Hari ni sebenarnya plan nak sambung tesis sikit. Konon la kan???
Know what happened?
Pagi-pagi lepas mandi, pi basuh baju (pakai mesin basuh ye). Dah masuk dapur, kemas-kemas ape yang patut (Pn. Yang nak balik dari kampung hari ni, ofis beliau perlu di bersihkan sehingga menepati piawaian ISO... kalo tak, zassss... pedih telinga!), kemas meja makan, sidai kain, dan sempat siapkan tugasan meng'kelim' baju kurung (dapat dua pasang. Weehooo~).
Pastu aku terasa nak mesej Abah, tanya nak balik kul brape. Tup-tup dia kata dorang dah kat Tangkak! Okeh, I have 1 1/2 hours untuk settle kemaskan umah (bukannya berserabut pon, tapi... Ibu aku tu, kalo nampak habuk sikit pon bising sebab dia rabun dekat. Hahaha).
Lepas tu, pi sapu lantai luar umah -depan pintu sampai luar gate- (part ni memang wajib everyday), lap kereta, itu ini... Aku duduk je, dapat la tengok tv dalam setengah jam, aku dengar hon kete Abah! Fuh~ lega aku dah siap kemas sume!!!
Ibu ajak makan Nando's kat Jusco Maluri. Dah jejak kaki kat situ, sudah pastilah tangan menggapai ape yang patut, sebab dah dapat green light dari Bos! hehe... Punya la ramai orang beratur kat kaunter (Ibu beli blouse sehelai, aku beli dua helai cardigans -dah lama cari, baru berkenan kali ni-).
Hmm, pas makan balik. Tapi, baju yang ibu beli tak muat plak. Huhuhu :( Lepas Zuhur Ibu ajak pi Jusco semula nak tukar saiz. Pegi lagi. Tapi aku sorang je masuk, parked kete kat luar dan Ibu tunggu. Sempat plak aku gapai lagi sehelai baju dari Nicole~ hehehe ;D Kalo tak kerana datang semula, aku tak beli pon baju tu ;p
p/s: Sampai la sekarang ni... aku tak sentuh pon tesis aku. My plan went haywire dah... huhu =(
No comments:
Post a Comment