Ahah! Ni bukan nafsu yang bukan2 ye... Hish, otak kuning ye??
Ni pasal nafsu makan la... Aku ni memang suka makan. Orang kata nafsu makan besar sebab tu la susah nak kurus sebab dalam otak asyik pikir nak makan je. Alkisahnya masa trimester pertama aku yang berakhir bulan lepas, aku memang susah nak makan. Semua benda pon tak lalu nak makan sampaikan ada sekali tu berat turun sekilo. Kalau google pasal ni, pasal hormon jugak yang dikaitkan. Hormon berubah katanya. Ok, fine lah...
Tapi ni bila dah masuk bulan ke-4, Alhamdulillah nafsu datang semula. Baru la boleh nak cergas sket walaupun tak boleh nak secergas before preggy dulu.
Cuma sekarang ni, aku masih lagi tak bleh nak terima makan2an yang ada banyak rempah2 ni. Contoh macam kari ke, nasi beriyani ke etc. Ada satu perasaan di anak tekak yang mengatakan NO-NO untuk makanan2 tersebut.
Nasi plak aku dah boleh nak makan dan telan sekarang ni berbanding sebulan dua yang lepas. Cuma tak boleh dalam kuantiti yang banyak. Kalo before preggy, bleh tambah dua kali tapi sekarang ni, aku makan macam portion orang diet. Satu ceduk dah cukup. Itu pon bila nak habiskan dah terkulat2 macam dah makan 2-3 kali tambah je.
All in all, setakat ni dah bleh makan banyak benda. Alhamdulillah.. Susu pon dah kena UP kan sket peminuman nya. Sangat penting. Pagi2 masa sarap ngan encik hubby minum 1 cawan susu ibu mengandung. Nanti petang sket ngan malam before tido minum susu serbuk Dutch Lady. ye ar, kalo nak minum susu ibu mengandung je 3x sehari, bengkok la encik hubby kot sebab susu ibu mengandung ni extra2 mahal banding susu serbuk yang lain ada kat pasaran tu. Yang penting kandungan kalsium tinggi.
p/s: Itu saje. Tapi yang penting, sekrang ni aku tengah gila McChicken McD. Tak tau la weyhhh...
No comments:
Post a Comment