Monday, August 24, 2009

3rd Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke-3 berpuasa. Ye, aku sepatutnya dah boleh dapat 2 hari puasa dah semalam tapi... biasa la kan, perempuan, camni la. Paham-paham je lah, takkan aku nak cerita detail dalam ni kot?

Hari ni lepak kat umah je. Nak siapkan sikit bab 1 tesis aku yang ada lagi sikit nak tambah tu. Then plan hari ni nak buat Cheese Cake! Hari tu masa jumpa kawan aTiQue, boleh pulak si aTiQue ni cakap yang kawan dia tu terror buat Cheese Cake. Aku plak masa tu memang dalam masa nak 'cuti', memang la rasa semua benda aku nak makan. Jadinya, Jumaat ritu aku dah beli segala bahan nak buat Cheese Cake, tapi tak sempat buat sebab petang Jumaat aku ikut balik kampung.

So, plan tu diubah pada hari ini bila aku pon boleh 'merasa-rasa' makanan! Wehhhooo~ Ha... peringatan untuk sesape yang tengah puasa tu, jangan terliur plak baca entry aku ni. Aku kes lain, korang yang puasa tu, teruskan puasa korang yerr? Heee~

p/s: Yeay!!! Cheese Cake Oreo yang memanggil-manggil namaku~

No comments: