Friday, August 21, 2009

countdown

Yeay!!! dah pukul 0047am dah; bermakna sekarang ni dah masuk 210809, Jumaat. Petang ni Abah ajak balik kampung. Sahur yang pertama dalam bulan Ramadhan di kampung. Perasaan? Sama je.

Sabtu 220809 dah mula puasa. Abah nak siapkan aktiviti mengecat rumah. Esoknya, Ahad 230809, balik KL pagi, sebab petang takut jalan sesak dan Abang aku pon dah cakap awal-awal nak buka sama-sama kat umah (dia ni konpem datang sebab nak merasa makan roti jala kat Taman Watan tu -- WAJIB tiap kali puasa -- Aku yang muak tengok Roti Jala tu).

Dan... petang Ahad nanti Cik Abang saya balik KL setelah 2 minggu berada di kampung menemankan Mak dia. Dia dah ajak jumpa bulan ramadhan ni. Aku pnah cakap ke dia sebelum ni, InsyaAllah. Dia tegur sebab gaya aku macam takmau jumpa je. Hehe :) 'Bukan macam tu sayang, cuma, betullah, kalo diizinkan kita jumpa jugak'.

Aku kalo boleh memang nak jumpa dia. RINDU! Mengaku pon. Ye lah, sepanjang dia cuti ni, jarang dapat dengar suara dia. Kalo tak, selalu pagi-pagi dia dah buat wake up call, pagi-pagi dah dengar suara dia, pagi-pagi dah dapat semangat nak buat keje, pagi-pagi lagi dah terubat rindu pada dia.

p/s: Tak sabar nak tunggu 'kiriman' saya sampai ;D Lagi 3 hari!

No comments: