Maaf andai sekiranya Along terasa hati ngan kami bertiga.
Takde niat pon.
Bukan niat nak sisihkan Along dalam hal bergosip, tapi Along jauh...
tapi kami tetap simpan story-story hot untuk Along.
Walau kita jauh, Along tetap dekat di hati kami.
Takde sekali pon perbualan kami tak memasukkan nama Along.
Itu tanda kami ingat kat Along.
Cuma Along takde kat depan kami,
takde masa berjumpa,
tapi tak bermaksud kami lupa untuk mengingati Along~
Kalo ada shuttle train sepantas yang ada kat Jepun tuh,
dah lama kami datang jenguk Along kat Keramat tau.
Dah lama kami dok berkongsi gosip-gosip liar ngan Along.
(kebanyakannya cerita-ceriti Bong).
Kalo ada super jet kat Za'aba ni,
dah pastinya kami datang bawak Along pegi makan-makan bersama setiap hari.
Alangkah indahnya kalo semua kemudahan tu ada depan mata.
(petik jari pon boleh...)
tapi, angan-angan je yang ada.
Along,
Kami harap janganlah Along marahkan kami lagi.
InsyaAllah ada masa kita jumpa nanti.
Cuma jarak membuatkan kita jauh,
bukannya hati kita.
Kami sentiasa ingat kat Along.
walau macamana lambat kami bangun pagi,
walau macamana lewat kami makan tengahari,
walau cepat mana kami mandi,
semua perbuatan kami selalu ingat kat Along
(selain ingat pada yang SATU).
Alangkah bestnya kalo setiap aktiviti kami disertai Along :(
Semoga hubungan adik-beradik,
persahabatan kita kekal hingga akhirnya.
Semoga kita tetap berhubungan walau sejauh mana kita berada.
Semoga kita masih tetap kita...macam dulu-dulu juga.
p/s: Along, janganlah merajuk lagi :'((