Semalam teman Along pi SY***S (Syarikat B*****n A** Selangor) kat Bangsar. Erm, well... selalunya aku ni bab-bab nak kena deal ngan pejabat nih, aku malas sket. Sebabnya, of course la tak leh nak pakai t-shirt je kan? Kalo boleh, aku dah redah pi SYABAS tu semalam dengan hanya pakai t-shirt dan jeans. Tapi memandangkan kami ni membawa nama UKM jugak, so... jadi la lady like. Pakai blouse ngan slacks. Adoiyaiii...
Part yang aku lemah bila kena pakai blouse ni, sebab nanti nampak ayu (takde la aku nak kata aku ni ayu, cuma the idea of wearing a blouse tu membuatkan aku rimas. Rasa terbatas pergerakan aku nak kesana kemari. huhu)... Pagi tu bila Abang tepon tanya nanti nak pakai baju ape, dia cakap '... alahaiii...macam mana la Cuk pakai blouse, kan?...' Haish... Yelah, banyak kali jumpa dia pon aku sempoi je ('terima cuk seadanya ok?' hehe). Haruslah t-shirt yang besar-besar ngan jeans. Tudung pon selempang je, malas nak pikir banyak.
So, semalam masa masuk compound SY***S tu, aku dah cuak sebab tengok ada palang. Kot-kot guard kat situ nak kami turun tinggalkan lesen ke, kad matriks ke kan... Lawak giler masa aku berhentikan kereta depan pondok pengawal tu. Along dah suruh jalan je, aku yang kalut sebab tak biasa sistem SY***S. Dan-dan aku turunkan tingkap belah Along, guard I kat situ pon tanyalah kami nak kemana. 'Ala... comel la plak guard ni'. Aku tak pandang sangat dia sebab kalut tak habis lagi (haha), aku perasan dia ada tahi lalat pemanis kat pipi belah kanan dia, macam tahi lalat Abang (rindu kat Cik Abang saya... huhu) =(
Masa nak parked kete tu pon datang kalut aku jugak sebab parking semua penuh untuk pelawat. Jadinya Along swuh parking gaya Ayah dia yang salu datang situ. Aku risau sebab karang silap-silap kena clamp tayar, tu yang aku malas tu. Lepas je parked kete, guard I yang attend kami tu, jalan ke arah kete aku. Risau sebab takut takleh parked kat situ. Dan-dan aku buat muka gaya macam bertanya 'boleh?' (walaupon masa tu aku dalam kete lagi), guard tu angguk siap buat thumbs up weh! haha... Aku pon senyum la ke guard tu... Hihihi... Boleh tahan gatal gaks aku ni (Abang, jangan risau, Cuk setia kat Abang sorang je :D).
Itu ini, settle semua, kami pon nak balik, lalu lagi kat pondok pengawal tu. Ada dua orang guard; guard I (yang attend kami awal-awal tu membelakangkan kete aku) dan guard II. Aku angkat tangan kat guard I, guard II cepat-cepat toleh kat kami. Hahaha... Nak ngorat Along la tu, tahi lalat Along dah berkata-kata semula! ;D
Terus kami ke Mid. Saje nak makan-makan dan borak-borak. Nak luahkan perasaan kat Along. Banyak benda nak citer kat dia. Walau ramai mana yang tanya aku pasal banyak benda yang membebankan otak aku akhir-akhir ni dan aku dah luahkan, tapi penutupnya mesti pada Along. Baru lepas tu otak jadi ringan. 'Thank you, Along! Sayang kamu!!!' :D
p/s: Jarang dapat jumpa Along sekarang ni sebab dah tak dok kolej. Kalo semester lepas dok kolej, jarang otak aku nak berserabut, sebab ada Along. So, ada masa jumpa dia, memang lepas semua lah.
No comments:
Post a Comment