Monday, February 28, 2011

Donat + Pau

Alkisahnya beli doughnut cutter tu sebab 2 hari lepas aku buat donat. Ok je bulatan donat tu cuma kebetulan terjumpa masa kat Bidor sekali masa beli penekap karipap tu, alang2 dah jumpa, beli sajelah :)

Ni 2 hari lepas punya donat :)


Yang bawah ni plak karipap versi kariPAU. hehe ;D Sebab doh donat tu aku bahagikan dua. Sebab buat dah malam, takkan la memalam nak makan banyak donat bergula kott, kan? :) Lagipun inti karipap haritu banyak lagi yang aku simpan kat dalam peti ais.

Oppsss...terlebih goreng plak..ngeee~~


p/s: Heee~~ orang tengah mengidam macam2, nak buat macamana :D

Ehem!



Balik Bidor kejap semalam, tetibe terjumpa benda ni:


Kiri: Penekap karipap ;D
Kanan: Doughnut cutter

p/s: Pasni boleh la menjadi pembuat karipap + donat yang berjaya! :D

karipap ala Nanie :)

Selasa minggu lepas aku teringin sangat nak makan karipap. Bukan karipap jual kat gerai tepi jalan tu. Ni teringin nak makan karipap yang Ibu buat sendiri. Tapi, memang takde gaya la kalo Ibu nak buatkan karipap untuk aku memandangkan preparation time untuk buat karipap tu je dah lama. Kalo setakat lauk2 biasa tu, Ibu no hal je masakkan untuk aku...

So, tanya Ibu resepi (rupenye simple je resepinya + mudah), Selasa trus pi beli bahan utama macam kentang yang memang tak pernah ada kat dapur aku (sebab kami berdua bukan kaki giler makan kentang kecuali french fries kat McD. hahaha).

Ni la step2 buat karipap:

Kentang yang dah dibuang kulit, rendam dalam air garam supaya kentang tak bertukar warna jadi kehitam2an.

Kentang potong dadu2. Jangan la besar2 sangat supaya masa nak masak kentang tu takdela lama sangat nak tunggu kentang lembut.

Dah potong2 dadu, rendam semula dalam air garam.

Nak buat bahan tumisan: bawang besar, bawang putih ikut banyak mana kentang korang. Yang ni portion untuk 4 biji kentang Holland yang besar.

Ni pon antara bahan tumisan: Udang kering.
*I don't have udang kering yang jenis besar2 tu but only have udang geragau kat rumah. Rasa masih sama cuma kena pandai bajet la sebab udang ni kecik, kan...silap perhitungan rasa inti karipap boleh jadi tak sedap.*

Ayam cincang. opppss... beli yang Ramli Burger punya tu.
*Salu ada mental blocked la aku ni, lupa orang panggil ayam ape ni ;P*


Cara2 nak masak inti:

Blend kan bawang besar, bawang putih + udang geragau bersama sampai hancur. Tumis dalam kuali sampai naik bau.

Masukkan ayam cincang tu, goreng sampai sebati ngan bahan tumisan and ayam pon ala2 sepenuhnya masak.

Pastu masukkan kentang. Dan gaul sampai sebati ngan bahan tumisan dan ayam tadi.
*Sorry, gambar kentang dimasukkan dalam kuali takde sebab masak sorang2 kat dapur. tetibe dah tergaul rata baru ingat nak amek gambar ;) *


Cara2 nak buat doh karipap:

Tepung serbaguna. Ikut la nak buat banyak mana. Yang ni dalam 5 senduk.

Bahan2 lain nak buat doh ialah:
  • minyak masak dalam satu sudu (agak2 la, jangan terlebih sudahhh)
  • bancuhan air garam (garam tu takyah la banyak sangat, paling2 pon setengah sudu teh je)
Cara2nya:
  • Memula campur minyak kat tepung.
  • Sebatikan minyak ngan tepung -buat sampai tepung tu terurai.
  • Masukkan air bancuhan garam sikit demi sikit pada adunan tepung+minyak tadi sampai la tepung jadi sedang2 untuk diuli membentuk doh karipap. Jangan lembek sangat. Kalo lembek sangat, pandai2 la tambah tepung supaya sampai jadi mudah untuk dibentuk.

Ni doh yang dah siap.

Gentel bulat2 macam ni. Jangan la kecik2 sangat. Sedang2 besar ok la.

Leperkan adunan doh tadi dan letakkan inti keripap kedalamnya. Pastu jangan lupa kelimkan tepi karipap tu.

*

*

*

*

*

*

*

*



Tapi aku tak reti buat kelim tepi karipap tu!!!

Wawawaaaaa.....~~ Nanges kejap! ;'(



And, sebab lain, doh tu nampak je macam dah mantap, but I think masih kekurangan tepung. So, susah nak bentukkan kelimnya (alarhhh...salahkan doh lebih air plak...padahal memang tak reti kelim karipap! Bwuekkk!!!)

Takmau tunjuk gambar bila dah siap! ;P




p/s: Encik hubby punya la kutuk kaw-kaw punya lepas dia tengok hasil karipap-tak-jadi aku tu. Bila gorengkan untuk dia, dia kata inti dah sedap cuma tang kulit tu yang x jadi! ;] Aisehhh! Dia kata nak belikan penekap karipap yang ada jual tu, senang nak buat. Takde la sadis sangat bila end resultnya. Hahahah ;D

Nasi Goreng Kerabu


Hah! Ni cerita basi minggu lepas. Lupa plak nak share kat sini.

Last monday, disebabkan mengidam yang amat sangat kepada si sedap Nasi Goreng Kerabu Restoran Cempaka Rimba, PKNS Bangi, Along dengan baik hatinya teman aku drive sampai ke Bangi nunnn...

Pujuk punya pujuk encik hubby, dia bagi pon green light pada aku walaupun sebelum tu berat hati dia nak lepaskan aku drive ke Bangi walaupun berteman. Ye la, risaukan aku yang tengah preggy ni katanya :)

Ni la dia nasi goreng idaman kalbu itu~~

p/s: Tak menyempat2 nak amek gambar, dah dua tiga suap baru teringat nak snap sekeping,. Tengok dah runtuh dah nasi tu dari bentuk bulat mangkuk, tak sabar punya pasal ;D Thanks Along, temankan Angah minggu lepas! I owe you! :))

Saturday, February 26, 2011

(23) Craving

Day 23 - Something you crave for a lot.

Ni boleh tengok balik kat entry Day 21 aku 2 hari lepas. Semua gambar makanan yang aku copy-paste kat situ, semuanya aku crave habis2an :D So, xyah la aku buat post ni ok?? Ada faham?? hehe ;D

Friday, February 25, 2011

18 weeks

Hello hello~~

Minggu ni baby dah masuk minggu ke-18 :)

Alhamdulillah, setakat ni semua pon ok berjalan lancar.

Craving masih menjadi2 macam biasa tapi banyak craving benda yang sama je so setakat ni boleh handle lagi :))

So, how's my baby?
Dari pembacaan >>

Head to rump, your baby is about 5 1/2 inches long (about the length of a bell pepper) and he weighs almost 7 ounces. He's busy flexing his arms and legs — movements that you'll start noticing more and more in the weeks ahead. His blood vessels are visible through his thin skin, and his ears are now in their final position, although they're still standing out from his head a bit. A protective covering of myelin is beginning to form around his nerves, a process that will continue for a year after he's born. If you're having a girl, her uterus and fallopian tubes are formed and in place. If you're having a boy, his genitals are noticeable now, but he may hide them from you during an ultrasound.


*tak kisah baby girl or baby boy, yang penting biar baby aku selamat dan sihat. Amin*



Untuk Ibu yang mengandung tu plak :

  • nafsu makan akan meningkat tapi cravings tu dah berkurangan.
  • kena makan buah2, sayur2, makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mana2 makanan yang sihat berbanding makanan yang mempunyai 0 kalori.
  • cuba capai target makan 3 set hidangan dan 2 snek sehari (aku ni banyak snek je amcam?)
  • jangan tido menelentang kerana uterus akan menekan salur darah utama (inferior vena cava) yang membawa bekalan darah dari bahagian bawah badan kepada jantung.
  • perlu tido mengiring sedikit untuk membaiki sistem peredaran darah.

credit: baby center.com



p/s: Nextweek hari Selasa, ada check up ngan Dr plak. Nak scan baby... and a week after that, monthly checkup lagi. 3 minggu berturut2 pi checkup. Muka klinik dah aku ni ;P

MGTT

Ni berkenaan blood test yang nak menentukan aku ni ada Diabetes atau tak semasa aku preggy.

Test tu amek masa 2jam ++ hari Khames lepas kat klinik Au2.

Malam sebelumnya, after pukul 10pm aku kena puasa, hanya bleh minum air masak je sampai kul 8pg hari test tu.

B4 test, kandungan gula dalam darah aku 5.2 > Orang2 sebelum aku semuanya bawah 5. Aku dah risau giler masa tu.

Minum air gula > euww... MANIS giler ok! Ni kalo saje2 minum pon boleh pengsan dibuatnya atau trus jadi hyperactive. Nasib baik dua2 pon aku tidak. hehe :) Mengikut nasihat Puan Sue, jangan termuntah dalam masa 2jam selepas minum air glukos tu, kalo tak, hello hello gelas glokosa kedua ;P yukkksss!! Nasib baik boleh telan. Tapi dalam masa 2 jam tu, asyik sendawa je. Risau sendawa yang membawa kepada muntah plak sebab perut masih kosong.


Lama plak nak tunggu 2 jam. Siap balik rumah dulu.

After test; 2 hours after minum air glukosa > kandungan gula dalam darah 7.6 > Alhamdulillah...masih lagi ditahap selamat, disahkan tak Diabetes! :) Tanya nurse kat situ, dia kata kalo Diabetes bacaan mula dari 7.9 ngeeee~~ Aku punya ni pon dia kata sipi2 je lagi...


p/s: Uhuuu..kena jaga pemakanan nih.

Ticker II

Hah, ticker kat bawah tu aku tukar yang style untuk FB punya. Pedulik lah...

Geram aku bila aku tengok ticker orang len ok je countdown segala tapi aku punya, makin hari bukan makin meningkat tapi makin berkurang. Kalo kes nak countdown big day ok lagi. Tapi ni kes aku nak countdown baby week by week tapi makin hari makin berkurang plak.. huhu haru betul...

Last2 I've decided letak yang comel je tuh. Hopefully ok je ticker tu. Kalo buat hal lagi, memang nak kena la ticker nih kan? Hish...

(22) Differences

Day 22 - What makes you different from everyone else?

Yang ni tak tau nak komen. Sebab komen lelebih, orang kata angkat bakul sendiri. Ngeee~~

Jap, cuba pikir sat...hmmm...

Takde kot? Sebenarnya malas nak pikir tapi rasanya memang takde. Maybe I am difference in a lot of ways from other people but, I just don't get it myself. Boleh tak cenggitu?

If I am any different than you, hopefully it is the good one. Haish...

(21) What Makes Happy

Day 21 challenge is to post a picture of something that makes me happy.

Wah, ni memang challenge la sebab banyak benda boleh buat aku happy. And for some reason, semua benda2 itu terdiri daripada makanan. Hehe ;) Typical me and typical mommy-to-be jugee~~

Let see:

J.Co Donut! Ni dari hari tu TERMENGIDAM. Tapi jauh2 plak outlet dia. Pavi tak pnah pi lagi so... kempunan. Kepada sesiapa yang nak pi Pavi tu, saya nak kirim J.Co boleh?? Boleh laa...

McDonald's McChicken memang aku ngidam dari bila ntah aku pun tak take note. Tetibe je crave benda ni and perut meragam2 ke'happy'an. Not good sebab not a good diet for ibu mengandung, but, bukan selalu pon dapat makan. Sesekali tu ape salahnya meng'happy'kan perut ye tak? ;P

Yang ni usah kata la. Malam tadi baru bedal dua set Large Fries McD. Lapar punya pasal, tapi kalo tak lapar pon, McD's fries tetap paling TERBAEK!!

Ice cream pon antara makanan yang boleh buat aku happy. Asal nampak je, konpem perut and lidah aku happy tapi purse je yang ketat nak keluarkan duit. Haha ;D

haishhh..gambar takde yang real la :( Ni hotdog 1901. Have anyone heard of 1901, Malaysian Hotdog Kiosk? Dulu aku tak pernah amek peduli pon. Bila keje kat GE Mall, ni la antara makanan yang aku salu beli and this particular one yang aku paling suka sebab takyah beli set yang ada mashed potato sebab dalam hotdog ni dah disekalikan ngan mashed potato :)) Tapi, bila time aku nak beli sangat 2 weeks ago, rupe2nya pushcart 1901 depan Domino's Pizza dalam Ampang Point tu dah takde! Takde, ilek poci bak kata f@nna ok? Ni kena pi Wangsa Walk yang malas ni ;(

Kucing memang antara haiwan yang aku happy bila nampak. Lagi2 kalo yang jenis kecik macam ni. Innocent je rupenya kan? ;D Or any cats yang berwarna putih bersih or yang tricolor tuh. What's it call? ni kalo F@nna tau sangat :)

Baby!!!! Mungkin sebab tengah preggy kot, tu yang extra suka tengok baby ;D No particular reason, just, I'm happy to see one. And I'm glad soon I'll be a mother for my own baby :)) aww...


Top: tengah happy nak dapatkan idea untuk buat blouse for Atiqah's wedding this coming May. Kalo dapat beli lagi senang. hahaa ;D But, but, kalo tempah, boleh letak riben warna biru macam yang Tqah nak tu for all her bridesmaid. Or, wearing a blue pants instead of white pants sebab nanti nampak panties ;P Ok ape kan?? Otak, otak...sila jangan kerja keras sangat, kesian kat baby tak cukup tido bila otak mama ni tak benti ligat berpusing waktu tido memikirkan design yang sepatutnya for the bridesmaid's dress. Lagi2 aku baru 7months preggy masa Tqah kawen nanti. Hmmm...

Bottom: Nak cari baju2 preggy (bukan blouse) untuk XL women. Sekarang ni, even baju mengandung pon nak ketat2. Bosan sungguh eden! bukan tak bangga preggy, tapi, selain xselesa, aku pon tak suka ketat2 dah. Kena tutup aurat, jaga maruah hubby :]


p/s: Nampaknya itu saje je kot?

Wednesday, February 23, 2011

(20) My Future With...

Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in future.

I see myself marrying this guy from the moment I met him, nearly 2 years ago ♥


I ♥ you Ayang...

Yesterday,
Today,
Tomorrow...

And InsyaAllah forever;
Till death do us apart.


p/s: Action speaks louder than words.

Tuesday, February 22, 2011

(19) Nicknames

Nicknames aku tak banyak.

Nanie je kot? Ni Ibu ngan Abah yang panggil sejak dari kecik. People wondering why la dari Elanie jadi Nanie. Cuba la Ella ke, Anie ke...kena gak ngan nama aku tu. But, cuba bayangkan kalo korang panggil kedua2 nicknames tu pada aku, sangat tak kena ok?? I think Nanie suits me the best. Tq.

Sayang. Panggilan encik hubby kepada saya :))

Ngah. Me and encik hubby shares the same call name by our niece si Myra tu.

Maksu. Panggilan kalo dibelah femily encik hubby.

Yang ni yang tak berapa boleh terima -->

Elaine, Ilin, Elin. Panggilan dari orang2 yang pertama kali kenal aku ngan nama penuh.

Monday, February 21, 2011

(18) Plans/ Dreams/ Goals

Short term plan -->

Nak pi JJCM kat Bangi, dah mengidam sangat nak makan nasi goreng kerabu kat Restoran Rimba, PKNS Bangi. Tak mau kat tempat lain since aku paling suka nasi goreng kerabu yang dorang masak. Takde tempat lain boleh lawan lagi :) Plan nak pi ngan Alongku~~

Dreams -->

Nak keluarga besar sebab family aku family kecik, aku ada 3 adik beradik je. Even family encik hubby pon hanya ada 4 adik beradik. So, kalo boleh, aku berangan2 nak ada anak ramai :)) Walaupun aku tau, bukan senang nak jaga anak ramai ni.

Selain tu, aku nak jadi isteri yg solehah. I know it's a long way to go since banyak kena ubah perangai ni. hehe...Ye, sy ni nakal orangnya walaupun dah nak jadi mak budak ;P

Third, nak jadi anak yang solehah pada Ibu Abah, nak jadi kawan yang sejati pada BFF semua dan nak jadi kakak yang sangat supportive pd si adik. hehe ;D

Short term goal -->

Nak naik 0.5kg je bulan ni. Last week tak berapa nak naik. hehe..boleh plak mcmtu ye?

Sunday, February 20, 2011

Si kecik's birthday

Hari ni, 20 Februari 2011, si kecik Myra sudah pon berumur 3 tahun!!

Waaa...kejap je masa berlalu, dah masuk 3 tahun dah anak buah aku yg sorang ni..hish, ni pon menandakan aku dah nak masuk 26tahun, tahun ni lg 2 minggu lebih..aiseh, saje bg up birthday sendiri plak. hehe ;))

Yang penting, budak kecik tu masih lagi cakap pelat2. Dia malas nak cakap betul2. Dan yang paling penting, dia masih lagi panggil aku ngan encik hubby, 'Ngah'. Bukan Mak Ngah and Pak Ngah, tapi Ngah je. Bila dah kuar 'Ngah', kami berdua pon paling pandang dia sebab dua2 pon Ngah. heee~~

So, Happy Birthday dear Myra sayang :))

And, here are some of her pose to you guys...



p/s: Dun ask me where she learn how to pose like that. Too much 'America's Next Top Model' show kat tv kot? heheh ;D

(17) Switch Lives?

Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why?


Ngee... believe it or not, aku tak pernah terpikir nak tukar life aku ngan sesiapa pon. Even sekadar berangan. Life orang lain memang nampak lagi vogue, fabulous, mewah, happy segala but who knows deep down their heart, rasa empty? Kan?

I am glad I am born myself sebab life aku rasanya sudah cukup semua. Ape benda yang berlaku dalam life aku, I won't missed it for the world. Susah senang, gembira sedih ke semuanya berlaku bersebab. So, takde ape lagi yang aku mintak :))

Saturday, February 19, 2011

(16) Another Picture of Me


Ok, sorry bibir pucat. Memang kuar langsung tak pakai lipstick pon masa ni. Dah petang plak tu and badan pon dah berlengas. Teman cik hubby pi Lubuk Degong (erm, Lubuk Dugong? ke Lubuk Degong? mana2 lah) dia nak pi kutip batu2 sungai letak kat rumah Mak.

Belah kiri tu anak buah encik hubby, Tasha (anak Lang) and yang belah kanan tu kira adik sepupu belah encik hubby (anak Mak Teh ada dua orang, dua-dua pon kecik2 lagi). Ni la si kecik Alya yang patutnya panggil aku KAK NANIE tapi dia ikut geng dia si Tasha panggil aku MAKSU trus..Aisehh...

Friday, February 18, 2011

Sweet name :)

Di satu petang while having a dinner with encik hubby:

Aku: Abang, syg lupa nak kacau air teh tu.

Encik hubby angkat kening.

EH: Abang? Aaaa... nanti ye 'abang' tolong amekkan sudu, syg tolong kacaukan air ye? 'Abang' nak pi amek sudu ni. 'Abang' amek tau...

Sengal punya encik hubby. Aku tersilap panggil dia pon dia dok perli2 aku sambil gelak2 tak hengat! Amboi3...suka hati betul!

Padahal dulu masa awal2 kami bercinta pon memang itula panggilan aku pada dia. Tapi untuk beberapa ketika je sampaila aku panggil dia 'Syg'. Tapi pada masa yang sama aku panggil dia Syg, dia tetap bahasakan diri dia 'Abang'.

Dalam hp aku, banyak msg2 lama dia masa kami bercinta dulu yang aku simpan. Bila baca semula, part yang dia bahasakan diri dia 'Abang' tu yang tak bleh blah... semalam aku saje tunjuk kat dia msg2 lama dia ke aku, terkekek2 kami ketawa sebab memang lawak bila dok membayangkan dia bahasakan diri dia 'Abang'. Gile comel okeh?! Muka dia pon asyik nak cover2 malu bila aku usik dia dengan panggilan 'Abang'. Ngeee~~

Panggilan kami sekarang ni 'Ayang' and 'Sayang'. Ayg tu panggilan untuk dia. Permintaan dia 2-3 hari before birthday aku tahun lepas and before kami bertunang. Sweet je...


p/s: Dulu2 panggilan untuk aku, 'Cuk'...Adehh...memang tak bleh blah!!

(15) 10 Songs

Day 15 - Put your ipod in shuffle. First 10 songs that play.

Ok, ok, I don't have Ipod. Tapi guna lagu dalam mp3 sajelah :))

  1. Katy Perry - If You Can Afford Me
  2. Paramore - Never Let This Go
  3. Katy Perry - Self Inflicted
  4. Adam Lambert - What Do You Want From Me
  5. Tilu - Ku Bukan Aku
  6. Justin Bieber - Baby
  7. Brian McKnight - Back At One
  8. Lionel Ritchie - I Call It Love
  9. Linkin Park - Leave Out All The Rest
  10. Hijau Daun - Suara (Ku Berharap)

:)

Thursday, February 17, 2011

nafsu datang lagi

Ahah! Ni bukan nafsu yang bukan2 ye... Hish, otak kuning ye??

Ni pasal nafsu makan la... Aku ni memang suka makan. Orang kata nafsu makan besar sebab tu la susah nak kurus sebab dalam otak asyik pikir nak makan je. Alkisahnya masa trimester pertama aku yang berakhir bulan lepas, aku memang susah nak makan. Semua benda pon tak lalu nak makan sampaikan ada sekali tu berat turun sekilo. Kalau google pasal ni, pasal hormon jugak yang dikaitkan. Hormon berubah katanya. Ok, fine lah...

Tapi ni bila dah masuk bulan ke-4, Alhamdulillah nafsu datang semula. Baru la boleh nak cergas sket walaupun tak boleh nak secergas before preggy dulu.

Cuma sekarang ni, aku masih lagi tak bleh nak terima makan2an yang ada banyak rempah2 ni. Contoh macam kari ke, nasi beriyani ke etc. Ada satu perasaan di anak tekak yang mengatakan NO-NO untuk makanan2 tersebut.

Nasi plak aku dah boleh nak makan dan telan sekarang ni berbanding sebulan dua yang lepas. Cuma tak boleh dalam kuantiti yang banyak. Kalo before preggy, bleh tambah dua kali tapi sekarang ni, aku makan macam portion orang diet. Satu ceduk dah cukup. Itu pon bila nak habiskan dah terkulat2 macam dah makan 2-3 kali tambah je.

All in all, setakat ni dah bleh makan banyak benda. Alhamdulillah.. Susu pon dah kena UP kan sket peminuman nya. Sangat penting. Pagi2 masa sarap ngan encik hubby minum 1 cawan susu ibu mengandung. Nanti petang sket ngan malam before tido minum susu serbuk Dutch Lady. ye ar, kalo nak minum susu ibu mengandung je 3x sehari, bengkok la encik hubby kot sebab susu ibu mengandung ni extra2 mahal banding susu serbuk yang lain ada kat pasaran tu. Yang penting kandungan kalsium tinggi.


p/s: Itu saje. Tapi yang penting, sekrang ni aku tengah gila McChicken McD. Tak tau la weyhhh...

(14) Picture lagi...

Kali ni gambar aku ngan family aku.

Nak family yang mana? Yang ni lah, newlywed yang dah basi. Kira family jugak sebab orang ketiga masih dalam perut. Ngee~~

gambar masa raya 2010 :) kat Muar

Wednesday, February 16, 2011

(13) A Letter

Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently

Kalo yang recently takde lah. Sebab aku malas nak cari pasal ngan orang and aku lebih suka low profile je sekarang ni (you can see even from my FB acc, update status pon malas. Lebih kepada baca komen2 orang pada status2 tertentu).

The last time that I wrote a letter, that was two years ago. Kalo electronic letter through blog, erm, ada masa tahun lepas Januari kot kalo tak silap. To someone yang pernah lukakan hati aku lah. tapi, cerita lama. Malas nak rewind balik :)


p/s: No hard feelings dah :))

Tuesday, February 15, 2011

(12) How & Why?

Day 12 - How you found out about blog and why you made one?

At first, my BFF ni bagi link blog dia masa kami tengah YM sama2. Baca punya baca blog dia and blog2 yang dia link dalam blog dia, macam best je berblog ni. So, timbul la keinginan nak berblog jugak. But, seperti yang pernah aku post dulu, blog ni neither private nor too public. For those yang tau, tau la kewujudan blog ni. Unless I decided to go public macam orang lain. And that's why jugaklah, aku hanya ada 9 followers tak macam sesetengah bloggers yang ada antaranya mencecah beratus2 followers. But I don't mind pon how many of them sebab this blog is strictly a personal blog. I write about myself and the things occured to me, my surroundings and to people that are close to me. Balik2 pon tentang tu jugak. Bukan blog info2 sangat. Sekadar suka2. Tu je. Mengarut2 pon blog aku and aku tak suka orang orang annoying ngan aku walaupon pada dasarnya banyak gak benda yang aku angkat bakul sendiri dalam post2 aku yang lepas dan aku jenis tak kesah ape pendapat orang lain. Muahahaha ;D

I used to wrote things in diary and I have lots of it. Tapi, bila menulis kat dalam diary ni, kena tulis tangan and aku dah penat menulis. Tulis ikut mood, bila banyak, tetibe tulisan jadi hampeh macam ayam men cakar2 kat atas pasir. Ngeee~~ Dan blog ni sebagai satu alternatif untuk aku membebel tak sudah dan tulisan tetap akan sama dari awal sampai akhir :D Siap bleh nak besar atau kecik, and colourful lagi. Save bajet beli pen warna warni :))

Monday, February 14, 2011

annoying!

Tengahari tadi aku terasa sangat nak makan McChicken McD. So, on enjin kete trus tekan minyak ke k4 Wangsa Maju.

Dengan satu tujuan: nak pi beli McD je.

Ada satu kaunter je bukak, and ada sorang je kakak bawak anak dia depan aku.

Kakak tu punya la annoying! Mentang2 la dia customer, dah la bagi order pon macam hangin and tak jelas. Pastu bila kakak kaunter tu repeat order, and tak sama macam yang dia mintak, mula nak naik hangin plak.

Kesian weyh kat kakak McD tu, sampai dah naik ketat muka dia bila 2-3 kali customer depan aku ni kata dia salah amek order... Dahtu bila order tengah disiapkan, mula lagi marah2 sebab kakak kaunter masukkan salah barang dalam happy meal anak dia.

Kot ye pon ko customer, respect la sket orang yang keje amek2 order ni. Bukan ko je yang betul. Dorang lagi hafal menu kat McD tu by heart tau. Cuba la cakap or tegur elok2 kalo silap sekalipon. Sedap sikit telinga nak dengar. Bukan pekerja McD je yang sedap dengar, orang yang beratur belakang hang pon sedap hati. Baru la nampak civilized. Ini tidak, ANNOYING HABES!!


p/s: Kesian kakak McD tu. Aku plak yang rasa macam nak cekik2 je customer depan aku tu.

(11) Picture Of Us II



Ni gambar TAK BARU ngan BFF buat photoshoot ngan abang aku kat Titiwangsa bulan Julai tahun lepas. To be exact, a week before aku menamatkan zaman bujang. eheh~ Selain dari bertemakan bachelorette photoshoot, tema photoshoot ni sebenarnya '16th Year of Friendship'.

Supposedly Tj join photoshoot ni tapi disebabkan ada perubahan jadual kursus dia kat Kota Tinggi, daripada dapat join trus tak dapat nak tunjuk batang hidung pon. Kurang sorang. Yeso pon dapat join halfway je sebab dia kena pi Langkawi and LCCT masa tu tengah buat reno, and she needs to be there 3 hours b4 departure. Takpe, yang penting minah 3 orang tu ada memeriahkan sesi photoshoot yang sempoi tu :)

Sunday, February 13, 2011

(10) The Songs in Me

Challenge: Songs you listen to when you're happy, sad, bored, hyped, mad.

Aku ni memang suka dengar lagu. Tapi kadang2 takde yang particular lebih2 lagi time dalam sesuatu mood tu. Randomly aku akan dengar ikut halwa telinga je walaupun masa tu aku sedih ke, happy ke etc.

But, mostly bila aku sedih, marah or hyped atau bosan giler, aku akan dengar something yang heavy2 sket. Nak kata lagu rock tak... Ah, lagu2 jiwang karat pon boleh. Hehe :)) tapi kena pasang kuat sket bagi berdentum kat lubang telinga ni (salunya pakai earphone je).

Kalo time happy, aku layan semua lagu. Terutamanya lagu2 yang comel macam Nobody by Wondergirls, Baby by Justin Bieber ngan Kissing You by Miranda Cosgrove. Boleh ulang sampai bateri habis. Tapi, lagu lain pon layan je... tak memilih.


p/s: Tapi, lagu ni je yang aku dengar setiap masa tak mengira mood ape >> Dear God by Avenged Sevenfold.

Saturday, February 12, 2011

(9) The Proud Me!

Something that I am proud of in the few days. Hurmm...

Oh yeah!!

Akhirnya aku dapat pon remake my mom's Ayam Masak Merah ala Raya!

Yippee!!

Dulu2 aku penah try buat tapi tak menjadi. But yesterday masak, menjadi dengan jayanya and encik hubby puji tau! :D Habis dia makan padahal dia dah kata perut dia sangat2 kenyang :)


p/s: Gambar takde sebagai bukti. InsyaAllah next time :))

Friday, February 11, 2011

(8) Short Term Goal

Today's challenge is to do a short term goal for this month.

Easy peasy!

Goal -->

  1. To maintain or REDUCE my daily sugar intake for this whole two weeks.
  2. Nak naikkan berat HANYA sebanyak 0.5 kg saje bulan ni sampaila 9 March nih.

Reasons -->

  1. Daily sugar intake tu sebab 24th Feb ni ada MGTT. MGTT means Modified Glucose Tolerance Test yang akan di uji kepada ibu2 mengandung yang ada history diabetes dalam familynya. In my case, Abah ada Diabetes. So, the possibilities for me tu 50/50 la. Test ni kena puasa kul 10 malam the night before the test. The next day, kena pi check glucose dalam darah kul 8pg, minum air gula, after 2 hours, check darah semula. Risau nih. I need to be careful on my diet not for only this couple of weeks but for the whole stage of pregnancy.
  2. Next, berat kena naik 0.5kg je for this months (boleh ke? Ni nafsu makan baru datang semula plak tu). Semalam check aku naik 2kg bebs!! Takut kena marah ngan nurse tapi nasib baik dapat nurse cool. Haha ;P Dia kata ok la tu sebab sejak dari aku pregnant, hanya naik 2kg. Itupun masa masuk bulan ke-2, aku turun sekilo. Masuk bulan ke-3 naik balik berat yang asal. Masuk bulan ke-4 naik 2 kg. Huhu... Supposedly tak boleh camtu sebab bila berat naik mendadak camtu dikhuatiri ada diabetes. Sebab tu la aku kena buat MGTT tu. Ngee~~


p/s: Itu saje short term goal aku :)

Thursday, February 10, 2011

(7) The Impact on Me

Next challenge is: A picture of someone/something that has a big impact on you.


Why them?

They're my parents. They have all the tick that give an impact in my life. Siapa aku kini, atas ajaran kedua ibubapa aku jugak. And pernah dengar tak orang pernah kata yang, macamana kita sekarang ni, menggambarkan orang yang mendidik dan membentuk kita dulu.

Alhamdulillah, my parents tought me well.

Dulu memang aku nakal. Weyh, siapa masa kecik2 and masa remaja tak nakal?? Aku admit aku nakal but on my own way. Aku takde la nakal sampai buat Ibu abah nak cekik2 aku. Haha :D Cuma nakal sket2 je. More kepada keras kepala, kepala batu and suka memberontak.

But, bila dah besar ni, I am changing. Bila dah kawen ni, lagilah...

They are my world, my soul. Without them, I am nothing. Without them, I am lost.


p/s: Sayang Ibu and Abah!! ♥

4 months check up

Semalam pi 4 months check up kat Klinik AU2.

Actually semalam baru je 15 weeks 6 days. Takpelah, consider 16 weeks la kan...

Biasalah, klinik kerajaan ni mana ade ultrasound scan macam kat klinik swasta yang setiap kali datang check up kena bayar. So, semalam nurse tu cari heartbeat baby guna Daphtone tapi dia kata masih tak dapat dengar jelas sebab my baby's heartbeat quite slow. Daphtone tu scan bunyi je, macam radio pon ada. hehe :P

Risau gak bila dengar sebab one of my friend yang preggy 17 weeks kata dia dah dapat rasa baby dia gerak2 since 16th weeks lagi. Dia pun dah 2 kali scan.

Aku tanya nurse tu, agak2 bila agaknya timing yang normal untuk kita rasa gerakan and dengar heartbeat baby tu. Dia kata sesetengah ibu mengandung dapat rasa gerakan masa masuk 16 minggu preggy. Tapi selalunya masuk 20 minggu la insyaAllah dah ada. Sama gak macam scan bunyi heartbeat tu. Alhamdulillah, sedikit lega bila dengar nurse tu kata camtu. Next month (9 March) is my next appointment plak. And I'm praying the best. Tak maula perasaan risau ni berterusan. Not good, not good...

Petang semalam, balik je dari appt klinik tu, aku rest kejap. Aku susah nak rest tido tengahari. Semalam dapatla sejam rehat and sangat best! :)) After that, aku terus google cari pasal baby's heartbeat.

Dis is what I've yet discovered:

"How early you can hear the baby's heartbeat is dependent on many different factors. We expect to be able to hear the baby with an amplified doppler device by about 12 weeks of gestation -- BUT there are many variables to be taken into consideration. One of the reasons that we may not be able to hear the baby at that point is the position of the uterus or the position of the baby within the uterus. Another reason is that many mothers have an additional layer of fat just above the pubic bone, and this is the area we listen through when we are looking for a very small baby at around 12 weeks. Sometimes it can be difficult to locate the baby or hear the fetal heartbeat when you are listening through a little extra padding. In addition, the position of the placenta may interfere with the audio when checking the fHR (fetal heart rate). "
www.pregnancyandbaby.sheknows.com


Aku googled jugak pasal the baby's look untuk 16th weeks:
pic credit : www.babycenter.com



So, this is my next scheduled check up:

24 Feb - MGTT check up (check up untuk diabetes sebab aku ada family history - Abah)

1 March - Appt with Doc for baby's scan

9 March - 5 months check up (monthly check up)


Malam tadi masa nak tido, biasalah aku memang akan buat rutin biasa which is pi shishi dulu. After dat, trus baring kat katil. And then aku rasa, ape la yang macam senak sket kat area bawah pusat belah kiri. Rupanya, it's my baby!! I can feel it! Tak kicking or bergerak. Cuma dia lepak kat situ. And aku rasa macam tak selesa bila baring and bernafas. First time aku dapat rasa baby tau :D Sangat happy!! :D So, aku pujuk la baby sambil usap2 dia, swuh tido kat tengah2 sket sebab aku takleh nak tido kalo dia kat bawah tu... Alhamdulillah, mendengar kata gak baby aku ni and baby alih ke tengah :D And then masa encik hubby masuk tido plak (encik hubby masuk tido lewat sket), aku cakap kat dia yang aku dah dapat rasa baby, terkejut dia.. Ngeee~~ By that time, baby tido kat belah kanan bawah plak tapi tak ganggu aku. Trus encik hubby tekap telinga kat perut aku. Dia kata dia dapat dengar degupan jantung baby. Ntah betul ke tidak. Haha ;D


p/s: Haha...banyak plak nak citer kali ni :D

Ticker

Pasan tak ticker untuk wedding ngan untuk baby tu macam salah?

Ye, memang salah counting pon! Hampeh je. Supposedly the ticker shows that I am married for at least 6 months and 3 weeks. Where else untuk baby countdown tu dah masuk 16 weeks dis week. Tapi dua-dua pon masih kat 6 months 1 week ngan 14 weeks of pregnancy.

Ape yang salah kat Ticker tu ntah padahal dah betulkan and copy paste balik semula.

Wednesday, February 9, 2011

(6) Superhero of Mine


Ok, yang ni maybe macam cliche but who cares aite?? Hehe :)

Dulu2, superhero yang aku giler suka haruslah Peter Parker a.k.a Spideman. Sebab dia sangat sweet ngan Mary Kate and suka selamatkan orang dalam bahaya.

But the feelings wears off start dari aku kenal encik hubby lagi. Aduh... cliche yang amat! Geli taik telinga dengar ye?? Hahahaha ;D

I would say, my father will be the number 1 hero for me tapi sejak dah kawen ni, hubby jadi top priority so, dia la ganti Abah. Tambah super je sebab 12/7 kami ni bersama kesana kemari. ngeee~~

I remember the first time dia hero bila aku breakdown pasal tesis bulan November tahun lepas. Menangis tak henti and dia yang pujuk aku masa tu. Ayat pujuk dia takde la soothing sangat tapi from that moment, I know I can always count on him and I know he will always be there for me through thick and thin.

Second, dia selalu temankan aku pi mana2 lagi2 kalo area bandar KL macam ke Jalan TAR ke, Masjid India ke... sebab dia tau nak park kereta area mana. Haha ;P

Third, walaupon kami dah kawen, masih lagi pegang2 tangan. I've read somewhere, bila dah berkahwin ni, nak dapat pahala senang, nak dapat dosa pon senang. Contoh macam pegang tangan antara suami isteri. Hikmahnya, bila berpegangan tangah, setiap dosa2 kecil kita akan terhapus. Maybe ada orang akan rasa rimas asyik pegang tangan je kejenya. Aku tak. Lagi2 kalo masuk Pasar Chow Kit yang ramai orang tu, dia akan pimpin je tangan aku ke mana je and dia akan jalan dulu depan aku. Like a shield.


p/s: Ok, itu je, yang len simpan untuk diri sendiri :))

Tuesday, February 8, 2011

(5) Going Places

Erm, aku ni bukan kaki melancong. Orang lain hobi masa cuti2 suka pi holiday sana sini. But to me, kalo cuti, memang aku cuti habes. hehe :)

Melepak kat rumah je kejenya membesarkan badan.

So, nak masuk 26 tahun hidup ni, tempat2 yang pernah pegi macam ke Mekah, Jeddah (dan kawasan sewaktu dengan Umrah) masa umur 20 tahun, Myanmar pernah sampai 2 kali sebab abah keje kat sana, Sabah, emmm... lagi? Yang tempat lain kebanyakkannya kat area semenanjung je. But I don't mind dan aku takdelah sedih pon tak dapat nak keliling dunia pi melancong. Nasib baik bukan hobby aku :P

Tapi nak letak gambar... semua gambar2 tu kat laptop lama yang dah rosak tu. Abang plak malas nak transferkan segala folder yang ada dlm lappy aku tu. Jadinya, terperap je la lappy aku tu kat umah dia. And I am left with new picture je *sigh*.

So, gambar terbaru pi Skybridge dah letak dalam satu entry bulan lepas.

Gambar lain?

Ahah!! Gambar ni!!



Bulan 9 tahun lepas pi raya kat Kedah; kampung Tok kat Alor Setar. The picture was taken kat Alor Ibus, kawasan tepi pantai yang popular ngan pembuatan belachan kat Alor Setar.

Saw a lot of ikan belachak there. Masa tu air surut lagi. Tapi udara memang best habes! Angin bukan setakat sepoi2 bahasa je tapi kalo letak kerusi kat tepi tu, konpem boleh terlelap punyalah :D

Monday, February 7, 2011

(4) The Very Bad Habit of Mine

Itu senang sajeeeee...

Saya seorang yang pemalas.

lagi2 kalo dah letak punggung kat kerusi and mengadap lappy nih.

Semua benda tertangguh.

Pastu sekarang ni jadi extra pemalas bila dah preggy. Haishhhhh!!!


Kalo dulu2, semua rajin. But bila dah preggy ni, buat keje sket jadi penat... tu yang trus jadi pemalas. Tapi tengah cuba nak ubah ni walau pun penat, kerja umah kena jalan jugak sebab letih kaki bila kadang2 terpijak habuk tau...


p/s: Sebelum ni takde la pemalas tahap macam ni. hehe :P

Sunday, February 6, 2011

(3) Picture of Us

Kalo nak gambar yang semua ada dalam gambar tu macam takde. Tapi ada 3 keping nak kongsi kat sini :)

Dorang ni my BFF throughout my life. Jatuh bangun aku ngan dorang. Dari sekolah rendah sampai ke zaman Master kat UKM.



Gambar 1: Antara pari2 masa big day aku. Lagi 3 orang (Along, Alang ngan Bong) takde dalam gambar sebab dorang dah balik dulu :( Wish they were here at that time... (amboih..mentang2 la dah halal, peluk tak hengattt!!) They are special in their own way. Tak boleh nak gantikan dorang walau ape cara sekalipun.


Gambar 2: Masa konvo UKM bulan Ogos tahun lepas. Ngan Along, Bong and Alang. They are like my support systems. Tulang belakang yang terkuat selain my parents and encik hubby.

Gambar 3: Kawan rapat masa kat UiTM.

Adda (kiri sekali) ni macam adik beradik lain mak lain bapak aku sebab semua lecturer PAMs salu confused bila tengok kitorang. Merangkap ex-roomate setinggan jugak. Aku la yang buat setinggan kat bilik Adda masa part 6. Haha ;D

Kak Iza (with polka-dots scarf) ni roomate tegar aku kat Kolej Anggerik dari part 1 sampaila part 5. Dia la roomate yang paling dah biasa ngan aku yang suka mengigau ni. Ish, ish, ish...

Kak Aina (paling kanan) ni kakak seumur hidup. Enough said. Dalam ramai2 kawan rapat aku, dia ni la yang paling suka buat aku hangin. Ada je yang kadang2 buat aku geram..hehe.. Tapi, dia la yang paling rapat dalam hati ni. I won't called her my friend because deep down, she's my KAKAK just like ALONG (Nurul Ain Kahar) to me.


p/s: Everyone plays an important role in my heart. I love them to bits. A memory worth to remember :)

Saturday, February 5, 2011

(2) impErfEction!

The meaning of my blog name... hmmm... sesungguhnya walaupun kita manusia ni dilahirkan sempurna pada lahiriahnya tapi banyak benda yang tak sempurna pada perangai. I admit my imperfections.

Nama blog ni pon sebagai mengingatkan aku betapa tak perfectnya aku sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai kawan dan sebagai adik @ kakak. Manusia kan... selalu buat silap yang kadang2 kita tak perasan.

Pastu, sebab lain nama imperfection ni timbul; masa tu ada orang tak puas hati cara aku berkawan ngan dia sampaikan kami putus sahabat. Tapi tu cerita lama. Malas nak bukak cerita lama and lagipun masing2 dah teruskan hidup masing2.

But, the blog's name stays. I won't change it. I am still -- impErFect --

p/s: Itu je.

Friday, February 4, 2011

(1) 15 facts about me


Gambar ni amek time pi naik Skybridge KLCC bulan lepas kalo tak silap. So, takde la baru mana. When I said, saya sangat malas sekarang, semua pon jadi malas. Even nak bergambar pon malas. Typical sungguh.

Next, fakta tentang Puan Elanie plak :P *ada edit sket2*

  1. Kalo orang tanya kat aku, ape makna nama 'Elanie' tu, aku akan jawab yang aku sendiri tak tau. Yang pilih nama tu adalah Ibu ngan Abah. Ibu kata dia amek dari sebuah buku and nama tu bermaksud 'bijaksana'. Bijak ke aku? hehe ;P
  2. Suka sangat makan ikan masak sweet and sour masa kecik2 dulu. Sampaikan Ibu kena masak 2 jenis ikan bila sekali masak. Ikan kicap untuk abang and ikan sweet & sour untuk aku. Kalo pi jalan2 pon Ibu kena bawak bekal sebab kami tak makan lauk lain.
  3. Tak suka makan lauk masak lemak dan masak lemak cili padi KECUALI masak lemak nenas dengan ikan masin yang Ibu masak. Yang lain2 tu, geli tekak nak telan.
  4. Tak suka makan laksa penang, laksa assam atau ape2 je laksa yang guna mee laksa yang kenyal2 tu. Kalo nak makan laksa, prefer style yang Ibu masak dan HANYA makan dengan mee spageti jenis 'angel hair' yang halus2 tu. Ye, saya memang pelik sket bab2 makan ni.
  5. I have a sweet teeth. Suka makan kek, pastri or coklat. But NEVER chocolate ice cream.
  6. Never had a boyfriend sampaila berjumpa ngan encik hubby. He's my first love :) And hopefully he will be the last. And I am now a married woman, married to my first love; then and now only boyfriend, Encik Qhohar Mahamat ♥
  7. Suka buli orang yang rapat ngan diri ni. Contohnya macam buli adik bongsu, encik hubby juga kena tempias, kak Aina, ngan Alang. Hehe ;D
  8. Aku ni biasa je. Tapi ada orang kata aku garang. Adik sepupu kata aku garang. Aiseh... garang bertempat la. Dah hang buat sepah/ buat hal depan mata aku, hangin la kan... Tapi kalo yang sekepala, ok je.
  9. I am never good with kids. But, trying bit by bit sebab dah nak jadi mak budak dah ni :)) ngee~~
  10. Aku ada ramai kawan. Tapi tak ramai kawan baik or kawan rapat. Never judge your circle or friends by how many yang ada dalam friendlist FB anda. Kawan tak semestinya sahabat. Sahabat lebih dekat dengan hati. I only have 8 BFF. I know I can count on them and vice versa.
  11. Ada orang kata aku pendiam. Pendiam? Really? For those who knew me well, I am quite a chatterbox. Susah nak benti bila dah bercakap :P
  12. I LOVE art. Love DIY tapi time preggy ni takde mood untuk itu semua. Hopefully masa BFF kawen bulan 5 ni, mood itu datang semula sebab dia mintak tolong buatkan centerpiece meja makan tetamu :) InsyaAllah...
  13. Tak suka pakai mekap. Ni masa preggy lagi lah pemalas, setakat pakai pelembab muka and lipstick.
  14. Tak suka tengok cerita hantu. Yang komedi atau yang betul2 macam real.
  15. I LOVE reading. Tapi jangan bagi buku sekolah, memang ZzzZZzz...

p/s: Memula macam tak tau cukup tak 15 fakta sebab rasa macam susah. But towards the end, eh eh... rasanya kalo bagi swuh letak 20 pon ada lagi nak kongsi kat sini. haha... Tapi takpela, 15 pon dah buat aku sakit punggung duk depan lappy nih.

re: 30 days challenge

Ha, memandangkan sekarang ni datang mood/ bulan malas untuk aku; so, I've decided nak buat cabaran 30 hari untuk entry2 aku. Yesterday ronda2 kat blog F@nna, terbaca pasal entry dia yang 30 days challenge tu and excited plak. Ye ar, for me yang sangat, sangat dan sangat malas nak update ape2 pasal life sendiri, ni antara yang termampu nak buat. Silap2 dari aku buat everyday challenge, jadi autopost je. ngeee~~~

Ni la 30 cabaran tu:>

Day 1 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 2 - The meaning behind your blog's name
Day 3 - A picture of you and your friends
Day 4 - A habit that you wish you didn't have
Day 5 - A picture of somewhere you've been to
Day 6 - Favorite superhero and why?
Day 7 - A picture of someone/something that has a big impact on you
Day 8 - Short term goals for this month and why
Day 9 - Something you're proud of in the past few days
Day 10 - Songs you listen to when you're happy, sad, bored, hyped, mad
Day 11 - Another picture of you and your friends
Day 12 - How you found out about blog and why you made one
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 - A picture of you and your family
Day 15 - Put your ipod in shuffle. First 10 songs that play
Day 16 - Another picture of yourself
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why?
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them?
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in future
Day 21 - A picture of something that makes you happy
Day 22 - What makes you different from everyone else?
Day 23 - Something you crave for a lot
Day 24 - A letter for your parents
Day 25 - What would i find in your bag?
Day 26 - What do you think about your friends?
Day 27 - Why are you doing this 30 days challenge?
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 - In this past month, what have you learned
Day 30 - Who are you?