Friday, February 25, 2011

MGTT

Ni berkenaan blood test yang nak menentukan aku ni ada Diabetes atau tak semasa aku preggy.

Test tu amek masa 2jam ++ hari Khames lepas kat klinik Au2.

Malam sebelumnya, after pukul 10pm aku kena puasa, hanya bleh minum air masak je sampai kul 8pg hari test tu.

B4 test, kandungan gula dalam darah aku 5.2 > Orang2 sebelum aku semuanya bawah 5. Aku dah risau giler masa tu.

Minum air gula > euww... MANIS giler ok! Ni kalo saje2 minum pon boleh pengsan dibuatnya atau trus jadi hyperactive. Nasib baik dua2 pon aku tidak. hehe :) Mengikut nasihat Puan Sue, jangan termuntah dalam masa 2jam selepas minum air glukos tu, kalo tak, hello hello gelas glokosa kedua ;P yukkksss!! Nasib baik boleh telan. Tapi dalam masa 2 jam tu, asyik sendawa je. Risau sendawa yang membawa kepada muntah plak sebab perut masih kosong.


Lama plak nak tunggu 2 jam. Siap balik rumah dulu.

After test; 2 hours after minum air glukosa > kandungan gula dalam darah 7.6 > Alhamdulillah...masih lagi ditahap selamat, disahkan tak Diabetes! :) Tanya nurse kat situ, dia kata kalo Diabetes bacaan mula dari 7.9 ngeeee~~ Aku punya ni pon dia kata sipi2 je lagi...


p/s: Uhuuu..kena jaga pemakanan nih.

No comments: