Wednesday, August 5, 2009

1st August

Permulaan bulan Ogos yang best sebab aku pi dating ngan Cik Abang. Ala...dating kat Titiwangsa je. Pusing-pusing kat situ ngan dia, makan cendol (kacang merah aku sume aku letak dalam bowl dia...hehe, sian dia, ceduk-ceduk je kacang merah), makan aiskem, makan buah... First time lama tu kuar dating ngan dia. Dari kul 1030pg smpai 230ptg (before ni kuar lama tapi tengok wayang). Kali ni penuh ngan borak... dan diganggu mesej yang masuk kat hp aku ni (sorry Abang) sebab petang tu janji nak kuar ngan LiyanaRoxx, aTiQue dan YesO.

Tapi masa nak balik tu, dapat tau cermin belakang kereta Abang (cermin belakang sebelah driver) kena pecah. Risau gak. Tapi aku pon terlupa nak agak kenapa dipecahkan. Aku balik, Abang pi cari kedai cermin. Plan Abang nak balik kampung petang tu terpaksa dilewatkan sket sebab sebuk pasang cermin tu sendiri dengan kemas seat belakang dia yang penuh ngan serpihan kaca.

Petang sket, Abang mesej aku bagitau yang rupenye Videocam dia yang dia letak kat seat belakang tu hilang kena curi, termasuklah beg CD dia. Alhamdulillah kitorang decided nak balik awal sket. Agaknya kalo lambat sket, mesti CD player abang pon orang tu curi. Yelah, kalo beg CD pon dia amek, tak mustahil player pon dah dalam perancangan untuk dicuri jugakkan?

Aku rasa bersalah sebenarnya sebab terlupa nak ingatkan Abang untuk bawak Videocam dia sekali masa kitorang nak jalan-jalan kat taman lepas makan cendol tu. Huhu... dahlah free-free pencuri tu dapat tengok video aku dalam Videocam Abang (tapi bukan video bukan-bukan eh... setakat cakap 'hai', cakap itu ini; dah). Cakap ke aTiQue ngan LiyanaRoxx, sempat dorang buat lawak cakap, 'lepas ni kita cari kat YouTube, satu perkataan je, 'Titiwangsa' mesti ada video Nanie. Wahh... terkenal la ko lepas ni, Nanie'. Ceh, sempat lagi kena kan aku!

p/s: Huhu... sedih aku... rasa sangat bersalah ngan Abang. Kalo aku ingat nak ingatkan dia bawak videocam tu, mesti videocam dia tak hilang :(

3 comments:

Liyana said...

kahkahkah...ayat last xleh lupa ar nanie!!!

BERBEKALKAN SATU PERKATAAN "TITIWANGSA" EK?

muahahahaha!
atique start dulu...bukan ana tau!=p

f@nna said...

sayangnye video cam tu huhu..tapi ade la tu hikmah die kat mane2 kite tak tau kan ;)

tapi part yang atiqah dgn liyana cakap tu memang tak leh tahan la heheh...pas ni gi yuu tiub,taip titiwangsa ngehngehngehhh..

cheer up ok! ;p

elanie*Q said...

Liyanaroxx: poyo ar korang nih. Mentang2 kat dlm cter The Proposal tu ader sentuh psl 'YouTube' tu, dan-dan nak kenakan nanie. Pandai eh??? siap korang! ;p

f@nna: tu lah, Abang siap gelak ms dia ckp vidcam dia hilang. Nanie yg tak puas hati. Tapi, mgkin rezeki pencuri tu kot (rezeki hang tak halal!). But, hopefully, takde la nanie kat YouTube tuh. wahahaha...