat aku. Tahun ni tak tau la... Hopefully hanya yang terbaek sahaja, InsyaAllah, Aminnn~~

And semalam masa on da way balik dari pi JJ ngan Ibu Abah, I felt my baby nudging me at my tummy. Like 3 times. Pastu dia senyap. Agaknya dia nak bagitau yang dia dah kenyang kot sebab pi JJ ajak Ibu Abah lunch. And then masa dalam kereta nak balik tu aku sempat bedal donat beli kat La Boheme plak. Tu yang baby geram tu agaknya, mama dia asyik layan makan je. Hahaha ;D


p/s: Oh yee, hari ni ada scan baby kat klinik kul 2ptg.