Wednesday, August 5, 2009

Persidangan Kawalan Denggi

28 hingga 29 Julai (Selasa dan Rabu minggu lepas) ritu aku kena pi Persidangan Kawalan Denggi kat Nilai Spring Resort Hotel, Putra Nilai. Pagi tu amek Kak Ani kat masjid UKM, trus gerak pi Nilai. Sampai punyalah awal, and me being me, sekali dah masuk dewan, dah duduk, malas nak keluar lagi dah. Tak boleh nak check-in lagi, kena tunggu Dr. Er (ye, aku sebilik ngan Kak Ani dan lecturer aku!) dan time check-in lepas kul 2ptg.

First day tu sampai la ke petang aku memang duk dalam dewan je. Sejukkkk sangat dalam dewan tu sampai jari-jari aku ni rasa macam membengkak! Makin lama, aku rasa aircond yang ada kat situ makin direndahkan suhunya. Kalo dalam kelas nih, aku rasa aircond dah dimatikan dah. Brrr... Sepanjang hari tu bila dah sejuk sangat, aku dah tak leh nak fokus apekebende yang dicelotehkan presenter semua. Tahap mengantuk dah tak usah disebut; asyik dok cover menguap je. Nak hilangkan mengantuk tu, buat alasan main mesej ngan Cik Abang aku. Tapi masa tu pon, jari aku ni dah rasa kebas len macam. Hehe... (owh, lecturer aku pon cakap yang dia mengantuk masa dengar presentation petang tu... bukan aku sorang ok?).

Malam tu ada lawatan ke Nilai Perdana, nak tengok komuniti COMBI (untuk Denggi) kat kawasan perumahan. Sebelum naik bas, ada sorang peserta lelaki persidangan tu asyik dok pandang aku (entah Doktor, entah MO, entah KKM punya orang ke, who cares!). Aku kepelikkan sendiri sebabnya, aku dok risau kat muka aku ada tahi hidung terlekat ke, ada ubat gigi terlekat kat tudung ke... Pandang macam... entah? Owh, abaikan...

Balik dari lawatan malam tu, aku offer nak bawak lecturer aku pi makan malam. Ye lah, lapar weh... Dah tak tahan sangat. Naseb aku memang drive sendiri pi Nilai tu. Balik makan, terus gedebum! Tido~ tapi malam tu tido pon asyik tersedar je. Kul 5pg aku bangun, 'Ish, cepatla sikit kul 6pg nih'. Dah pukul 6pg, 'Ish, cepatla pukul 630pg... nak mandi'. Last-last tak boleh tahan, 620pg aku bangun nak masak air panas. Bangun je baru nak isi air, Abang tepon! Mintak dia tepon semula sebab aku nak masak air jap, baring semula, tutup kepala ngan bantal (sebab takut buat bising). Borak ngan Abang dalam 15min, nak dekat kul 7pg lepas hang up, aku pi mandi. Kuar je toilet, hp aku berbunyi, tak sempat nak angkat. Aku tau sape yang tepon sebab aku assign tone (Cik Abang; Marie Digby - Say It Again). Lepas je aku siap pakai baju, Abang call balik. Adeh~ Masa ni aku duduk kat katil membelakangkan lecturer aku (naseb masa tu Dr. Er memang nak pi mandi dah). Malu la ngan dia sebab sebelum ni dia tau aku single mingle lagi.

Pi turun sarapan pon lambat, siap kemas-kemas beg dulu sebab buat keputusan nak check out kul 10pg (last check out kul 1ptg tp sebab takut TERlambat, dan dahla servis LEMBAB giler, silap-silap kena charge half day lagi plak). Masa pi breakfast tu pon terserempak ngan peserta lelaki yang sama aku jumpa malam semalam nye tu. Dia masih pandang aku macam... ntah? Aku tunduk je ar. Dah la tak kenal, tetibe nak pandang macam tu.

Masuk dewan pon lambat. Naseb pagi-pagi dah dengar suara Cik Abang, so, hari ni bersemangat sket dengar Planeri + Simposium tu. Tak mengantuk jugaks! Well done, Nanie! hehe... Ha, aku masuk dewan tu pon terserempak ngan peserta lelaki yang sama, dia masih pandang aku dengan pandangan yang sama; 'haish, ada makanan terlekat kat baju aku ke?'...

Masa minum pagi kul 10pg tu, aku, Kak Ani ngan Dr. Er siap-siap kemas barang kat bilik, nak bawak barang turun ke kereta aku dan check out sekali. Untuk kesekian kalinya, aku ngan Kak Ani masuk dewan lewat lagi. Terserempak ngan peserta lelaki tu jugak (dah sebab memang kena lalu belakang kerusi dia kalo nak ke tempat duduk aku), pon dia masih pandang aku macam tu jugaks. Naseb baik la aku ni jenis setia tau, kalo tidak, dah lama aku berhenti kat meja dia, bagi no phone aku (pandang, pandang awat?)... Hahaha...macam berani je, aku ni cakap je lebih, no action pon ;p (Abang, dun worry ok, Cuk sayang Abang sorang je).

And, akhirnya lecturer aku decide nak balik awal. Malas nak tunggu majlis penutup kul 3ptg tu. Aku cakap macam tu sebab dia mintak aku tolong hantarkan ke Komuter UKM, so, balik awal sekali ngan dia la...lalalala~ Balik tu, sempat dating ngan Abang kat Titiwangsa. Dah la pakai baju kurung. Hurmm... malu ai tau! Tapi... layan je la... Janji aku dapat jumpa dia. Rindu~

No comments: