Friday, August 14, 2009

cookies+ovEn baru

Hari tu aku dah pi survey oven kat CarreF**r. Nak yang mana satu ye? Yang itu, yang ini... yang pasti nak beli yang betul-betul punya. Yang macam dulu Ibu beli, elok je segala kek, biskut, cupcakes masak dalam tu sampai la oven tu rosak, Abah belikan yang lain. Dan... sangat menyampah aku pakai oven yang baru, tak brapa nak baru tu. Huh!

Suka-suka oven tu je nak bakar kek, biskut, cupcakes aku tau! Bakar pakai oven tu kena tengok selalu sebab dia tak ikut timing biasa oven-oven lain. Dah tukar macam mana pon, tetap tak mau ikut kepala kita, oven tu ikut sedap dia je. Kadang-kadang oven lama bakar kek 1 jam dah masak, oven yang ni 1 1/2 jam pon masih ada yang part tak masak. Sebab tu sekarang aku banyak buat kek kukus je (memang lagi best pon berbanding yang bakar). Tapi... nak sampai raya ni, mana ader orang buat biskut raya pakai kukus weh??? Giler ke hape?

So, hari tu aku ugut Abah (wahaha...ugut la sangat) -- 'Abah kalo tak tukar oven kat belakang tu, puasa ni Nanie tak nak buat kueh raya~' ha...kan puas hati aku... Ibu konpem la akan menang kan aku sebab dia pon memang pass pada aku je bab-bab buat kueh raya ni, dah malas nak order kat kawan-kawan dia. Sebab kadang-kadang mahal je lebih, tapi sikit je amaun kueh. Baik aku buat sendiri, ye tak? Puas hati. period.

p/s: Abah, I want new oven!!! Come, let's go buy a new one! Anakanda sangat memerlukan oven yang baru lagi best itu. hahaha ;D

2 comments:

f@nna said...

wahh betambah2 semangat la nak bikin kuih raye kan dengan oven baru hihi ;p

tak leh bayangkan kuih raya kalo kukus. sampai tua pun tak masak kot hahaha

elanie*Q said...

hahaha...tau xpe. Tak pernah dibuat orang biskut tu dikukus! tak sabar dah nak ajak abah pi cari oven baru. huhu...