Friday, August 28, 2009

ovEn baru!

Plan hari ni nak tukar langsir rumah Ampang ni, lepas tu nak pi Car**f*** untuk beli OVEN BARU!!! Yeay!!! Hajat nak tukar oven baru akan tercapai dalam beberapa jam lagi. Wehooo~ Kali ni mintak oven yang besar dari Abah sebab aku yang nak buat kueh nyer, aku tau la bajet tiap kali nak bakar tu banyak mana kan? Hehe ;p Gila buat senyum jahat kat Abah ;)

p/s: Menu kueh raya tahun ni biasalah macam tahun-tahun lepas --> Biskut Cornflakes (yang ni konpem menjilat jari), biskut Choc Chips. Owh, ada resepi muffin baru yang aku nak try. Tak sabar!

menu puasa

Ececeh~ Konon puasa la kan? Hehe;p

Yang penting aku tolong pi bazaar Ramadhan dah beberapa hari ni. Cik Abang kata tak puasa tak baik join berbuka ngan orang yang puasa. Tapi excuse baik punyer aku bagi kat dia. Nasib alasan boleh diterima ;p Haha ;D

Biasalah tiap-tiap kali Ramadhan ni, kami sekeluarga memang beli je dari bazaar (tolak menu untuk sahur, yang itu Ibu masak). Jarang la Ibu masak untuk berbuka kecuali tetibe angin dia nak berubah.

Menu faveret time-time puasa ni; haruslah Teh O Ais Limau (aku buat nih), Abah suka beli sambosa, roti john ngan kebab Melawati. Aku plak ske sangat ---> MURTABAK!!!

Nyum, nyummm... murtabak... Yang ini kalo 30 hari puasa, aku dapat yang ini je dah cukup dah. Konpem! Menu lain takde takpe, yang ini pasti~

p/s: Menu asal yang Abah suka sangat cari time puasa ni sebenarnya Roti Jala kat Taman Sri Ampang tu. Tapi kedai tu dah tak bukak lagi sebabnya tokey kedai tu sudah meninggal dunia, 2 tahun lepas. 'Owh pakcik, Abah saya merindui Roti Jala mu~'

Wednesday, August 26, 2009

lepas rindu~

Semalam... jeng, jeng, jeng...

Dah jumpa Cik Abang dah! Uhuu... semalam kebetulan kami pakai baju sama warna ;)

Ahhh... rindu btul tak jumpa dia dua minggu tu. Siyes nih. Bila dah jumpa semalam walaupon hanya dalam masa sejam, berkurang sikit rasa yang terpendam kat hati ni. Ececeh~ Ayat jiwang karat ni. Hehe...

Tapi, masih rindu lagi. Cuma dah rasa lega sebab keadaan dah kembali seperti asal. Pagi-pagi dapat dengar suara dia, pagi-pagi dia dah kejut swuh bangun. Ala, sebelum ni aku biasa je pon mengejut diri sendiri untuk bangun sebab aku jenis senang nak bangun pagi. Tapi, iyelah, benda simple je yang dia buat, rasa terharu sungguh! 'Tq sayang!'

Sebabnye aku sendiri tak reti mintak dia buat yang bukan-bukan, yang jauh dari kemampuan dia. Yang penting, dia buat semua benda tu ikhlas dari diri dia sendiri. Aku sendiri pon jauh dari perfect, jadinya, buat ape aku nak mengharap yang dia perfect, takde cacat celanya, kan? Hidup ni kena berpijak di bumi yang nyata.

Bila Cik Abang kata yang dia puas dapat jumpa aku semalam, lepas pon rindu sebab dua minggu tak jumpa; aku jawab dengan straightforward nyer yang sebenarnya dua minggu tu aku rasa kehilangan sangat, sebab banyak benda yang selalu kitorang buat macam berborak waktu pagi sebelum dia pi keje, dia tak dapat nak buat sebab risau Tok dia dengar. huhu =P Rasa kureng sket la life ni. Hmmm... Hepi tetap hepi, cuma ada kureng sket~ hehe ;D

p/s: But, finally I got him back! That's good enough for me.

Tuesday, August 25, 2009

4th Ramadhan

Aiyayyayyy~

Aku ni sebuk je buat countdown puasa dalam ni. Dah la tengah tak pose, hahaha ;D

Siyes, aku sangat malas time-time 'cuti' cenggini. Hari ni plan memang nak pi UKM. Nak buat keje. Tapi, sebelum kuar umah, nak tinggalkan si Eli kat umah sensorang, aku kena settlekan banyak benda. Dari sidai kain, lipat kain semalam yang masih berbaki sebab semalam tak kering sangat, itu ini, tengok-tengok jam dah pukul 930pg. Hmm... alang-alang dah lambat, aku trus settlekan edit tesis aku, print trus, senang citer. Sekurang-kurangnya datang UKM nanti tak payah pi CC nak print kan?

Around kul 1020pg aku baru gerak pi UKM, disebabkan memang dah tersangat lambat dan masa sampai pon dah panas, aku decide tak jadi lepak library. Duk kat billik Alang je, konon- konon nak siapkan poster Perubahan Iklim tu; tapi masih ada 2-3 bahan yang RA lecturer aku tak attached sekali kat emel. So, baru dapat buat 3/4. Kira oklah.

Plan hari ni ingat nak jumpa lecturer aku petang ni pon tak jadi sebab dia kata dia free lepas pukul 5ptg, so, buhbye jela (time puasa ni jalan EXTRA jammed okeh). Jumpa esok trus lagi senang, after 130ptg dia kata dia free. Lagipun, janji nak jumpa ngan buah hati around kul 320ptg camtu. InsyaAllah jadi jumpa hari ni.

p/s: Ngantuk time pepanas ni buat keje =P

Monday, August 24, 2009

huh!

Hurm... hari ni tak jadi pon buat Cheese Cake. Bertangguh lagi. Well, bukan salah aku pon. Masalahnya bahan tak cukup weh. Dah start nak buat based untuk kek, tetibe Cream Cheese untuk filling tu tak cukup. Kalo tak cukup, dan aku tukar guna bahan lain, tak jadilah nama CHEESE cake kan? Adeh~

Dah la dengan takde kete kat umah, duit pon tak ditinggal kan untuk aku ngan adik aku; jadinya, plan buat Cheese Cake musnah la... huhu :(

p/s: Uihhh... pantang btul kalo plan aku berubah. Trus takde mood nak buat ape-ape untuk hari ni.

perasaan?

Kalo ikut personaliti Powerful Choleric aku, aku ni orang yang takde perasaan. Ehem! Mana boleh jadi macam ni. Aku dah perlu berubah dah sekarang ni, kena seimbang kan ape yang patut, mana best life takde perasaan kan? Well, hidup kena lebih positif, benda-benda negatif ni kena letak tepi dah, buang masa je melayan benda yang boleh buat diri kita sendiri jatuh, kan?

Hari ni aku nak luahkan perasaan aku pada orang sekeliling~
  1. Nanie sayang Ibu, Abah, Eli, Abang Arief, Kak Lin + Myra! Sayanggggg sangat pada kamu! I know I cannot live in this world without you~
  2. Cuk sayang buah hati Cuk yang sorang ni (Nak sebut nama boleh? - Mohd. Qhohar -).
  3. Nanie sayang giler kat kawan-kawan rapat Nanie ni --> aTiQue, LiyanaRoxx (beb, aku sayang korang sangat, korang hidup aku...sedih plak rasanya), Tj, YesO, Killeroses.
  4. Angah sayangggg sangat kat adik beradik (lain mak, lain bapak) Angah ni --> Along (thanx for being there for me thru ups and downs), Alang (yang dah pandai kenakan orang sekarang ni), Bong (Angah tau mesti Bong geli dengar kan? hahaha).
Orang yang kenal aku dulu-dulu, aku jenis takkan sebut benda-benda macam ni depan orang lain. Well, ada pepatah mengatakan bahawa, the things you don't tell, people won't know (benda yang kita tak sebut/ ungkapkan, orang lain takkan tau). Walaupon aku luahkan perasaan ni dalam blog je, dan orang sebenar tak dengar dari mulut aku sendiri, tapi, semua benda bermula dengan langkah yang kecik, kan? Kalo tak, takde la kita dapat pepatah -- Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit -- (haa... dah mula dah aku menganalisa pepatah Melayu nih).

p/s: Lega hati dah dapat luah semua. Esok-esok aku nak try cakap depan-depan plak ;)

3rd Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke-3 berpuasa. Ye, aku sepatutnya dah boleh dapat 2 hari puasa dah semalam tapi... biasa la kan, perempuan, camni la. Paham-paham je lah, takkan aku nak cerita detail dalam ni kot?

Hari ni lepak kat umah je. Nak siapkan sikit bab 1 tesis aku yang ada lagi sikit nak tambah tu. Then plan hari ni nak buat Cheese Cake! Hari tu masa jumpa kawan aTiQue, boleh pulak si aTiQue ni cakap yang kawan dia tu terror buat Cheese Cake. Aku plak masa tu memang dalam masa nak 'cuti', memang la rasa semua benda aku nak makan. Jadinya, Jumaat ritu aku dah beli segala bahan nak buat Cheese Cake, tapi tak sempat buat sebab petang Jumaat aku ikut balik kampung.

So, plan tu diubah pada hari ini bila aku pon boleh 'merasa-rasa' makanan! Wehhhooo~ Ha... peringatan untuk sesape yang tengah puasa tu, jangan terliur plak baca entry aku ni. Aku kes lain, korang yang puasa tu, teruskan puasa korang yerr? Heee~

p/s: Yeay!!! Cheese Cake Oreo yang memanggil-manggil namaku~

what I am (part III)

... I'm a PERFECT MELANCHOLY with a taste of POWERFUL CHOLERIC!

Time sekolah : Perfect Melancholy
Time UiTM : Choleric + sedikit je melancholy
Time UKM (sekarang) : Dominan pada kedua-dua nya.

Zaman sekolah dulu, aku ni sangat teratur tapi bukan teratur bab baca buku sekolah la. Sangat suka art tapi abah tak bagi amek subject art untuk SPM. Fine by me. Tapi aku diberi kepercayaan buat background untuk Teater Sejarah Kemerdekaan guna cat Pelaka. Banyak idea tapi aku tak suka tunjuk idea aku pada orang. Dan dulu masa aku sekolah, memang aku perlukan support dari kawan tapi aku lebih kepada dengar problem orang berbanding aku kongsi problem aku.

Zaman UiTM dulu ada banyak groupwork yang memerlukan ramai orang dalam satu- satu group ni. Kadang-kadang sampai 6-7 orang. Aku bukan ketua kumpulan tapi aku rasa aku lebih banyak terlibat dalam mengumpulkan ahli kumpulan aku yang lain untuk paksa dorang buat. Well, nak tak nak, terpaksa guna cara PAKSAAN sebab bila kita dah keje dalam satu kumpulan yang agak besar, kadang-kadang ada ahli yang lepas tangan, jadinya, MANA BOLEH! Sebab ini markah kumpulan kan? huhu. Sori kawan-kawan. Sikit je Melancholy sebab aku selalu diberi tugas edit keje. TOLONG la weh!!! Jangan la bagi aku buat keje-keje edit ni last minit sebelum keje perlu dihantar. Jamin keje takkan siap on-time! Kalo nak jugak, buat cepat-cepat supaya aku ada banyak masa nak betulkan semua yang silap. Aku sangat perfectionist masa kat UiTM, sampai aku yang stress melampau sebab sume keje atas bahu aku.

Zaman UKM, aku lebih kepada Melancholy sebab aku banyak dugaan yang berbentuk mental. Padahal aku tau 80% dari kes tu tak melibatkan aku, tapi aku suka analisa segala benda. Last-last pening kepala. Masa kat UKM ni, aku perlukan banyak support dari kengkawan (lama dan baru) dan Alhamdulillah masa tu memang aku ada sahabat yang jadi tulang belakang aku; fulltime supporter! Terima kasih u all! Bila aku kenal kawan kat UKM yang sekarang ni aku panggil Along, Bong dan Alang tu, aku lebih sensitif pada kehendak kawan-kawan aku. Pada semua dikeliling aku. Try nak selesaikan masalah kawan-kawan aku, walaupon hanya dengan memberi pendapat. At least, I tried something kan? Dan aku nak angkat bakul nih; aku memang jenis yang setia pada seseorang dan aku ada gerak hati yang kuat. Hmmm... Untuk choleric yang sekarang ni pon sama-sama dominan ngan melancholy; aku yang konon-kononnya dilahirkan sebagai ketua nih, kalo aku nak itu, itulah yang aku akan dapat kan jugak. It's quite stressful la sebab banyak benda yang kita nak tu kadangkala tak macam orang len harapkan. Satu hal plak aku kena yakinkan orang len dengan keputusan aku tu dan aku tak mudah untuk senang-senang terima 'NO' dari orang lain. Sebab tu aku banyak bermain dengan soalan 'KENAPA' (dalam entry 'what I am part II' ). Aku tak mudah puas hati dengan jawapan orang len.

Now, my melancholy and choleric sides lebih kepada cara aku di tempat kerja dan sebagai seorang kawan (untuk choleric, tolak part yang aku hanya perlukan sikit je kawan dalam hidup aku. NO, NO... Aku sangat-sangat perlukan dorang weh! Tanpa dorang, pengsan aku!) Emosi aku dominan pada dua-dua tu.

p/s: Amacam nih? Huhu... Well, aku kena belajar untuk seimbang kan kedua-dua nya. Macam takde emosi plak kalau dominan pada melancholy dan choleric tu. Sebab Melancholy ni senang rasa hepi, senang rasa down. Choleric plak takde perasaan. Boleh bayangkan tak bila aku rasa hepi dan sedih, aku sentiasa buat muka blurrr je? Ye lah, orang takde perasaan~ huhu... Sadis!

Saturday, August 22, 2009

tak sabar!

Ahhaaaaa...

Actually, saya di kampung. Yep, really nih, kat kampung. Now, baru je boleh connect to broadband. Kalo dulu, hampeh!

Nak bagitau ni, tak sabar nak tunggu next week! Why? Sebab:
  1. Abah nak belikan ovEn baru, for real! hihi ;D
  2. Saya boleh jumpa Cik Abang saya semula ;)
  3. Saya nak hantar bab tesis saya yang telah diedit.
Tu je. Hehe ;)

p/s: Yang penting sekali yang nombor 2 baru nombor 1 (ikut kepentingan).

Friday, August 21, 2009

janji

[mode: tengok Qiqi tergedik-gedik atas meja bila dapat cahaya]


XY tanya, boleh ke dia nk jadi suami XX?

XX mintak XY jumpa famili XX dulu.

XY cakap, bulan yang dijanjikan nak dekat dah, nanti XY datang bawak ngan famili XY sekali, untuk merisik.

XX terkedu; siap buat pertanyaan tak berapa nak pandai, 'bulan bila XX+XY janji ni?'

XY jawab dengan selambanya, 'entah ler, tengok je nanti. Gatal wat tanya plak'.

XX masih tercekik air liur; 'eh, btul ni. Bulan syawal ni ke? bukan kan? Mn de kita pnah ckp pasal ni..'

XY ni punya la lambat reply, bagi saspen je kat XX. XY pon menyelesaikan kekusutan XX bila XY cakap yang 'bulan yang dijanjikan' tu bukannya bulan Syawal ni, tapi nak dekat-dekat bulan 5 nanti tapi bergantung pada XX jugak, kot-kot XX nak ubah ke...

Adeh~ Urut dada si XX ni, cuak punya pasal. Macam nak tercabut jantung pon ada gak.


p/s: Mintak maaf la, dua-tiga menjak ni tetibe entry aku nak jadi sangat colourful. Hati berbunga riang~ lalalala ;D

countdown

Yeay!!! dah pukul 0047am dah; bermakna sekarang ni dah masuk 210809, Jumaat. Petang ni Abah ajak balik kampung. Sahur yang pertama dalam bulan Ramadhan di kampung. Perasaan? Sama je.

Sabtu 220809 dah mula puasa. Abah nak siapkan aktiviti mengecat rumah. Esoknya, Ahad 230809, balik KL pagi, sebab petang takut jalan sesak dan Abang aku pon dah cakap awal-awal nak buka sama-sama kat umah (dia ni konpem datang sebab nak merasa makan roti jala kat Taman Watan tu -- WAJIB tiap kali puasa -- Aku yang muak tengok Roti Jala tu).

Dan... petang Ahad nanti Cik Abang saya balik KL setelah 2 minggu berada di kampung menemankan Mak dia. Dia dah ajak jumpa bulan ramadhan ni. Aku pnah cakap ke dia sebelum ni, InsyaAllah. Dia tegur sebab gaya aku macam takmau jumpa je. Hehe :) 'Bukan macam tu sayang, cuma, betullah, kalo diizinkan kita jumpa jugak'.

Aku kalo boleh memang nak jumpa dia. RINDU! Mengaku pon. Ye lah, sepanjang dia cuti ni, jarang dapat dengar suara dia. Kalo tak, selalu pagi-pagi dia dah buat wake up call, pagi-pagi dah dengar suara dia, pagi-pagi dah dapat semangat nak buat keje, pagi-pagi lagi dah terubat rindu pada dia.

p/s: Tak sabar nak tunggu 'kiriman' saya sampai ;D Lagi 3 hari!

Thursday, August 20, 2009

RE: facebooking

Sebelum ni Liyanaroxx pnah post entry pasal 'kenapa kita tak patut ADD bos kita dalam facebook?'. Now, aku plak nak tanya --> kenapa kita tak patut ADD family member kita (adik beradik, sedara mara, makcik pokcik) + kawan-kawan abang kita dalam akaun facebook kita?

Untuk somebody yang selalu discreet bab-bab personal macam aku ni, suddenly bila aku nak 'open' jap to the world (owh, my world je) kat FB tu, ada je family member aku yang bertanya. 'Owh, shoot! This is going to be a hot topic over raya season'.

Macam hari tu, bila aku tukar je status kat FB aku dari 'single' jadi 'in a relationship', the first person yang tanya aku, ABANG aku! --> 'Nanie dah nak kawen ke?'

Status: I am indeed in love with him.
kakak ipar aku --> 'haaa...kalo abg tak baca,ni kakak ipar ade baca.hahaha....haaa,baik bgtau....:p'

Status: dah xdemam lg sebab dah jumpa 'ubat'nyer~ heee ;D
ABANG aku --> 'nak kawen dah eh...?'

Status: Bila la demam (rindu) ni nak berkesudahan? huhu :(
Ofismate abang --> 'jumpa tok kadi...'

Status: I missed my _____ pulak!
Sepupu aku --> 'kak nanie, fill in the blank lorr..ehehe ;p'
Ofismate abang --> 'Ayo kawin lah'

Status: I _____ him already!
ABANG aku --> 'ha..sape tu..'
Ofismate abang --> '*acid dapat adik ipau lepas ni...'

Dalam FB aku ada letak sekeping gambar aku ngan Cik Abang aku (memang ada satu tu je):
kakak sepupu aku --> 'wah,,x lame lagi m.yang ngan p.khir nak dpt mnantula..jgn lupe jmput ek..'

Gambar Qiqi (Flip Flap yang Cik Abang aku bagi) plak:
Ofismate abang --> 'mmm kawen jemput'

Gambar Cik Abang tak pandang kamera:
kakak ipar aku --> 'ooo....ni rupe2nye pakwe dia yee....cam familiar je muka tu...huhuhu...bila nak bwk dtg umah ni?'

*acid = nickname Abang betul saya lah = Arief

p/s: Adeh, adeh~ mentang-mentang la sebelum ni memang aku pandai simpan rahsia, bila semua tau, macam nak kecoh satu dunia. Lawak je~ Tetibe Cik Abang saya jadi sangat popular. Sorry sayang ('',)

cOnvo without mE~

Tajuk giler macam kontroversi habes! Sebenarnya, last Tuesday (180809) my classmates dari Environmental Management dah pon selamat pakai jubah hijau (Konvokesyen). Huhu... supposedly aku, Along, Alang, Bong konvo sekali. Tapi, beselah kami ni nak balun habis-habisan untuk subjek semester lepas yang agak berat la jugaks. Kesimpulannya, kami konvo tahun depan~

Hari tu classmates kitorang yang sempat konvo tahun ni ada 6 orang je; 3 darinya memang close frens grup aku (Peggy, Ling-ling, Pua). Seminggu sebelum tarikh konvo untuk course kami ni, Peggy siap mesej aku, ajak datang time majlis dorang. Ling-ling siap tepon aku! hehe :) Bila dah ajak, aku ni tak boleh nak tolak; lagi-lagi yang ajak tu member sekelas yang kamceng (sebab yang lagi 3 orang tu aku tak 'masuk' sangat).

Peggy jemput kami berempat ni datang; tapi memandangkan Along masih demam dan Bong dekat Pahang, so aku ngan Alang je dapat datang. Ada wakil dah ok dah walaupon rasa memang tak cukup korum :(

Sempat bergambar dalam 5-6 keping ngan dorang tu, dan lepas tu aku ngan Alang blah jalan-jalan kat khemah jual bunga-bunga (konvo ni tak sah takde kedai jual bunga, bear segala).

p/s: Congratulations guys! Hope you will succeed in ur future ahead + wish yang paling tak boleh blah dari aku ---> Don't forget our convocation next year!!! ;D

Monday, August 17, 2009

yuks!

Know what? Petang tadi masa ondaway aku nak balik umah lepas bli hadiah untuk konvo geng Master aku, adala satu 4WD ni drive belakang kete aku. Masa tu kat jalan sebelah Taman Tasik Ampang Hilir.

Aku pandang cermin pandang belakang aku banyak kali sebab memula kete tu nak masuk lane aku dari belah kiri, punya la dekat (nama pon 4WD kan). Ye lah, fobia nih, takut kena sondol.

Aku perasan la masa tu trafic light hijau, kete-kete depan aku punya la drive slow. Takpe ah, aku kedepan, aku tengok 4WD tu jauh kat belakang aku dan dah masuk lane aku pon. Slow btul dia drive. Memula tu aku tak perasan tau sebab ape. Bila trafic light merah, aku benti dan 4WD tu pon benti btul-btul belakang aku. Aku cuak sket ngan setiap kete yang dok blakang kete aku ni, tengok lagi kat rear mirror aku. Dan... for the first time aku perasan yang dok sebelah driver lelaki tu, ialah perempuan. Looks like Malay girl, and that driver tu pon macam Malay guy.

Tetibe... euwwwww... dat girl cium mulut dat guy, in the broad daylight, dalam 4WD yang bukan pakai tinted hitam! Double euwww... bila aku tengok dat girl yang macam ghairah len macam. Dua tiga kali aku tengok dat girl macam tu. Lelaki tu pon layan la (nama pon lelaki kan?). Macam tak sempat-sempat. Adeh, adeh~ Mungkin orang yang sangat open ngan benda-benda camni tengok pon takde perasaan. Tapi, tolong lah... aku ni naif lagi okeh?

Kalo la btul couple dalam 4WD tu memang married couple, it's ok lagi walaupon, I would say -- 'Please and please, get a room!' -- Sangat tak sesuai untuk tontonan awam dan kalo masa tu ada budak-budak dalam kete sebelah kete dia tu, what would they think?

Aku tak nak la cakap lebih-lebih kan, takut makan diri. But, one should consider other people's custom la. Kita bawak adat Melayu, adat yang penuh sopan santun, jaga maruah. Ini, kot ye pon dah kawen, bawak-bawak la bersabar. Sampaikan kat rumah dulu, lepas tu hang nak buat ape, buat lah. Lantak hang la kan... Adeh~

Hish, sabor je la. Aku dok pandang cermin pandang belakang tu bukan sebab nak curi-curi pandang couple tu bercium. Aku cuma risau dat guy tu dok ghairah sangat bercium sampai tertekan minyak, kang naya kete aku ni kena sondol dari belakang lagi.

p/s: And one thing aku lupa nak inform, dat guy, memandu sambil bercium dengan dat girl ye (secara ghairahnyer)... Merbahaya btul!!! Lepas ni orang yang buat sticker kereta tu ada idea baru untuk quotes -- Don't Kiss and Drive -- Seswai sangat dah! ;p

fobia

Lately ni aku perasan aku dah ada satu perasaan yang tak best, fobia kot ngan bunyi tayar menciut (huhu...Melayu nyer bunyi? Tire's screeching in English lah). Perasaan ni mula lepas aku accident ritu (walaupun ternyata bukan aku yang salah dan bukan aku yang melanggar peraturan jalanraya. I'm on the innocent side walaupun aku ni bawak kete giler-giler gaks, F1 Driver la katakan).

Satu lagi sekarang ni, aku fobia gak bila kereta belakang aku follow dekat-dekat. If kat highway yang tak banyak kenderaan tu, I'm fine with it sebab aku bleh cilok sana, cilok sini. Ni kes bila follow dekat-dekat, dan nak bawak laju-laju kat area perumahan or area yg memang jalan ada satu lane je for both sides. Memang nak kena luku le jawabnyer. Sekarang ni kalo aku nampak je driver yang macam tak paham bahasa, drive dekat-dekat belakang kete aku, aku akan tekan break awal-awal kalo depan aku kete dah mula nak benti (paham tak?). Hahaha ;p

So, bab-bab drive kat area perumahan sekarang ni aku sudah menjadi pemandu yang berhemah. Bukan dulu tak berhemah, tapi sekarang ni berlebih-lebih lagi ;D

p/s: Aku tak jumpa apekah jenis fobia yang aku alami skarang ni dalam list yang sedia ada. So, it's just -- fobia --.

Sunday, August 16, 2009

habis plan aku...

Hari ni sebenarnya plan nak sambung tesis sikit. Konon la kan???

Know what happened?

Pagi-pagi lepas mandi, pi basuh baju (pakai mesin basuh ye). Dah masuk dapur, kemas-kemas ape yang patut (Pn. Yang nak balik dari kampung hari ni, ofis beliau perlu di bersihkan sehingga menepati piawaian ISO... kalo tak, zassss... pedih telinga!), kemas meja makan, sidai kain, dan sempat siapkan tugasan meng'kelim' baju kurung (dapat dua pasang. Weehooo~).

Pastu aku terasa nak mesej Abah, tanya nak balik kul brape. Tup-tup dia kata dorang dah kat Tangkak! Okeh, I have 1 1/2 hours untuk settle kemaskan umah (bukannya berserabut pon, tapi... Ibu aku tu, kalo nampak habuk sikit pon bising sebab dia rabun dekat. Hahaha).

Lepas tu, pi sapu lantai luar umah -depan pintu sampai luar gate- (part ni memang wajib everyday), lap kereta, itu ini... Aku duduk je, dapat la tengok tv dalam setengah jam, aku dengar hon kete Abah! Fuh~ lega aku dah siap kemas sume!!!

Ibu ajak makan Nando's kat Jusco Maluri. Dah jejak kaki kat situ, sudah pastilah tangan menggapai ape yang patut, sebab dah dapat green light dari Bos! hehe... Punya la ramai orang beratur kat kaunter (Ibu beli blouse sehelai, aku beli dua helai cardigans -dah lama cari, baru berkenan kali ni-).

Hmm, pas makan balik. Tapi, baju yang ibu beli tak muat plak. Huhuhu :( Lepas Zuhur Ibu ajak pi Jusco semula nak tukar saiz. Pegi lagi. Tapi aku sorang je masuk, parked kete kat luar dan Ibu tunggu. Sempat plak aku gapai lagi sehelai baju dari Nicole~ hehehe ;D Kalo tak kerana datang semula, aku tak beli pon baju tu ;p

p/s: Sampai la sekarang ni... aku tak sentuh pon tesis aku. My plan went haywire dah... huhu =(

Saturday, August 15, 2009

here we go!

Okeh, pagi tadi dah siap sikit keje tesis. Dah pi bayar bil, dah pi Carref***, dah masak untuk makan tengahari dan petang, dan dah makan lunch pon.

So, ape lagi yang aku kena buat hari nih?
  • Draft out poster baru
  • lipat kain
  • pi kedai nak bli telur (mesti ada something yang aku terlupa nak bli kalo dah elok-elok pi supermarket tadi)
  • nak bli apam balik! yes... apam balik yang jual kat depan Pasaraya B.I tuh! nyum, nyum (sambil pegang-pegang perut)
p/s: Okeh, works need to be done, so I better get going first!

one down!

Okeh, pagi ni aku dah siapkan sket keje tesis aku. Jap lagi nak sidai kain, kuar pi bayar bil kat Carrefour, dan nak bli barang nak masak sat.

Ahhh... aku nak jugak mengkucar-kacirkan dapur Ibu. Pedulik hape. Tak kesah lah petang sket ke, janji aku nak kucar-kacirkan jugak. Dah seminggu aku tunggu peluang, takkan nak lepaskan camtu je?

Balik dari bayar bil nanti aku nak buat poster plak. Huish... kuatkan semangat aku. Amin~

p/s: nak masak ape hari ni?

Friday, August 14, 2009

hasrat terbantut

Tapi, hasrat aku nak membusykan diri kat 'ofis' Ibu seperti telah dibantutkan oleh lecturer kesayangan aku tu. Petang tadi tengah syok aku layan FB, tetibe dia buzz aku kat YM! Adeh~

Memula dia puji poster yang aku siapkan edit tu, kata lawa. Dah tu, masa dia YM aku tu, aku baru lepas dapat emel dari RA lecturer aku tu. Forward dari lecturer aku, untuk buat ANOTHER POSTER, due 31st August nih! Kali ni banyak yang kene tambah. So, another framework to be put into it. 'Owh, shoot! I hate editing!'

Lec aku siap cakap, since dah ada 'kepakaran', then dia mintak aku buat poster ni lagi. Ni yang aku menyampah nak jadi baik sangat ni. Keje tesis dia yang ada tu pon tak siap-siap, nak kena tambah poster lain plak.

Semalam berserabot otak aku dok edit framework yang dia bagi last minit tu, dah elok-elok aku edit yang framework I, dia mintak masukkan framework II sekali. Tetibe aku rasa hangin satu badan, aku call Lec aku tu, aku cakap tak muat nak masukkan dua-dua sekali. Lagi satu, sebabnya aku rush nak emel pada Alang sebelum pejabat PPSPP tutup. Masa tu dah kul 230ptg dah. Hish! Last-last dia kata guna framework II. Aiyooo!!! penat woo aku dok edit framework I tu, boleh dengan senang lenang nye dia swuh aku masukkan framework II, dah la kena edit yang tu plak! Sabar Nanie, sabar... Pening kepala aku semalam menjadi-jadi bila dia swuh tukar framework tu, trus aku pi solat Zuhur dulu. Lepas solat baru ok sket hati aku yang membara ni.

Kali ni, poster in English plak. Bahan dah ada tinggal copy and paste je. Bagus! Tadi dia dah cakap nexweek dia nak tengok poster tu.

p/s: Apparently, misi aku nak berserabot kan dapur Ibu terbantut lagi. So, weekend ni nak kena berserabotkan otak untuk draft out poster ngan tesis thingy plak. Haishhh~

weekend

Parents aku balik kampung minggu ni dan aku ada kat umah... hehe (sambil gelak jahat). Well, alasan aku tak nak ikut balik kampung selain aku malas; aku nak mengkucar-kacirkan 'ofis' Ibu. Muahahaha ;D Ye ar, bukan selalu Ibu takde kat umah, so, kesempatan yang ada ni akan kugunakan se'best' nya! Wehee~

p/s: Aku plan nak men masak-masak... Teheheee~ Boleh tak? Nak masak macam-macam yang meehun-based (sebab nasi aku tak sentuh).

cookies+ovEn baru

Hari tu aku dah pi survey oven kat CarreF**r. Nak yang mana satu ye? Yang itu, yang ini... yang pasti nak beli yang betul-betul punya. Yang macam dulu Ibu beli, elok je segala kek, biskut, cupcakes masak dalam tu sampai la oven tu rosak, Abah belikan yang lain. Dan... sangat menyampah aku pakai oven yang baru, tak brapa nak baru tu. Huh!

Suka-suka oven tu je nak bakar kek, biskut, cupcakes aku tau! Bakar pakai oven tu kena tengok selalu sebab dia tak ikut timing biasa oven-oven lain. Dah tukar macam mana pon, tetap tak mau ikut kepala kita, oven tu ikut sedap dia je. Kadang-kadang oven lama bakar kek 1 jam dah masak, oven yang ni 1 1/2 jam pon masih ada yang part tak masak. Sebab tu sekarang aku banyak buat kek kukus je (memang lagi best pon berbanding yang bakar). Tapi... nak sampai raya ni, mana ader orang buat biskut raya pakai kukus weh??? Giler ke hape?

So, hari tu aku ugut Abah (wahaha...ugut la sangat) -- 'Abah kalo tak tukar oven kat belakang tu, puasa ni Nanie tak nak buat kueh raya~' ha...kan puas hati aku... Ibu konpem la akan menang kan aku sebab dia pon memang pass pada aku je bab-bab buat kueh raya ni, dah malas nak order kat kawan-kawan dia. Sebab kadang-kadang mahal je lebih, tapi sikit je amaun kueh. Baik aku buat sendiri, ye tak? Puas hati. period.

p/s: Abah, I want new oven!!! Come, let's go buy a new one! Anakanda sangat memerlukan oven yang baru lagi best itu. hahaha ;D

rindu~

Saya rindu kat Cik Abang saya~

It's as simple as that. Betul nih. Dah 4 hari tak jumpa dia (ala Nanie, sebelum ni sampai 9 hari tak jumpa, boleh je? 'Well, 9 hari tu sampai demam-demam ok?' haha).

This time around, dia banyak sms je sebabnya kat kampung dia, ada ramai askar-askar upahan yang kecik lagi comel termasuk ngan big boss masing-masing. Semua ada! Dari Kak Long, Angah, Alang, mak ngan Tok dia pon ada!

Lawak je malam tadi bila aku tepon dia kejap, dia cakap berbisik. 'Awat la dia nih?'.

N : Hello?

AB: Ha...cuk... (sambil berbisik)

N : Asal nih? (berbisik jugaks)

AB: Line tak clear la...

N : Owh...hahah ;D Ok, ok...Selamat malam!

Selang beberapa minit, Abang hantar sms -- 'Sorry cuk, segan la nak jawab tepon, Tok tu kalo dari jauh pon boleh dengar' -- Lebih kurang cenggitu la sms yang dia bagi. Aduhaiii...

p/s: Cakap orang, aku pon lebih kurang je. Kalo aku, agaknya jawab pon tegak je, macam orang takde perasaan. Macam yang pernah jadi sebelum ni. Hehe~

Thursday, August 13, 2009

--lady like--

Semalam teman Along pi SY***S (Syarikat B*****n A** Selangor) kat Bangsar. Erm, well... selalunya aku ni bab-bab nak kena deal ngan pejabat nih, aku malas sket. Sebabnya, of course la tak leh nak pakai t-shirt je kan? Kalo boleh, aku dah redah pi SYABAS tu semalam dengan hanya pakai t-shirt dan jeans. Tapi memandangkan kami ni membawa nama UKM jugak, so... jadi la lady like. Pakai blouse ngan slacks. Adoiyaiii...

Part yang aku lemah bila kena pakai blouse ni, sebab nanti nampak ayu (takde la aku nak kata aku ni ayu, cuma the idea of wearing a blouse tu membuatkan aku rimas. Rasa terbatas pergerakan aku nak kesana kemari. huhu)... Pagi tu bila Abang tepon tanya nanti nak pakai baju ape, dia cakap '... alahaiii...macam mana la Cuk pakai blouse, kan?...' Haish... Yelah, banyak kali jumpa dia pon aku sempoi je ('terima cuk seadanya ok?' hehe). Haruslah t-shirt yang besar-besar ngan jeans. Tudung pon selempang je, malas nak pikir banyak.

So, semalam masa masuk compound SY***S tu, aku dah cuak sebab tengok ada palang. Kot-kot guard kat situ nak kami turun tinggalkan lesen ke, kad matriks ke kan... Lawak giler masa aku berhentikan kereta depan pondok pengawal tu. Along dah suruh jalan je, aku yang kalut sebab tak biasa sistem SY***S. Dan-dan aku turunkan tingkap belah Along, guard I kat situ pon tanyalah kami nak kemana. 'Ala... comel la plak guard ni'. Aku tak pandang sangat dia sebab kalut tak habis lagi (haha), aku perasan dia ada tahi lalat pemanis kat pipi belah kanan dia, macam tahi lalat Abang (rindu kat Cik Abang saya... huhu) =(

Masa nak parked kete tu pon datang kalut aku jugak sebab parking semua penuh untuk pelawat. Jadinya Along swuh parking gaya Ayah dia yang salu datang situ. Aku risau sebab karang silap-silap kena clamp tayar, tu yang aku malas tu. Lepas je parked kete, guard I yang attend kami tu, jalan ke arah kete aku. Risau sebab takut takleh parked kat situ. Dan-dan aku buat muka gaya macam bertanya 'boleh?' (walaupon masa tu aku dalam kete lagi), guard tu angguk siap buat thumbs up weh! haha... Aku pon senyum la ke guard tu... Hihihi... Boleh tahan gatal gaks aku ni (Abang, jangan risau, Cuk setia kat Abang sorang je :D).

Itu ini, settle semua, kami pon nak balik, lalu lagi kat pondok pengawal tu. Ada dua orang guard; guard I (yang attend kami awal-awal tu membelakangkan kete aku) dan guard II. Aku angkat tangan kat guard I, guard II cepat-cepat toleh kat kami. Hahaha... Nak ngorat Along la tu, tahi lalat Along dah berkata-kata semula! ;D

Terus kami ke Mid. Saje nak makan-makan dan borak-borak. Nak luahkan perasaan kat Along. Banyak benda nak citer kat dia. Walau ramai mana yang tanya aku pasal banyak benda yang membebankan otak aku akhir-akhir ni dan aku dah luahkan, tapi penutupnya mesti pada Along. Baru lepas tu otak jadi ringan. 'Thank you, Along! Sayang kamu!!!' :D

p/s: Jarang dapat jumpa Along sekarang ni sebab dah tak dok kolej. Kalo semester lepas dok kolej, jarang otak aku nak berserabut, sebab ada Along. So, ada masa jumpa dia, memang lepas semua lah.

pening!

Hah, aku taknak membebel banyak. Nanti-nanti la aku update lebih sket eh... Cuma, aku tengah pening kepala sebab btulkan poster Perubahan Iklim yang aku kena buat tu. Dah penat-penat edit kerangka model, dah nak masukkan dalam poster, tup-tup kena tukar model lain! Durh~

Aku ni hangin sket bab-bab nak kena tukar benda last minit nih. Uih, takpe, solat dulu... Lepas solat tadi baru relax sket nak buat, cuma pening je yang tak kurang-kurang ni, dek penangan TERmakan kerepek ubi yang nampak sangat sedap tuh. Ishhh...

So, settle je poster, trus emel pada Alang. Tugas Alang plak kene pi print hardcopy + hantar softcopy kat pejabat fakulti.

p/s: Dah, aku nak lelap sat. Sakit kepala woooo~ (nak muntah pon ada nih... erk!)

Wednesday, August 12, 2009

cupcakes

Yang ni pon masih berkisarkan pasal blog sorang hamba Allah ni. Kalo blog orang len, maybe I dun give a thought pon. But, for this particular blogger, she's a tad cynic. No, no... bukan sikit je sinis dia, but SANGAT sinis ok. Tu lah, kalo blogger lain memang aku tak amek kisah. Ye lah, likewise for other blogger, they have their own sets of story; lain orang lain rasa, lain la cerita nya. Buat ape aku nak amek port sangat ngan dia nih kan? But, she's someone; she's in my past, definitely not in my present and hopefully not in my future. Simpang malaikat 44! (Dia pon nampaknya lebih happy tak berkawan ngan aku; dan aku berlebih-lebih lagi happy tanpa dia dalam hidup aku sebagai seorang yang aku panggil KAWAN. Fair enough. period.)

So, dalam entry dia yang aku ada terbaca tadi; dia kata, dia tak suka cupcakes sebab kek yang hanya setebal 5cm tu hanya ditepek dengan gumpalan gula/ butter. Muak katanya sebab gula icing campur ngan butter, yep I know how it tastes.

But, consider this; bagi aku, cupcake yang 'hanya setebal 5cm' tu dan telah ditepek ngan icing sugar, fondant or whatsoever, menjadikan kek tu lebih comel dan kreatif. Sudahlah kalau hang tu memang tak kreatif kan, so, memanglah anda tak dapat nak hargai setiap corak, design yang tukang buat tu buat. Orang kreatif je pandai menilai kerja orang yang banyak idea nih. Aku tak kata aku ni kreatif sangat, but then, bila kita beli tu dah menunjukkan anda menghargai hasil kerja dia walaupon in the end nya, cupcake tu masuk perut jugak dan duit kita jugak yang lebur.

p/s: Seni tu sesuatu yang indah dan bukan semua orang ada keupayaan untuk menilai seni. Untuk blogger tu, well... should I say, dia buta seni kot... hahaha ;p

random II

Aku ada terbaca blog sorang hamba Allah ni la... aku terperasan something in the end of her entry. There was 'p/s' thingy kat last entry dia. Sebelum ni bila aku terbaca blog dia, takde yang aku perasan la.

Maybe dia tak sengaja TERtaip, atau TERikut. But kalo TERIKUT tu, sudah-sudahlah... menyampah jugak aku tengok. Go figure ur own set of writing... Bluwekkk =p

Tuesday, August 11, 2009

bitter heart~

Semalam Abang turun KL jap sebab kena serahkan ape ntah ke bos dia (dia dapat cuti sampai hari Ahad minggu ni). Sempat gak aku jumpa dia semalam; walaupon hanya setengah jam. Cukup la tuh. Bekalan sebelum dia inform ke aku, kata dia mintak tambah cuti lagi seminggu (sampai 23hb). Masa tu aku dah sedih dah; 'huhu... dua minggu tanpa dia kat KL...'.

Tapi dia nak cuti pon bukan sebab nak suka-suka. Dia nak uruskan banyak urusan bila arwah ayah dia meninggal. Dan aku ni bukan sesape pon nak kan perhatian dia, nak kan masa dia... Keluarga dia yang kat kampung tu lebih memerlukan dia, lagi-lagi waktu macam ni.

Semalam masa jumpa dia, kebetulan tengahari. Jadinya aku buat keputusan nak pakai sunnies. Aku sempat cakap sikit je sebab bagi peluang dia bercerita. Ada time dia gelak, ada time, muka dia nampak frust sangat... Aku tak boleh nak pandang muka dia sangat sebab aku tetiba jadi sedih, sebak... Kalo masa Along dulu sedih sebab arwah pakcik dia meninggal (aku sedih gak dengar tapi sebab tengok Along sedih yang amat, aku kena tunjuk kuat depan dia). Kes Abang ni plak, aku sebak sebab tengok dia cover sedih dia dengan gelak. Ada dua tiga kali gak mata aku ni bergenang tapi... tu lah, sunnies aku sebagai penyelamat. Aku tak suka orang tau aku nangis atau sedih.

Dah tu, dia ada gak bagitau dia mintak cuti tambahan lagi seminggu, sampai la 23hb, dah puasa dah masa tu. Sedih gak dengar, mungkin sebab dah biasa tau dia ada dekat je ngan aku (walaupon tak selalu jumpa)... Idea dia ada dekat ngan aku dan dia terpaksa berada jauh dari aku masa ni buat aku jadi... hilang semangat... Lemah semangat pon ada.

Nak balik tu, dia hantar aku ke kereta, dia sempat mintak aku jgn nangis dulu, and dia nampak mata aku berair... 'Ceh~ miss sunnies, kenapa anda tak menjalankan tugas anda meng'cover' mata saya betul-betul?' Aduh... so, berakhirlah meeting kami untuk hari itu, walaupun hanya untuk setengah jam...

Ntah la, semalam lepas je jumpa dia, sepanjang perjalanan nak balik umah, sebak je dada aku ni. Aku tak pernah rasa camni tau. Aku dapat rasa apa yg Abang rasa, walaupon bukan secara keseluruhannya. Macam aku cakap tadi, tetiba kekuatan aku hilang untuk hari tu. Tambah pulak, aku memang tak makan ape setengah hari semalam sampaila aku jumpa Abang. Tahap gula rendah campur ngan rasa sebak, aku jadi extra lemah.

Balik tu, banyak kali gak air mata aku jatuh. Sebab aku dok terbayang muka Abang yang frust tapi dia cover ngan gelak. Banyak kali. Last-last aku decide nak pi Carrefour, nak cari benda manis, the only way nak buat aku cheer up balik... But...

p/s: in the end of the day, benda yg buat aku happy semula bila aku sempat YM ngan kawan lama abang aku, Kak Hasz (dah lama kenal, tapi baru first time borak dalam YM). Thanx kak!

Sunday, August 9, 2009

takziah

Petang semalam dalam kul 705 camtu Cik Abang aku tepon. Selalunya dah masuk kul 7mlm ni aku jarang jawab panggilan walaupon hp aku kat depan aku. Tapi semalam masa Abang tepon, aku terus jawab.

N: Hello, assalamualaikum.

AB: Waalaikumussalam, cuk...

N: Haaa, abang...

AB: Cuk, esok kita tak jadi keluar eh?

N: Tak jadi?

AB: Ayah abang meninggal. Abang nak balik kampung malam ni. Sorry eh~

N: Eh, Ya Allah... ok, ok...

Aku tak sempat nak cakap ape masa tu, mana ntah perginya ucapan yang orang selalu sebut bila masa kita dengar ada kematian; 'Innalillah'. Yang aku tau, masa tu aku terkedu. Tak boleh nak cakap ape-ape... Lepas beberapa saat baru aku boleh berfikir balik, aku hantar mesej pada abang mintak dia drive elok-elok.

Adalah dalam 2 kali lagi dia call aku; sekali dia dah on the way ke Tanjung Malim nak amek orang, dan sekali lagi masa dia tengah tunggu kawan dia dan masa tu Abang dah nak sampai umah dia dah. Dua-dua kali tu dia tepon untuk bagitau dia kat mana dan untuk mintak maaf sebab tak dapat keluar ngan aku esoknya (which is today --Ahad--, sebab dah kitorang plan nak pi Floria kat Putrajaya). Ya Allah... aku tak kesah pon kalo plan tu dibatalkan. Kalo aku ditempat Abang masa tu, aku akan buat benda yang sama. Paling teruk pon, aku dah tak terpikir nak tepon sesape untuk bagitau keadaan sebenar sebab dah takde kekuatan diri. Tapi boleh plak dia terpikir yang dia dah buat salah kat aku sebab terpaksa batalkan plan. 'Abang, abang...'.

Arwah ayah Abang siap dikebumikan nak dekat-dekat tengahari hari ni. Kejap tadi Abang kata dia dapat cuti seminggu sampai Ahad minggu depan. Dan tadi jugak, baru aku dapat kekuatan nak ucap takziah pada dia dan keluarga dia. Ntah... aku bukan tak ingat pada Abang (sebab kalo orang lain, mungkin dah ucap takziah dari semalam lepas dapat berita, tapi aku lambat 23 jam). Tapi kalo aku di tempat Abang pon, aku tak lalu untuk dengar perkataan 'takziah' tu, sedih... Dan aku sendiri tak sampai hati nak ucap perkataan 'takziah' tu... Huhu...

Malam ni family Abang buat tahlil. Malam esok dan jugak malam Ahad minggu depan. Takpelah, aku sedekah Yasin dari Ampang je. Mudah-mudahan family Abang kuat hadapi semua ni.

p/s: Mudah-mudahan roh arwah dicucuri rahmat-Nya dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin~

Saturday, August 8, 2009

semanis CINTA

Ishhh... asyik-asyik pasal cinta, cinta, cinta... This is sooo NOT me! But, I kinda like it. Best jugak bila bercinta ni kan? Ada orang amek berat pasal kita, ada orang yang boleh kita berkongsi cerita (bagi kes aku, ader sesetengah cerita je aku boleh kongsi ngan dia. Masih ada yang perlu dirahsiakan. Saya nak jaga hati awak), ada kawan nak mengadu, dan ada buah hati untuk bermanja (aku pon tak sedar aku ni manja orangnya. Hehe...lawak sungguh bila dia kata aku ni manja).

Petang semalam ada ulangan SEMANIS KURMA, rancangan agama yang dikendalikan oleh Ustazah Nor Bahiyah dengan suami beliau, Ustaz Wan Akasyah. Ulangan untuk siaran 6 Rejab, bertajuk MENCARI JODOH.

Ada tiga (3) tips untuk mencari jodoh:
  1. Beriman
  2. Pengasih dan penyayang
  3. Wajah yang berseri-seri
Topik ni tiap-tiap tahun pon memang jadi topik hangat bagi setiap orang yang belum berjumpa jodoh atau bagi yang dah berjumpa jodoh tapi masih was-was dengan pilihan hati. Kadang-kadang bertahun bercinta pon, tapi kalo dah memang jodoh takde, tak kemana jugak hubungan tu. Kalo kesnya macam tu, mesti rasa sedih kan? Ye lah, dah berkongsi suka duka tapi last-last putus ditengah jalan. Hish, mudah-mudahan dijauhkan dari aku kes yang macam ni. Kalo boleh, aku nak berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin~

Ustazah Nor Bahiyah dengan suaminya ada bagi 3 doa yang InsyaAllah kalo kita amalkan, dipermudahkan jodoh untuk kita. 3 surah tu ialah:
  1. Surah Yusuf Ayat 4 (sesuai untuk diamalkan oleh pasangan suami isteri, untuk meringankan jodoh, dan bagi sesiapa yang nak pergi interview)
  2. Surah Al-Anbia Ayat 89
  3. Surah Al-Qasas Ayat 24 (yang ni ayat yang paling bagus selain dari yang dua tu)
Selain amalkan doa-doa ni, kita pon janganlah dok berserah bulat-bulat tapi takde usaha dari diri sendiri untuk mencari jodoh tu. Jangan ego dalam hal-hal macam ni.

Memang nampak mudah bila kita bercakap tentang mencari jodoh ni kan? Aku dah pernah rasa 'tak pernah bercinta' nih. Itu 24 tahun lepas lah. Sekarang ni dah jumpa, mudah-mudahan berkekalan dengan dia sorang.

p/s: Jadinya; amalkan doa-doa tersebut, bertawakal tapi dalam masa yang sama tetap berusaha untuk mencari jodoh kita. Si dia ada, cuma kita yang perlu mencari. Berusahalah! hehe ;)

pieces of me

Lately ni aku banyak kali dok ulang lagu yang sama dalam mp3 player aku. Macam ni lah:

Leona Lewis = Bleeding Love

But something happened
For the very first time with you
My heart melted into the ground
Found something true
And everyone's lookin' round
Thinking I'm going crazy

But I don't care what they say
I'm in love with you
They try to pull me away
But they don't know the truth
My heart's crippled by the vein
That I keep on closing
You cut me open and ...
---------------------------------------------------


Keri Hilson feat. Ne-yo and Kanye West = Knock You Down

I never thought I'd be in love like this
When I look at you my mind goes on a trip
Then you came in, and knocked me on my face
Feels like in I'm a race
But I already won first place

I never thought I'd fall for you as hard as I did (As hard as I did, yeah)
You got me thinkin' bout our life our house and kids, yeah
Every mornin' I look at you and smile
'Cause boy you came around and you knocked me down
Knocked me down...
---------------------------------------------------

Jojo = Coming For You


I'm breaking down, I just can't take it anymore, oh no
I won't let you go, you know I'm coming for you
No matter what it's gonna take I gotta make this move
You're the one that I chose, you know I'm coming for you

And I just can't go another day
Without you next to me...
---------------------------------------------------


Beyonce = Halo

I found a way to let you in
But I never really had a doubt
Standing in the light of your halo
I got my angel now...
...Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace...
----------------------------------------------------


Lionel Ritchie = I Call It Love

Maybe I don't know what love is, maybe I'm a fool
I just know what I'm feeling and it's all because of you
Don't tell me I don't know, I want the truth
Cause they call it, we call it, you call it, I call it love

It's so clear for you to see (Don't let nobody tell you what to do)
Why they can't they just let us be happy (I don't want to find somebody new)
If you know what's really in your heart
Then don't let 'em tear us apart (Cause you feel it, I feel it, don't say we're through)
---------------------------------------------------


Jason Mraz = I'm Yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and then you're free
Look into your heart and you'll find love love love love...
...So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm sure
There's no need to complicate, our time is short
This is our fate, I'm yours...
---------------------------------------------------

Marie Digby = Say It Again

Thing about love, is I never saw it coming
It kinda crept up and took me by surprise
And now there's a voice inside my heart that's got me wondering
Is this true? I wanna hear it one more time

Move in a little closer
Take it to a whisper
Just a little louder
Say it again for me
Cause I love the way it feels when you are telling me that I'm the only one who blows your mind
Say it again for me
It's like the whole world starts to listen when you tell me you're in love
Say it again

The thing about you is you know just how to get me
You talk about us like there's no end in sight
The thing about me is that I really wanna let you open the door and walk into my life

p/s: ringtone untuk Cik Abang saya ;)
---------------------------------------------------


p/s: haha... kuasa cinta ke? Memang hati jeli btul~ aahhh... hepi~ lalala~

Thursday, August 6, 2009

mE..YesO..Tj

Ish, ish... entry untuk yang ni lupa daa... hari Jumaat ritu aku sempat luang masa jumpa YesO dan minum-minum kat OldTown Ampang Waterfront tu. Dok kat situ berborak dari kul 2 sampai kul 6ptg before kitorang jenguk Tj kat umah dia.

Pasal Tj, Sabtu 010809 dia kena ke Kota Tinggi, Johor tempat posting mengajar dia. 030809 (Isnin) dia dah mula mengajar kat Sekolah Kebangsaan Panchor, Kota Tinggi. Plan asal nak ajak dia hangout sekali kat OldTown tapi disebabkan banyak lagi benda dia tak settle lagi, so, dia menolak untuk hangout sekali. Tapi, sebab aku pikir yang Tj tu dah dekat 3 tahun tak jumpa YesO, aku bawakkan jugak YesO pi umah Tj (padahal umah dekat satu taman je, tapi tak jumpa tu macam umah masing-masing lain-lain negeri je).

Dok berborak kat taman permainan depan umah Tj tu dari kul 615ptg sampai la Maghrib. Ish, ish... anak dara sape ni tak reti-reti nak balik ni? Huhu... entah. Rasa sayang nak balik. Tj ni member shopping aku yang tegar, sebabnye bila kuar shopping ngan dia, aku tak bli ape pon, dia je yang beli tak ingat nak berhenti. hehe... Syok btul tengok dia shopping ;D

I'll miss her. Tj ni pon antara salah sorang kawan rapat aku masa sekolah menengah dulu, sampai la sekarang. Happy go lucky je budak nih. Susah nak tengok dia sedih, but once dia sedih, satu muka merah, tapi sempat gelak jugak. Banyak gak gosip yang aku kongsi ngan dia nih. One thing for sure, kalo nama pon kawan rapat, banyak rahsia yang akan aku kongsi ngan dorang nih. Macam, 'cerita aku, cerita ko jugak'.

p/s: So, jauh dah kawan rapat aku yang sorang ni. Buhbye Ampang, hi hi Johor... hehe... Takpe, Tj kata bulan 8 ni ada cuti sekolah. Tak sabar nak jumpa dia lagi! Weheee~

Wednesday, August 5, 2009

Girl's Day Out 010809

Hey, hey!!!

Petang 1 Ogos ritu lepas dating ngan Cik Abang aku, aku kuar ngan member rapat sekolah lama dulu. My old, old friends ada yang sejak sekolah rendah (aTiQue ngan LiyanaRoxx) dan member rapat sekolah menengah (YesO).

Plan petang tu sebenarnya dibuat secara spontan oleh aTiQue. Ye lah, kalo ikutkan nak kuar Ahad tapi aTiQue ada hal plak, so tukar ke petang Sabtu lepas aku balik dating, lepas aTiQue servis kereta dia. Kebetulan LiyanaRoxx ngan YesO pun free hari tu, ape lagi... jom,jom, kita pi tengok movie lah kat Galaxy Ampang!

Petang tu LiyanaRoxx amek aku, YesO ngan aTiQue kat umah. Hihi... gilir-gilir jadi driver kan, syok jugak (salunya kalo kuar sebelum ni aku yang suka offer drive). Movie kul 445ptg, sampai kat Galaxy dalam kul 4ptg, sempat pi minum-minum kat kedai makan yang satu floor ngan MBO tu. Borak-borak, LiyanaRoxx ngan aku seperti biasa lah, memang camwhore habis; kamera tak pernah tinggal kat umah, mesti bawak kemana saje. Semua gambar nak tangkap. Lagi-lagi aku, kalo boleh tak nak missed ape-ape aksi pon.

Kitorang tengok citer The Proposal. Best sangat! Gelak sampai tak ingat dunia, sampai sakit perut, senak... Lagi-lagi ada favourite actress aku berlakon (Sandra Bullock), huhu... perfect sangat! So, kuar je movie, LiyanaRoxx buat marathon ke toilet. So, kitorang bertiga ni ditinggalkan kat belakang. Ape lagi, snap-snap gambar lah berlatarbelakangkan poster movie yang ada.

Balik tu, pi OldTown kat Ampang Point. Snap-snap jugak kejenye. Dia makan, dia minum sumerlah. Dan mentang-mentanglah aku sorang je yang baru dua kali jejak kaki kat OldTown tu, dorang sumer sumbat mulut aku, swuh aku rasa menu yang dorang pilih tu. Tetibe aku jadi macam budak manja mintak disuap-suap... aduhai... malu la aku, tapi bila makanan dah disua ke mulut, nganga je la kan? hehe ;D

Dalam 745ptg kitorang pon balik lah... Pulang ke jalan yang benar ye kawan-kawan. hehe...

p/s: Ni versi [LiyanaRoxx] untuk entry Girl's Day Out ni. Dan gambar dari [PicasaWeb] aku. Enjoy~ Owh, tengah malam tu Cik Abang aku sampai kampung dia.

1st August

Permulaan bulan Ogos yang best sebab aku pi dating ngan Cik Abang. Ala...dating kat Titiwangsa je. Pusing-pusing kat situ ngan dia, makan cendol (kacang merah aku sume aku letak dalam bowl dia...hehe, sian dia, ceduk-ceduk je kacang merah), makan aiskem, makan buah... First time lama tu kuar dating ngan dia. Dari kul 1030pg smpai 230ptg (before ni kuar lama tapi tengok wayang). Kali ni penuh ngan borak... dan diganggu mesej yang masuk kat hp aku ni (sorry Abang) sebab petang tu janji nak kuar ngan LiyanaRoxx, aTiQue dan YesO.

Tapi masa nak balik tu, dapat tau cermin belakang kereta Abang (cermin belakang sebelah driver) kena pecah. Risau gak. Tapi aku pon terlupa nak agak kenapa dipecahkan. Aku balik, Abang pi cari kedai cermin. Plan Abang nak balik kampung petang tu terpaksa dilewatkan sket sebab sebuk pasang cermin tu sendiri dengan kemas seat belakang dia yang penuh ngan serpihan kaca.

Petang sket, Abang mesej aku bagitau yang rupenye Videocam dia yang dia letak kat seat belakang tu hilang kena curi, termasuklah beg CD dia. Alhamdulillah kitorang decided nak balik awal sket. Agaknya kalo lambat sket, mesti CD player abang pon orang tu curi. Yelah, kalo beg CD pon dia amek, tak mustahil player pon dah dalam perancangan untuk dicuri jugakkan?

Aku rasa bersalah sebenarnya sebab terlupa nak ingatkan Abang untuk bawak Videocam dia sekali masa kitorang nak jalan-jalan kat taman lepas makan cendol tu. Huhu... dahlah free-free pencuri tu dapat tengok video aku dalam Videocam Abang (tapi bukan video bukan-bukan eh... setakat cakap 'hai', cakap itu ini; dah). Cakap ke aTiQue ngan LiyanaRoxx, sempat dorang buat lawak cakap, 'lepas ni kita cari kat YouTube, satu perkataan je, 'Titiwangsa' mesti ada video Nanie. Wahh... terkenal la ko lepas ni, Nanie'. Ceh, sempat lagi kena kan aku!

p/s: Huhu... sedih aku... rasa sangat bersalah ngan Abang. Kalo aku ingat nak ingatkan dia bawak videocam tu, mesti videocam dia tak hilang :(

Persidangan Kawalan Denggi

28 hingga 29 Julai (Selasa dan Rabu minggu lepas) ritu aku kena pi Persidangan Kawalan Denggi kat Nilai Spring Resort Hotel, Putra Nilai. Pagi tu amek Kak Ani kat masjid UKM, trus gerak pi Nilai. Sampai punyalah awal, and me being me, sekali dah masuk dewan, dah duduk, malas nak keluar lagi dah. Tak boleh nak check-in lagi, kena tunggu Dr. Er (ye, aku sebilik ngan Kak Ani dan lecturer aku!) dan time check-in lepas kul 2ptg.

First day tu sampai la ke petang aku memang duk dalam dewan je. Sejukkkk sangat dalam dewan tu sampai jari-jari aku ni rasa macam membengkak! Makin lama, aku rasa aircond yang ada kat situ makin direndahkan suhunya. Kalo dalam kelas nih, aku rasa aircond dah dimatikan dah. Brrr... Sepanjang hari tu bila dah sejuk sangat, aku dah tak leh nak fokus apekebende yang dicelotehkan presenter semua. Tahap mengantuk dah tak usah disebut; asyik dok cover menguap je. Nak hilangkan mengantuk tu, buat alasan main mesej ngan Cik Abang aku. Tapi masa tu pon, jari aku ni dah rasa kebas len macam. Hehe... (owh, lecturer aku pon cakap yang dia mengantuk masa dengar presentation petang tu... bukan aku sorang ok?).

Malam tu ada lawatan ke Nilai Perdana, nak tengok komuniti COMBI (untuk Denggi) kat kawasan perumahan. Sebelum naik bas, ada sorang peserta lelaki persidangan tu asyik dok pandang aku (entah Doktor, entah MO, entah KKM punya orang ke, who cares!). Aku kepelikkan sendiri sebabnya, aku dok risau kat muka aku ada tahi hidung terlekat ke, ada ubat gigi terlekat kat tudung ke... Pandang macam... entah? Owh, abaikan...

Balik dari lawatan malam tu, aku offer nak bawak lecturer aku pi makan malam. Ye lah, lapar weh... Dah tak tahan sangat. Naseb aku memang drive sendiri pi Nilai tu. Balik makan, terus gedebum! Tido~ tapi malam tu tido pon asyik tersedar je. Kul 5pg aku bangun, 'Ish, cepatla sikit kul 6pg nih'. Dah pukul 6pg, 'Ish, cepatla pukul 630pg... nak mandi'. Last-last tak boleh tahan, 620pg aku bangun nak masak air panas. Bangun je baru nak isi air, Abang tepon! Mintak dia tepon semula sebab aku nak masak air jap, baring semula, tutup kepala ngan bantal (sebab takut buat bising). Borak ngan Abang dalam 15min, nak dekat kul 7pg lepas hang up, aku pi mandi. Kuar je toilet, hp aku berbunyi, tak sempat nak angkat. Aku tau sape yang tepon sebab aku assign tone (Cik Abang; Marie Digby - Say It Again). Lepas je aku siap pakai baju, Abang call balik. Adeh~ Masa ni aku duduk kat katil membelakangkan lecturer aku (naseb masa tu Dr. Er memang nak pi mandi dah). Malu la ngan dia sebab sebelum ni dia tau aku single mingle lagi.

Pi turun sarapan pon lambat, siap kemas-kemas beg dulu sebab buat keputusan nak check out kul 10pg (last check out kul 1ptg tp sebab takut TERlambat, dan dahla servis LEMBAB giler, silap-silap kena charge half day lagi plak). Masa pi breakfast tu pon terserempak ngan peserta lelaki yang sama aku jumpa malam semalam nye tu. Dia masih pandang aku macam... ntah? Aku tunduk je ar. Dah la tak kenal, tetibe nak pandang macam tu.

Masuk dewan pon lambat. Naseb pagi-pagi dah dengar suara Cik Abang, so, hari ni bersemangat sket dengar Planeri + Simposium tu. Tak mengantuk jugaks! Well done, Nanie! hehe... Ha, aku masuk dewan tu pon terserempak ngan peserta lelaki yang sama, dia masih pandang aku dengan pandangan yang sama; 'haish, ada makanan terlekat kat baju aku ke?'...

Masa minum pagi kul 10pg tu, aku, Kak Ani ngan Dr. Er siap-siap kemas barang kat bilik, nak bawak barang turun ke kereta aku dan check out sekali. Untuk kesekian kalinya, aku ngan Kak Ani masuk dewan lewat lagi. Terserempak ngan peserta lelaki tu jugak (dah sebab memang kena lalu belakang kerusi dia kalo nak ke tempat duduk aku), pon dia masih pandang aku macam tu jugaks. Naseb baik la aku ni jenis setia tau, kalo tidak, dah lama aku berhenti kat meja dia, bagi no phone aku (pandang, pandang awat?)... Hahaha...macam berani je, aku ni cakap je lebih, no action pon ;p (Abang, dun worry ok, Cuk sayang Abang sorang je).

And, akhirnya lecturer aku decide nak balik awal. Malas nak tunggu majlis penutup kul 3ptg tu. Aku cakap macam tu sebab dia mintak aku tolong hantarkan ke Komuter UKM, so, balik awal sekali ngan dia la...lalalala~ Balik tu, sempat dating ngan Abang kat Titiwangsa. Dah la pakai baju kurung. Hurmm... malu ai tau! Tapi... layan je la... Janji aku dapat jumpa dia. Rindu~

Ogos oh Ogos...

Dah masuk bulan Ogos dah. Betul tak ape yang aku cakap sebelum ni, bila dah masuk semester je, aku secara otomatiknya jadi malas nak meng'update' blog aku. Hihi... Haish, yang ni memang aku mengaku la. Cik LiyanaRoxx pon dah bising dah. 'Update cepat ye'... Ok cik, I will!

Antara yang aku kena update:
  • Persidangan Kawalan Denggi kat Nilai 28 - 29 Julai
  • meeting up with my buah hati
  • Girl's Day Out
Tu je kot. Kan, kan? heee...dah la...yang ada 3 tu pon rasa cam banyak je ;p