Monday, August 24, 2009

what I am (part III)

... I'm a PERFECT MELANCHOLY with a taste of POWERFUL CHOLERIC!

Time sekolah : Perfect Melancholy
Time UiTM : Choleric + sedikit je melancholy
Time UKM (sekarang) : Dominan pada kedua-dua nya.

Zaman sekolah dulu, aku ni sangat teratur tapi bukan teratur bab baca buku sekolah la. Sangat suka art tapi abah tak bagi amek subject art untuk SPM. Fine by me. Tapi aku diberi kepercayaan buat background untuk Teater Sejarah Kemerdekaan guna cat Pelaka. Banyak idea tapi aku tak suka tunjuk idea aku pada orang. Dan dulu masa aku sekolah, memang aku perlukan support dari kawan tapi aku lebih kepada dengar problem orang berbanding aku kongsi problem aku.

Zaman UiTM dulu ada banyak groupwork yang memerlukan ramai orang dalam satu- satu group ni. Kadang-kadang sampai 6-7 orang. Aku bukan ketua kumpulan tapi aku rasa aku lebih banyak terlibat dalam mengumpulkan ahli kumpulan aku yang lain untuk paksa dorang buat. Well, nak tak nak, terpaksa guna cara PAKSAAN sebab bila kita dah keje dalam satu kumpulan yang agak besar, kadang-kadang ada ahli yang lepas tangan, jadinya, MANA BOLEH! Sebab ini markah kumpulan kan? huhu. Sori kawan-kawan. Sikit je Melancholy sebab aku selalu diberi tugas edit keje. TOLONG la weh!!! Jangan la bagi aku buat keje-keje edit ni last minit sebelum keje perlu dihantar. Jamin keje takkan siap on-time! Kalo nak jugak, buat cepat-cepat supaya aku ada banyak masa nak betulkan semua yang silap. Aku sangat perfectionist masa kat UiTM, sampai aku yang stress melampau sebab sume keje atas bahu aku.

Zaman UKM, aku lebih kepada Melancholy sebab aku banyak dugaan yang berbentuk mental. Padahal aku tau 80% dari kes tu tak melibatkan aku, tapi aku suka analisa segala benda. Last-last pening kepala. Masa kat UKM ni, aku perlukan banyak support dari kengkawan (lama dan baru) dan Alhamdulillah masa tu memang aku ada sahabat yang jadi tulang belakang aku; fulltime supporter! Terima kasih u all! Bila aku kenal kawan kat UKM yang sekarang ni aku panggil Along, Bong dan Alang tu, aku lebih sensitif pada kehendak kawan-kawan aku. Pada semua dikeliling aku. Try nak selesaikan masalah kawan-kawan aku, walaupon hanya dengan memberi pendapat. At least, I tried something kan? Dan aku nak angkat bakul nih; aku memang jenis yang setia pada seseorang dan aku ada gerak hati yang kuat. Hmmm... Untuk choleric yang sekarang ni pon sama-sama dominan ngan melancholy; aku yang konon-kononnya dilahirkan sebagai ketua nih, kalo aku nak itu, itulah yang aku akan dapat kan jugak. It's quite stressful la sebab banyak benda yang kita nak tu kadangkala tak macam orang len harapkan. Satu hal plak aku kena yakinkan orang len dengan keputusan aku tu dan aku tak mudah untuk senang-senang terima 'NO' dari orang lain. Sebab tu aku banyak bermain dengan soalan 'KENAPA' (dalam entry 'what I am part II' ). Aku tak mudah puas hati dengan jawapan orang len.

Now, my melancholy and choleric sides lebih kepada cara aku di tempat kerja dan sebagai seorang kawan (untuk choleric, tolak part yang aku hanya perlukan sikit je kawan dalam hidup aku. NO, NO... Aku sangat-sangat perlukan dorang weh! Tanpa dorang, pengsan aku!) Emosi aku dominan pada dua-dua tu.

p/s: Amacam nih? Huhu... Well, aku kena belajar untuk seimbang kan kedua-dua nya. Macam takde emosi plak kalau dominan pada melancholy dan choleric tu. Sebab Melancholy ni senang rasa hepi, senang rasa down. Choleric plak takde perasaan. Boleh bayangkan tak bila aku rasa hepi dan sedih, aku sentiasa buat muka blurrr je? Ye lah, orang takde perasaan~ huhu... Sadis!

No comments: